Makan-makan: Julai 2010

Assalamualaikum...

Masih kuat lagi aku menaip untuk menulis entri terbaru. Baiklah, untuk kali ini, aku nak cerita dua tempat makan yang boleh dikongsikan untuk anda semua.

1.Ali Cafe
Nama restoran ini ialah Ali. Tapi aku saja je nak tambah cafe supaya nampak sedap. Walaupun Ali, tapi ini bukan restoran mamak tahu! Ini restoran dimiliki oleh Power root. Restoran ini terletak di Desa Sri Hartamas. Kalau dari taman tun, kena lalu Penchala Link.

Restoran ini memang menarik dekorasinya. Melambangkan ciri-ciri 1 malaysia. Makanannya juga unik, dan sedap. Contohnya ialah Burger satay, Spageti kari, dan macam-macam lagi. Air pun pelbagai perisa...

Harga makanan sama seperti Old Town atau Otak-otak Place. Aku makan Burger lembunya...biasa sahaja. Masa tu mcm malas nak order makanan lain sebab aku tak berapa lapar.

So, anda semua boleh tengok picture bagi restoran Ali yang terletak berhampiran KFC Desa Sri Hartamas..


Dekorasi Di Dalam restoran..unik!


Burger daging..simple, biasa, no komen...




Spageti bebola..macam bakso pun ada, nice



Ribena lemon..leh je kalau nak bancuh sendiri..

So, kesimpulannya restoran ni memang sesuai kalau sesapa nak lepak2 mcm kopitiam..nak makan berat, rasanya tak banyak yang ada. So, berminat?


Restoran Arab:

Pernah makan makanan arab? Huhu..kalau nak tahu, kat KL ada banyak restoran arab. Mahal atau murah bergantung pada jenis restoran. Salah satu yang aku cuba dalam minggu lepas ialah restoran arab di Ain Arabia, Bukit Bintang. Restoran ini terletak berhampiran dengan hotel Ramada, iaitu dekat dengan Macdonald Bukit Bintang. Tapi kedudukan restoran ini tersorok sikit.

Aku menikmati hidangan tengahari di sini atas undangan Gulf Air, En.Azman. Terima kasih bro! Makan kat sini memang puas kerana saiz hidangan memang besar.
Aku pesan Nasi Mandi, sejenis nasi dimakan dengan tomato puri , kambing dan sayur dimasak dengan minyak zaitun. Rasanya, hmm...untuk tekak anak malaysia, kiranya bolehlah..cuma tak pedas mana pun.

Bagi aku, kalau nak rasa makan kat sini, memang best terutama bagi mereka yang inginkan kelainan kerana dekorasi restoran memang sebijik macam timur tengah. Harga?? Oh lupa, rasanya macam kita makan kat Nandos kot. Dalam rm25 per meals include air. Salah satu makanan yang sedap ialah roti nan yang dimakan dengan sejenis yougurt bersama minyak zaitun.

So, lets see the pic...




So, sapa yang nak datang..sila-sila...huhu!!

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...