Si Merah...

Inilah dikatakan dugaan...

Orang cakap, kalau rasa nak ada kereta fikir masak-masak, kereta bukan sahaja perlu diisi minyak hari -hari atau membayar tol ketika lebuhraya, tapi lebih dari itu...

Kita harus fikir mengenai pelbagai perkara, dari segi servis, basuh keta, maintenance, dan juga repair...duhhhhssss....

Ini lah terjadi kepada aku...sekadar berkongsi, mana tahu anda juga mengalami kes yang sama:

1. Tukar absorber (shock absorber) Naza Suria

Absorber si Merah yang sudah dicabut

Pernah dengan absorber? Atau dalam BMnya ialah penyerap hentakan. Kalau nak tahu, absorber ni terletak di tayar, di dalam spring tu. Absorber ni ada jenisnya, tapi aku bukan pakar kereta. Jadi, nak dijadikan cerita, kereta aku mengalami masalah absorber. Masalah utama ialah apabila aku terlanggar lubang, maka akan terasalah seperti keras kelentung..atau pun kalau lalu kat bonggol, rasa macam naik roller coaster. Jadi, tiada pilihan lain selain tukar absorber tu.

Nak tukar kat KIA (NAZA) memang ler mahal. Satu jer dah RM300. Tue belum kos pasang lagi. Memang kira-kira overall dalam RM1k gak laa. Memang sadisss! Jadi, aku pun cari alternatif lain. Google dalam tenet dan tanya kedai. Alhamdulillah, ada satu kedai kat Prima Sri Gombak ( sebelah kedai COSWAY), bagi aku RM350 *dua pasang + balancing, tukar skru chamber, alligment = RM425.

New Absorber from Korea
Kira oklah tu..servis pun cepat gak. Tauke dia cina, tapi staff dia banyak melayu. Kira mereka ini takdalah gaya penipu ke apa. Ada gak tanya kedai lain, harga pun mahal. Aku tak berkira dari segi harga, tapi berkira dari segi kualiti dan tahan lama.

Semua sekali masa nak tukar absorber dalam 3 jam. Huhu...bosan ar gak menunggu. Tapi demi si Merah tersayang, apa salahnya....

Sedang menjalani proses alignment
2. Masalah Gear Box

Selepas tukar absorber, ada satu lagi masalah harus diselesaikan. Masalah apa? Masalahnya begini...

Ketika aku memandu pada tarikh 27 Feb 2013, ketika menekan minyak...tetiba RPM naik macam mengaum. Dulu-dulu memang RPM ni ada naik...tapi taklah seteruk pada tarikh hari itu. Fuhhh....dengan gamble, aku pun membawa ar kereta ke tempat kerja. Malangnya di pertengah jalan., kereta aku mengaum dan RPM naik, dan kereta aku takde power nak gerak....

Terpaksa lah aku berhenti kat tepi jalan...ermmmm....dipendekkan cerita...aku bawa kereta ke Naza Centre Setapak. Tapi dalam perjalanan...kereta aku buat hal. Risau punya pasal...aku cuba tanya pomen di kawasan sekitar Jalan Gombak. Bila pomen check..kena buat gear overhault...kos nya RM2600. Errkkkkk.....mahalnya ...macam nak bayar downpayment keta pulak.

Ketika di Naza Service Centre

Aku pikir..it is better ask Naza. Maklumlah...pomen kedai cap ayam ni belum tentu boleh percaya. Takut masalah berlarutan pulak. Dengan kegigihan dan tawakal, aku meneruskan perjalanan ke Naza yang terletak di Jalan Genting Klang.

Memang benar kata Service Advisor...masalah Gear box. Aku dah agak dah...sebab masa nak tekan minyak, dan nak masuk gear D, sure kereta mengaum. Kereta pun dah takde power, maklumlah dah masuk tadika umurnya. Hehe.

Setelah berbincang, SA naza cakap mereka hanya boleh tukar. Harga tukar gear box kat Naza ialah..... RM14, 000.00.....!! Hahaha...jangan terkejut! Dah macam hantaran kahwin pulak! Serius mahal! Sebab tukar gear box terus.

Aku cuba merayu dan tanya SA kot-kot ada alternatif lain. Dia cakap the best hantar kat kedai repair gear box. Kedai tu terletak tak jauh dari Naza tu. Milik orang Korea,..hurm...

