Kuasa Magika dan Chen Zhen

Salam buat semua,

Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah buat adik-adik junior ku atas majlis Konvokesyen semalam. Memang teringin nak hadir, tapi disebabkan beberapa urusan dan kekangan, maka program untuk hadir ke sana terbantut.

Baiklah sekadar nak maklum bahawa minggu lepas merupakan minggu wayang buat aku. Dua filem aku tonton iaitu Magika dan Legend of the fist. Aku nak komen ringkas mungkin buat panduan kepada mereka yang belum tonton lagi filem ini.

Magika :-

Filem pertama Edry Abdul Halim, satu produk boleh dibanggakan walaupun masih banyak lompang. Satu je aku rasa kureng dalam filem ini iaitu terlalu banyak komedi, yang kadang-kadang membantutkan mood cerita filem ini. Lakonan Mawi dan Diana, hurm..bolehlah. Kan best kalau Edry amek FAhrin Ahmad ke, Aron Aziz ke, paling tidak pun Ashraf Muslim...rasanya lagi kick!!

Kalau Diana pulak, rasanya lagi cun kalau diambil watak Liyana Jasmay takpun Elyana kerana nampak sikit ciri-ciri kakak kepada Fimie. Yang lain bolehlah..

Kesan khas dalam filem ini baik, mungkin tidak sehebat mana..tapi masih boleh dibanggakan. Jalan cerita? Erm..rasanya kan best kalau dibuat dengan sedikit unsur serius dan mana tahu boleh dibuat sekuel kedua filem ini.

Last words, bolehlah sekadar nak enjoy dan tak peningkan kepala...hehe.

Legend of the fist:-
Filem ini khas buat peminat martial art, cuma jalan cerita dia agak kompleks, mungkin disebabkan dengan pengaruh unsur-unsur sejarah dalam filem ini. Lakonan Donnie, bolehlah..tapi kalau bab berlawan, dia memang nombor satu.

Filem ini rasanya agak bosan di tengah cerita tapi masih boleh ditonton terutama bagi yang suka aksi. Ada gak adegan mengerikan terutama babak berlawan dalam filem ini. Tapi jujur aku lebih suka filem Ip Man berbanding dengan filem ini. Mungkin Ip Man lebih nampak seni kung fu Wing Chun berbanding dengan aksi dalam filem ini.

Bagi mereka nak kelainan dan aksi, filem ini sesuai untuk anda...
***

Dua filem aku nak tonton iaitu Eat, Pray Love dan juga filem Charlies St Cloud...erm..best ke tidak?

Comments

Melody M. said…
Aku pun rasa Magika masih banyak yang perlu diperbaiki, but overall, still nice,release tension aku tengok citer tu.. aku suka watak-watak dongeng tu semua. Paling best adalah nenek kebayan. Mawi aku tak suka. Kenapalah tak ambil pelakon yang betul berlakon. Haih.

Ouh, aku pun nak tengok Eat.Pray.Love. Ko dah baca buku dia?
Raja Azrul said…
Mel:-
3 watak aku suka dalam filem ini dan aku rasa lakonan mereka superb iaitu Nenek kebayan, Ogy Ahmad Daud dan juga M. Nasir. Paling best, ayat M. Nasir..nak ke mana kamu bertiga?

Aku belum lagi baca buku Eat Pray Love...tgh nak cari masa bila nak tengok..

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...