Travel

Travel

Mengira detik

Tuesday, March 20, 2012

Makan-makan : Sri Hainan Kopitiam Shah Alam

Entri kali ini ringkas, berkaitan dengan makan-makan...

Kali ini dimana?? Iya..di Sri Hainan Kopitiam Shah Alam. Terima kasih kepada Zaimi Nor kerana mencadangkan tuk kami makan di sini. Mungkin ramai berkata, bukan ke kopitiam sama sahaja...akan ada roti bakar, telur separuh masak, kopi dan sebagainya...

Jawapan aku TIDAK. Ini kerana Hainan Kopitiam ini merupakan kopitiam berkonsepkan melayu dan Malaysia. Makanan di sini tak ubah seperti menu masyarakat melayu ketika minum petang seperti cucur ikan bilis, cucur keledek, sup dan sebagainya. Aku rasa ini antara kopitiam yang sedap dan menarik di Shah Alam.

Lokasi restoran ini terletak bertentangan dengan restoran Zam-Zam, tak jauh dari Concorde Hotel Shah Alam. Ia terletak di Seksyen 9 Shah Alam. Pendek kata tak susah nak pergi ke sini. Restoran ini terletak di corner lot bersebelahan kedai gunting rambut. Waktu operasinya dari jam 9.00am sampai 12.00am. Dah nama pun kopitiam, jadi tempat ini sangatlah sesuai kalau nak lepak-lepak dengan member ataupun kekasih..hihi.

Menu disini ada pelbagai. Dan menu disini juga unik dan menarik. Aku memesan Nasi Goreng Nyonya. Siap ada hirisan mangga, nenas, timun dan cili merah. Memang sedap. Rasanya ringkas sahaja tetapi cukup lengkap dengan daging, ayam dan udang.

Kawan aku, Azwan pula memesan Sandwich ayam dan Cheese serta Penang Kuew Teow. Sandwichnya memang sedap..gabungan telur, ayam dan keju..memang terbaik! Saiznya agak besar jadi bolehlah berkongsi makan kalau setakat 3 orang datang. Makanan yang harus anda cuba pula ialah Mee Kari. Mungkin ada beranggapan mee karinya sama sahaja dengan Old Town atau Papa rich..tapi aku rasa ia amat berlainan. Kuahnya agak lemak dan rasa manis udang dan kerang itu memang ketara! Tahniah pada yang membuat mee kari ini!!

Selain dari menu utama, kami turut memesan cucur keledek. Uniknya cucur ini dibuat hirisan halus seperti kuih cakar ayam dan digoreng dengan daun kucai dan tepung beras. Sedap, nak pula dimakan panas-panas bersama sos cili. Menu ini sesuai kalau anda nak makan yang ringan-ringan sambil berbual dengan kawan-kawan.

Harganya pula tidaklah terlalu mahal. Standard kopitiam yang lain. Kiranya dalam RM10 anda boleh menikmat teh tarik + mee kari. Kira oklah tu. Jadi, kalau anda ke Shah Alam atau anda memang orang Shah Alam, jangan lupa singgah ke restoran Sri Hainan di Seksyen 9.

Ini antara gambar-gambar di restoran ini...


Nasi Goreng Nyonya

Sandwich ayam dengan keju - terbaik!


Mee Kari - terbaik!


Cucur keledek
rajaazrul

3 comments:

Papa-NtiQ said...

hi raja azrul...hmmm nak kene terjah nih kat restoren nih...cakap pasal makan nanti singgah yer kat blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal MAKAN, MAKAN DAN .....MAKAN hehehe...dan kalu sudi tu follow ok maklumla blog baru sunyi skit TQ bebanyak raja azrul..

Raja Azrul said...

Hi Papa,

Saya ni suka terjah makan-makan ni..tapi jarang ar nak tulis dalam blog. Kekadang je kalau rajin, saya akan tulis. Restoran ni OK gak..bolehlah cuba...

Saya dah follow. Apa2 pun thanks coz baca blog saya.

Papa-NtiQ said...

TQ TQ Azrul!...nnt kalu gi shah alam tu try la restoren2 kelantan kat sana memang best macam restoren A Hasan atau pun restoren hatinie....restoren2 arab macam sahara tent dan zam zam pun lazat! hehe