No choice! Aku rasa ini je jalan terbaik. Aku dah takda masa nak survey tenet dan kereta aku memang dalam keadaan tenat. Maka dengan berhati-hati aku pun membawa kereta tersebut ke bengkel milik Korean tu. Dia cakap....masalah ni common berlaku pada Naza Suria...errmmmm...wonder??

Gear Box baru dah dipasang
No choice again! Aku terpaksa mempercayainya...sebab kereta aku tak boleh gerak jauh daaa... Harganya dalam RM3k +++. Masih ok berbanding RM14 k... (walaupun sedih, duit melayang). Selepas 2 hari, barulah kereta aku siap sepenuhnya. Apapun, servis kedai ini cukup bagus!



Gear box lama

Ni website kedai dia ... http://www.anyauto.my/

So kalau anda pemilik kereta korea...jagalah kereta anda elok2....kalau ada masalah gear, cuba hantar kat kedai atas tu....tapi kalau dah ada tanda-tanda awa, macam kereta mengaum, ada sentakan ketika tekan minyak, atau susah nak masuk gear P ke N, itu memang tanda-tanda awal gear anda sudah mengalami masalah. Langkah pertama bawalah kereta ke bengkel atau pusat servis, suruh mereka check minyak gear.

Aku ni bukan pakar kereta, jadi jangan tanya aku sangat...sekadar berkongsi pengalaman sahaja. Harap2 dengan pengalaman aku ini, menjadi panduan buat anda semua!

rajaazrul

Comments

Anonymous said…
nak tumpang tny,lpas baiki gearbox tu,ok x so far?ade jadi balik x problem tu?..bcz i have naza suria too,n currently facing the same problem as yours,sebijik!
Raja Azrul said…
Salam.

So far alhamdulillah..belum ada apa2 problem lagi. Kalau dah ada tanda2 tu, better pergi baiki cepat. Nanti susah kalau trus tak berfungsi.
Anonymous said…
Salam,

Nk tanya.. Kedai gearbox tu dkt mana ye? Website dia dh x dpt nk access la..
Raja Azrul said…
Sorry lambat reply,

Kedainya di Setapak (Danau Kota). Dekat Jalan Usahawan 3. Saya pun tak reti nak guide, sebab dia berada di kawasan bengkel.

Kalau nak senang, pergi ke Kia Service Centre kat Setapak tu, tanya direction orang kat situ. Insyaallah..mereka boleh tolong.
Unknown said…
Salam,nak tanya dia bagi balik ker gearbox lama.Dia repair ker dia ganti pakai gearbox recon yang lain....
Raja Azrul said…
Wslm.

Masa aku buat dulu, dia tak bagi gear box lama. Dia replace dengan yang baru. Tapi kalau kau nak, mungkin boleh minta ngan tauke tu kot.
Anonymous said…
salam...saya pun ada kereta naza suria ni...bulan 3 aritu pun sama rosak gearbox..kos tukar lebih krg rm2800...tu pun sbb kawan tu mekanik...kos pasang dia amek murah..aduh...ni mmg masalah biasa suria kot..ni rasa nk amek keta lain ni...xde la mahal cmni kos dia...dh 4thn guna
salam..saya pun ad keta ni..bulan 3 aritu pon rosak gearbox..kos rm2800..tu mekanik tu kawan2..kos psg amek harga kwn2 je..aduh..rasa myesal pon ad gne keta ni...
salam..saya pun ad keta ni..bulan 3 aritu pon rosak gearbox..kos rm2800..tu mekanik tu kawan2..kos psg amek harga kwn2 je..aduh..rasa myesal pon ad gne keta ni...
Raja Azrul said…
Aku manusia biasa:

Bawaklah bersabar k! anggaplah ia dugaan. So far si merah saya jarang buat hal, cuma mungkin masa dia nak meragam. Apa2 pun banyak kenangan manis dengan si merah ni :)
Unknown said…
Salam..klau gearbox leaking biasa ke??
Raja Azrul said…
Muhammad:

