Mengira detik

Sunday, June 06, 2010

Jalan-jalan : Shenzhen and Guangzhou

Betul kata orang, jauh berjalan luas pemandangan..Maka, aku pun telah diberi tugas dan amanah oleh Triways untuk mengendalikan group bagi trip ke China. Bagi aku, ini adalah satu peluang keemasan dan kebetulan pula, group ini adalah group aku.

Setelah kepenatan membuat kerja-kerja operasi, maka hari dinantikan sudah tiba. Jadi, dalam blog ini, aku akan ceritakan secara ringkas pengalaman aku melancong ke Shenzhen dan Guangzhou. Dua bandaraya yang terletak di selatan China dan utara Hong Kong ini.

Perjalanan aku :

HARI PERTAMA:

- Hari pertama aku tiba di Shenzhen dengan menaiki flite AK80. Huh, tahu jelah kalau naik flite AK ni, memang cramp!! 4 jam dalam flite memang memenatkan. Sampai di airport, kami bertemu dengan Amy, tour guide kami sepanjang lawatan ini.
- Group aku tak ramai, dalam 15 orang sahaja..dan paling best aku bawak 1 family + dengan 5 orang bekas students..jadi, taklah janggal sangat. Dan mereka ni sporting, best dan happening.
- Makanan kat China tak sama macam makanan cina malaysia. Kalau di Malaysia, cina kat sini suka makanan pedas-pedas, tapi kat sana..mak oii..sabar je lah...
-Cuaca kat Shenzhen panas..sama je macam kat Malaysia, ini sebab mereka baru nak masuk musim panas.
- Hari pertama aku pergi ke Futian, untuk membawa Linda dan suaminya ke Pameran PU. Penat gila, dahlah pameran pasal polimer..memang takleh masuk kepala aku.
- Kesimpulan, hari pertama..adalah hari free and easy..takda jalan-jalan.

HARI KEDUA:
- Pagi-pagi, kami sudah bertolak ke Guangzhou. Terletak dalam 2 jam perjalanan. Bandar Guangzhou memang besar, dan moden. Iyalah, bandar ke-3 terbesar di China. Sepanjang perjalanan, kami berjumpa dengan 3 kali kemalangan..hehehe.
- Penduduk Guangzhou sangatlah ramai, dalam 14 juta orang. Jadi, boleh bayangkan berapa ramai orang kat sana..
- Petang tu, kami ke Yue Xiu Park..dimana taman ini mesti dilawati sekiranya anda datang ke sini. Di sini ada replika kambing gurun yang dikatakan simbol dan maskot bandaraya Guangzhou.
- Lepas tu, pergi shopping kat Beijing Road. Nama je beijing road, tapi takda apa sangat. Macam Bukit Bintang je, ada kedai-kedai jual baju dan kebanyakannya sama je kat Malaysia. Jadi, kalau nak beli cenderamata memang takyahlah pergi sini.
- Malam itu kami menaiki cruise di Pearl River, nadi utama Bandar ini. Cruise ini memang best, dan anda nampak melihat pemandangan Guangzhou yang indah pada waktu malam. Nasib baik tak hujan, jadi dapatlah amek gambar puas-puas.


HARI KETIGA:-
- Aku tak breaksat pagi ni, dan terus bawak group check out hotel.
- Kami terus ke Health Centre. Sebenarnya ni tak ubah macam kedai ubat cina yang kita jumpa kat KL.
- Cuma kat sini adalah pemeriksaan perubatan secara percuma. Tapi mak ooii...ubatnya harga boleh mencecah 300 yuan. Takda makna aku nak beli..hehe.
- Lepas tu, ke kilang jade. Nice tempat ni, jade dijual dari serendah 100 yuan. Ada gak tilam dan bantal jade..tapi aku tak beli.
-Lepas makan, kami semua bertolak pulang ke Shenzhen. Macam biasa, masa memakan dalam 2-3 jam perjalan. Aku tidur je....
- Sampai Shenzhen, kami terus ke hotel, dan keluar balik dalam jam 5 pm. Lepas tu, shopping kat Luohu.
- ini tempat best kalau nak shopping terutama barang-barang tiruan. Tempat dia macam sungai wang, dan ada gak jual cenderamata untuk dibawa pulang.
- Lepas shopping, makan dan balik tidur...krohhhh...

