Kepeningan ( betul ke?)

Fuh...menghitung hari-hari amat memenatkan. Kerja semakin bertimbun tapi gaji...erm ( no komen).

Aku sendiri pun kadang-kadang ting tong. Terlalu banyak nak kena kejar...satu per satu harus diselesaikan. Raya pulak dah tak lama lagi, baju apa pun tak beli lagi. Kebetulan hujung minggu ni Matta Fair, jadi sah-sah aku tak da masa nak pergi beli baju raya.

Aku pun pelik napa ar dibuat matta fair sebelum raya. Bukan apa, semuanya nak sibuk beraya. Kalau dibuat dengan Jalan Masjid India tu mungkin ar dapat sambutan, tapi wat kat PWTC. Rasanya tak ramai yang tahu tentang matta fair kali ni. Maybe kerana dibuat bulan puasa dan seminggu sebelum raya.

Aku rasa sepatutnya matta fair dibuat lepas raya ke..dalam hujung bulan 9 tu pun aku rasa dah OK. So, adalah peluang untuk semua mengatur masa dan jadual kerja dengan lebih baik lagi. Entahlah, bila difikirkan kembali, tidak dinafikan duit adalah segalanya, money is everything tapi bukan semua boleh dibeli dengan duit. Bukan semua perkara boleh dihitung atau dinilai dengan duit.

Kadang-kadang aku jelik dengan orang yang obses dengan duit. Bukan aku tak suka duit atau taknak cari duit, tapi janganlah sampai terlalu obses dengan bisnes sehingga kita lupa tentang kasih sayang, persahabatan, team work, dan hubungan kekeluargaan. Bagi aku apabila ada benda2 ini dicampur pula dengan keselesaan ( berduit lah)..ia sudah cukup lengkap dalam dunia ini.

Jadi...apa lagi, kalau rajin meh lah datang matta fair kat pwtc stat 3 hb ni...

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...