- itu saya tak pasti. Kena check ngan mekanik :)
yanti sufini said…
Salam, nk tanya ok tak gear box tu lepas tukar, dah xde ah kira hentakan kalau kita nk tukar minyak? saya pun ada masalah ni, tgk blog terus gi refer kia srvice cntre. dia pun rekomen kedai korea ni, tp budget lari lg insya Allah 1 day. saya pun naza suria jugak, byk masalah nya tp nk beli kete lg x snggupppp, terima kasih for this entry
Raja Azrul said…
Yanti
- Kalau ada apa masalah, jangan lengah. Terus baiki. Tapi biasalah, kereta ni..duit jadi faktor utama.
Bagi saya, yang dah pakai si Merah 7 tahun, memang banyak kenangan manis dengan dia. Nak jual memang sayang.. jadi, selagi boleh repair, repair jelah.

Pasal gearbox tu, memang masih berlaku lagi hentakan. Tapi baru2 ini, masa service kat kia, mereka dah buat flushing gear oil. So, ok sikit walaupun masih berlaku. Nasihat saya, jaga gear masa bawak kereta terutama gear N dan D.

Frenzy said…
Assalamualaikum.
Mungkin gearbox filter xtukar.maybe le.
Layari suriaclub.com

Atau fb psoc kia picanto naza suria owner club.
Boleh le bincang2 masalah disitu. Kalau anda warga psoc dah tahniah.
Salam

Saya pun pakai suria juga. Oktober ni genap 6 tahun sy dengan Suria. Pun alami masalah yg sama....tp utk pergi ke kedai korea di danau kota tu, sangat jauh perjalanannya dengan keadaan Suria sy skrg ni. Sy di kuala terengganu. Terfikir nak ambik kereta baru, tp ada ke yg nak beli my suria tu if sy jual?
Anonymous said…
Salam,

Saya salah seorang pengguna Suria jugak.. warna pun sama macam Encik Raja punya.. Umur dah masuk 8 tahun.. ODO meter dah mencecah 220000km.. (banyakkan??) :) setelah diguna selama 8 tahun dan sejauh itu ferari saya ni ni berjalan.. ini masalah yang timbul..

1) Awal tahun 2013 = brake master pump leaking (reparation cost was not that expensive.. Original part and workmanship total RM400)

2) June 2014 (baru lagi ni) = Body throttle pulak yang rosak.. kene tukar thermostat plus ade lagi parts lain yang saya tak ingat ada tiga barang.. ini berlaku bila kereta saya tiba2 mati and air kering.. bila isi air.. kipas jalan macam biasa... tapi air kering.. jadi bukan masalah kipas atau radiator ya.. ini masalah throttle body yg kalau kita tengok dgn mata kasar mmg takkan nampak sbb benda tu nun jauh di bawah sana.. jadi lift kereta baru nampak ya... okay.. yang ni pulak cost untuk semua termasuk workmanship was = RM860

3) Latest masalah yang timbul dan pada masa saya menaip ni kereta saya berada di bengkel terletak di Segambut.. apa sakitnya?? sakit jantung dah ferari saya tu.. GB nye dah problem.. macam yang lain alami la..bila masuk gear dah susah pastu to change from P - N keras.. bila start engine mengaum lepas tu macam ade bunyi nyaring datang dari area2 GB tu.. bila check bawah pulak ada leakage..menitik2 la minyak bewarna merah..tapi tak banyak.. so skang ni.. saya tak tahu berapa saya akan kena bila buat GB ni... tawakkal la agar tidak lah sampai 3k - 4k.. uhuk2.. moga dipermudahkan..

Jadi, basically picanto/suria ni tak lah besar sangat masalahnya kalau kita jaga and maintain dia.. kereta ni actually macam jugak orang.. kalau tak makan atau mandi.. busuk and kelaparan jugak.. so samalah macam kereta.. kena lah jaga kebajikan mereka.. jangan time elok je lenjan bagai nak rak.. tup2 bila demam, banyak pulak yang complaint itu ini.. having car is not only by driving it, tapi kene jugak buat simpanan sikit utk kebajikan mereka... apa pun.. saya tetap sayang ferari saya sbb tanpa dia, siapalah saya.. heheh.. thanks for reading.. kalau nak info kat mana bengkel2 KIA specialist yang saya pegi area segambut dan klang, boleh lah email saya ya.. ammyismail@gmail.com

Again, thank you for reading.. salam..
Raja Azrul said…
Salam Anon 25 Sep

Terima kasih kerana membaca cerita mengenai Naza suria saya ni. Memang lebih kurang la apa yang awak alami dengan apa yang saya alami. Secara keseluruhannya, Suria ni tak banyak sangat masalah sangat.