HARI KEEMPAT:-
-Hari terakhir jalan-jalan, kami dibawa untuk Shenzhen city tour.
- Pertama ke Luonhu Mountain. Tempat ni menarik kalau nak main layang-layang. Tapi kalau taknak main, bolehlah nak hirup udara segar sambil tengok Shenzhen.
- Kedua, pergi ke Silk Centre. Best sebab kat sini dapat belajar macam mana orang cina buat sutera. Tapi harganya mahal, dalam rm60 semeter.
- Lepas tu, makan tengahari...macam biasa...
- Petang tu, kami ke Taman Yuo Bou, disini ada macam-macam jenis pokok. Cuma takdapat explore sebab lepas tu kami nak ke splendid China.
- Splendid China merupakan destinasi terakhir. Memang best, dapat terokai China dalam masa 2 jam sahaja. Macam-macam ada, terutama sekali culture show dia. Memang hebat lah!!
- Dan, masa kami kat situ taklama sebab petang tu hujan. Jadi takdapatlah nak tengok kebudayaan china puas-puas.

HARI LAST : ( AHAD-30 MAY)
- Seawal jam 8 kami dah bertolak ke airport, memang sedih nak tinggalkan bumi Shenzhen, tapi apakan daya, kita pergi hanya melancong.
- Sampai di airport, aku sempatlah jugak membeli beberapa makanan untuk dibawa pulang.
- Flite kami bertolak jam 1125 dan alhamdulillah, selamat sampai ke LCCT jam 1315 petang.


TIPS MELANCONG KE CHINA:-
China merupakan negara keempat terbesar di dunia. Rakyatnya dah melebihi 1 bilion orang dan China juga sememangnya terkenal dengan sejarah dan kebudayaannya. Banyak tempat menarik anda boleh lawati di China, antara terkenal ialah Beijing ( Tembok Besar dan Istana Musim Panas), Shanghai, Hangzhou, Suzhou ( terkenal dengan kampung Air), Shenzhen, Guilin, Guangzhou, Chengdu dan Xian.

Terus terang, China merupakan antara destinasi pilihan rakyat Malaysia. Sebab utama ialah barang di sana murah dan pakejnya tidaklah semahal korea, Jepun ataupun Hong Kong.

Jadi, aku nak berkongsi beberapa tips sekiranya anda melancong ke China, berdasarkan pengalaman 5 hari saya di sana...

1. Sekiranya ada perancangan ke China, pastikan anda membuat visa terlebih dahulu. Visa sah digunakan selama sebulan dan anda mesti China dalam tempoh 3 bulan dari tarikh visa dikeluarkan. Hong Kong tak perlukan visa.

2. Bawa makanan ringan kalau nak ke sana. Bukan apa, walaupun terdapat kedai-kedai halal, tapi susah juga nak cari. Mungkin boleh bawa roti atau snek sebagai alas perut kalau berada di sana.

3. Air mineral biasanya disediakan oleh syarikat pelancongan. Dan air mineral itu juga anda harus bawa terutama ke tandas. Ini kerana tandas di China agak kotor dan tiada kepala paip. Jadi, kalau nak beristinjak, memang kena guna tisu. Tapi sebab itu bukan budaya kita, jadi bawalah air botol sekali ye.

4. Bahasa Cina / Mandarin amatlah luas digunakan disana. Semua tempat menggunakan bahasa cina. Jadi, adalah molek anda tahu sikit2 bahasa cina. Bukan apa, senang sikit terutama ketika membeli belah nanti.

5. Ketika membeli belah, beli benda yang anda mahu sahaja. Beli di kedai-kedai, bukan orang perseorangan. Amat berbahaya kerana dikhuatari mereka akan memaksa anda untuk membeli barang mereka.

6. Tawar barangan anda nak beli sehingga 70%. Sekiranya dia tak bagi, gunakan kebijaksanaan anda untuk membuat perbandingan harga. Jika boleh, survey dulu kedai-kedai lain. Kalau anda hebat menawar, percayalah tak rugi anda pergi ke sana.

7. Berhati-hati dengan barangan tiruan,. 90% produk China adalah tiruan. Jangan terus membeli, perhatikan betul-betul. Jika anda nak beli produk tiruan pun, hati-hati dan pastikan ia adalah gred B. Dapatkan harga yang betul-betul berbaloi dengan wang anda.

8. Kalau anda tak jadi beli, siap sedialah untuk dimaki oleh peniaga tersebut. Itu adalah perkara normal kerana di China agak kurang budi bahasanya..hehe.

9. Pastikan alert dengan cuaca ketika berada di sana. Kalau musim panas, fuh..memang panas. Dan kalau sejuk, pastikan anda membawa winter coat siap-siap, janganlah berlagak anda boleh tahan sejuk.

