Memulakan langkah pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Dah masuk bulan Mac rupanya..maknanya sudah 2 bulan kita berada di tahun 2012. Inilah putaran dunia, yang tidak kita mampu kawal secara keseluruhannya. Alhamdulillah, masuk bulan Mac, aku melangkah satu fasa lagi. Banyak perkara baru yang aku terokai dan rancang dalam hidup ini.

Orang kata kita perlu merancang, tapi tak semestinya apa yang kita rancang akan menjadi kenyataan. Ada juga yang mengatakan, biarkan hidup ini berjalan seperti biasa, tidak perlu dirancang atau dikawal, kelak kita juga akan kecewa atau gigit jari. Semua perumpaan ini memang lazim bermain dalam fikiran kita. Dan kadang-kadang, inilah juga sebahagian daripada ujian diberikan terhadap kita.

Membuat banyak perkara, kadang-kadang kita memerlukan bantuan dan komitmen orang lain. Tapi malangnya, tak semua orang akan memberikan sokongan terhadap kita. Ada juga yang cuba menjatuhkan usaha kita, tak kurang juga hanya mendiamkan diri tanpa sebarang langkah. Apa yang pasti, dalam komuniti kita pada hari ini, amat jarang antara kita ingin mulakan langkah untuk membuat sesuatu, tapi sebaliknya hanya berfikir mengenai diri kita semata-mata.

Hidup ini ibarat roda, dan ia harus dinikmati semaksimum mungkin. Insyaallah....

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...