Mungkin faktor usia, kereta ini ada ragamnya, tapi jujur saya cakap, Picanto ini masih steady lagi kalau atas highway.

Terima kasih Si merah.
Raja Azrul said…
Khairunisa,

Cuba rujuk pada Kia Center di KT, mana tahu mereka ada bengkel cadangan. Insyaallah, semoga semua berjalan lancar.
Anonymous said…
Saya pakai persona 2009 dan naza suria 2008..alahai naza suria byknya ragam mu..engine oil seal kt gearbox leaking dua kali sampai berasap-asap bila jalan.kemudian oil seal kt timing belt pulak leaking..terbaru suspension depan lak cam keta kuda rasanya.pomen kata absorber mounting rosak..dah tukar pun masih tak hilang bunyi bunyi tu.menyesal pulak biar wife beli suria tu dulu byk buang duit dan masa.persona tu pulak cuma makan duit petrol,minyak engin dan tayar je. Tak pernah breakdown....ish sorrylah pasni cantik camne pun takkan ku beli nazakia lagi
yanti sufini said…
Salam Raja Azrul, ada pernah tukar drive shaft tak? yg harga mampu bayar, kalau ikut Yg service ctr quote mmg tak ah, 1400 satu btg, mmg tak ler, 2 btg dah 2800 ++, tak cmpur bearing lg bunyi wong wong lg, just in case u tahu, pls let us know ok
Raja Azrul said…
@anon 27/11

Memang la stress, lain kereta lain ragamnya. Tapi so far kereta si merah ni besar jasanya. So sayang nak tukar.

@yanti
Pernah, rasanya tak sampai RM1K. Cuba tanya kedai lain kat luar.
Anonymous said…
Salam..
Sy nk tnye..few days dh suria sy bunyik pelik skit..menderam spnjg mase n bile kete nk start tuka gear,enjin tersengguk..ni petanda gearbox rosak ke? kalau masuk gear ke d ,2 & 3,kete susah begerak,mcm berat sgt,tekan minyak pn menderam kuat :(
Raja Azrul said…
@anon 30 Dec

Tu saya tak pasti. Mungkin ada masalah berkaitan gear box. Boleh bertanya sendiri dengan Kia Service centre. Itu lebih baik.

Unknown said…
Kereta bunyi mengaum dah 2 3 hari. Hari ni tiba2 nak masuk gear tapi kereta x jalan. Xda power? Gear box rosak ker?
Raja Azrul said…
sham mawar
Mengikut pengalaman, itu salah satu tanda masalah gear box. Cuba cek dengan bengkel dulu.
Unknown said…
Servis gearbox suria 1800
Servis absorber modiefied 500
Smua xperlu tkar bru.sy dh buat.cuma nk kongsi.area penang.
Unknown said…
Sya pkai suria jgk.dh 8thun.absorber siap modiefied lg.bla bocor lh servis blik.RM500 spasang.gearbox pn dh servis.kna RM1800...klu rsa nk pkai lama lg suria ni,elok la modiefied absorber tu.
Unknown said…
Sya pkai suria jgk.dh 8thun.absorber siap modiefied lg.bla bocor lh servis blik.RM500 spasang.gearbox pn dh servis.kna RM1800...klu rsa nk pkai lama lg suria ni,elok la modiefied absorber tu.
Unknown said…
Saya pun alami masalah yang sama. Tapi saya dii Perlis. Agak jauh jgk nk ke pomen sana. Ada cadangan pomen berdekatan?
Raja Azrul said…
@khairul anuar

Untuk Perlis, saya tak pasti kawasan mana. The best way, hantar ke Kia dan cuba tanya staff sana, mungkin mereka ada cadangan.
Anonymous said…
bro, saya pun ada masalah dengan gearbox auto. saya pakai picanto. tahun 2013 gbox ada bunyi time speed. macam bunyi kereta control. dh puas pegi tnye kedai pomen termasuk kia sndiri, dorg main letak harga je. upah bukak je 500 hengget!!

