Travel

Travel

Mengira detik

Tuesday, September 15, 2009

Beberapa hari sebelum lebaran



Assalamualaikum..


Walaupun agak sibuk dengan beberapa urusan, alhamdulillah, aku dapat juga menyelesaikan satu per satu kerja dengan baik. Adalah juga beberapa halangan, tapi semua dapat diatasi dengan baik.

Semalam sekolah aku mengumumkan bahawa jumaat ini (18/9) ini cuti. Hehehe..so, adalah masa nak berehat sebelum aku memandu pulang ke kampung aku di Penang. Tahun ini aku beraya di sana. Tapi tak tahulah berapa lama.

Ibu aku pula sibuk membuat kuih tat. Dalam proses nak menyiapkannya. Aku takleh nak tolong sangat so, juz tolong beli barang apa yang patut. Hehehe...

Aku adalah juga membelek beberapa blog member aku, amboi rata-ratanya belum update. Tak faham aku, mungkin mereka sibuk dengan face book. Aku pun ada..tapi masih dalam proses nak memahami konsep facebook ni. Gambar pun tak masuk lagi. Hehehe...

Oklah...dikesempatan ini aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2009...Maaf Zahir Batin!!!

3 comments:

law said...

selamat hari raye.. =)

PuTeRi CaHaYa said...

Selamat hari Raya...
(",)

Melody said...

selamat hari raya, maaf zahirbatin semua salah silap selama ni ya. pandu cermat.

p/s: facebook tetap facebook, blog tetap blog. ehhehhe. ;)