10. Gunakan pengangkutan awam seperti metro atau bas, ia lebih baik. Kalau nak teksi, siap sedialah untuk dicekik.hehe. Pastikan anda pergi berdua atau bertiga, ia lebih selamat dan kalau apa-apa berlaku, mudahlah anda nak buat keputusan. Polis di sana memang tak tahu english, tapi mereka boleh membantu...jangan risau!

Itulah 10 tips aku berikan khas untuk anda. Mana tahu ada pembaca kat sini nak berkongsi pengalaman anda pula. Harap-harap tahun ini aku dapat menjejakkan kaki ke tembok besar China atau paling tidak pun Bandar Hangzhou..bandar dalam taman...

Oklah..enjoy the picture....( picture ni aku amek dari HP aku, so gambar tak lawa sangat..kalau nak lawa, kenalah tgk dlm FB aku..hehe... size pic kamera aku besar)


( departure card- proof kan aku pergi China, hehe)


( Langit Bandaraya Shenzhen)


( Kilang Sutera...bukan Muzium ni)


( Futian District- tengah2 Shenzhen)



( Luohu Comm Centre- dekat dengan Stesen keretapi Shenzhen)


(Shenzhen at Night, tapi nie sebahagian je..ada lagi yang lebih cantik)

( Chinese food..sedap gak, bolehlah nak alas perut)

Thanks pada semua yang sudi membaca. Aku tahu blog ini ada pengikut tersendiri dan aku amat menghargainya...jangan risau, banyak lagi perkara yang aku akan kongsikan dengan anda melalui blog ini. Adiyos!!

16 comments:

Cikgu'ms said...

syabas bro.. catatan yg berinformasi dan berguna kpd yg berminat melancung ke Shenzhen & Ghoungzho..

Raja Azrul said...

cikgu ms:-
- terima kasih. Hanya nak berkongsi pengalaman sahaja...:-)

Wan said...

salam. bro, kilang sutera dan jed tu kt mana ye. apa nama tempat tu, kt guang zhou @ shenzen..

Raja Azrul said...

salam wan:

Kilang sutera itu terletak di Shenzhen, tapi aku lupa lak nama dia.

Manakala kilang Jed pula terletak di Guangzhou. Kesemua kilang ini dimiliki oleh kerajaan, jadi harga sedikit mahal berbanding jika kita beli di luar. Biasanya tour guide akan bawa ke kilang-kilang ini dalam lawatan.

pajat said...

guangzhou rm1000 ckup x ?

Pojiepooh Abdullah said...

Wahh thanks for sharing...
Patut kene selitkan tips berjimat ketika di China menggunakan Flexiroam.. Tak percaya sign up dulu kat www.flexiroam.com

Ina Darwisy said...

tahun ni 2013,saya akan jejak ke sana..xsabar huhu.tq for share.

Anonymous said...

asssalam..boleh bg saya contact no tourist guide tak? tq

Raja Azrul said...

anon:

Untuk guide, anda kena rujuk dengan mana-mana agensi di Malaysia. Kebanyakan guide di China terikat dengan badan pelancongan. Mereka tidak berhubung terus dengan tetamu. Harap membantu.

zara said...

salam, kalau saya nak ke guangzhou.. keluarga... ada org bole guide kan ker?? student di sana ker?? yg wat part time :) email saya yer cahaya_dylla@yahoo.com

Anonymous said...

asssalam..boleh bg saya contact no tourist guide tak? tq

cahaya_dylla@yahoo.com

Raja Azrul said...

Wslm

Untuk makluman semua guide di China berdaftar dan harus melalui travel agent. Jika anda inginkan perkhidmatan mereka, boleh rujuk mana-mana agensi pelancongan di Malaysia.

Sali s.alam said...

Saya bercadang untuk membaca keluarga bercuti di guangzou dan shenzen. Berapa kos transport awam dari guangzou ke shenzen ? Tq.

Raja Azrul said...

Maaf baru perasan komen.

Saya tak pasti kos pengangkutan awam disana. Tapi yang saya tahu anda kena naik tren di Luohu.

Anonymous said...

Salaam..kalau bawa anak2 kecik pergi ke Guangzhou ni sesuai ke?

Raja Azrul said...

Anon 22/1/14

Tidak ada masalah. Boleh sahaja, cuma berhati-hati ketika berada di kawasan sesak seperti di Beijing road.