then , alhamdulillah aku dpt satu contact ni. kedai kat pouchong. abg ni buat just tukar minyak gbox n service gbox( service pe aku xth). dlm 300 lebih je. cun sampailah bila aku pindah kg d terengganu, aku tukar minyak gbox tu lepas due.

tp dlm tahun ni bbrp bulan lepas, ada bunyi balik. makin teruk bila start kete je trus bunyi. so semalam aku tukar minyak gbox, n bunyi tu hilang mas start. tp bila bwk n speed n tekan minyak, ada bunyi nyaring n kasar. mcm dulu.

brader tu ada infor dia dh pindah ke ampang. dia pun ada ckp kn guna minyak sp4 semi sintectic. ms aku tukar smlm, tokey kedai cni pakai mungkin sama minyak.
tp aoa yg special abg tu buat bhgn service tu yg aku xth. dia pun pyh nk agkt phone. tp dulu dia ada ckp consumption pit kn cuci ( kalu xsilapla). mslhnye nk cuci cmne,

kalu kwn2x ada cdgn, mohon bgth.
kol aku pun xpe 0199299304.
Raja Azrul said…
anon 25/may

Saya tak pasti masalah apa yang berlaku, begini saya cadangkan untuk tuan sertai group Facebook Naza Suria & Picanto Owner Malaysia. Kat sana, ramai boleh bagi pandangan yang terbaik.

Memang sakit hati kalau melibatkan gear box, so..sabar jelah.
Anonymous said…
bro alhamdulillah kete dh ok. gear box dh senyap. pada sape2x nak tahu tu boleh contact sy. leh share.
Resm A. said…
Syoufaoullah Efol
Servis gearbox tu waktu keta dah tak bleh jalan ke atau memang rasa ada masalah pastu gi hantar servis. Sebab saya baru kena ahad lepas tetiba RPM naik pastu keta tak bleh gerak. Kat atas highway on the way nak balik KL. Nasib baik in between Plaza Tol Sg Dua dengan Plaza Tol Juru. Dekat kawasan yang busy.
Tow kereta ke bengkel kat Bukit Tengah. Tadi kena quote RM2,900. Dia tak tukar gearbox tapi dia tukar ada benda dalam gearbox tu yang dah rosak. Aishhh. Pening kepala sekejap.
Raja Azrul said…
@muhamadakmalwahab

memang menangis bila dengar harga. Anggap sahaja dugaan, mungkin ada masa kereta ni manja dan nak uji kita.
Anonymous said…
Akhir jumpa geng naza suria di sini...byk ilmu sy dpt. Sy pn pengguna naza suria...thn ni tahun ke 9 sang suria berkhidmat....lama kan syg nk jual sentimentel value. Menghadapai masalah GB di thn ke 9 ni....keta skrg kt bengkel blm kuar lg...kos GB RM+-2k jgk...apa blh buat tkr je sbb no choice huhuhu
~ yus ~ said…
Penang area mana? Saya punya suria pun ingat nak kena tukar absorber jugak kot. Hari tu dah tukar absorber link. Hari ni bunyi lagi. Maklum la bawak suria cam bawak 4wd. Hari2 travel jauh nak gi keja.
Raja Azrul said…
anon 24 Jun 2015
Yup boleh share masalah, tapi nak lengkap boleh add group PSOC dalam FB, sana terus dapat jawapan dari ahli yang lain

@yus
absorber memang selalu buat hal. Laa ni saya kena tukar lagi, tapi bajet besar sangat. Tak mampu. So biarkan dlu.
Anonymous said…
Salam..sy nk tny ckit..sy bercadang nk bli kete naza sutera kwn sy...smbung byr kete dye..tp rmai yg ckp naza sutera byk problem..btl ke?tlg bg pndpt elok atau x sy nk ambik kete 2?sbb sy mmg memerlukn kete utk pergi keje.tp klau kete 2 byk mslh sy pn tkt gak nk pakai kete 2..please tlg bg pndpt anda semua ye kwn2..
Raja Azrul said…
@anon16/8

Kereta saya ialah Naza Suria bukan Naza Sutera. Jadi saya tak pasti banyak problem atau tak. Mungkin yang lain-lain boleh bagi pandangan.
IsZulShah said…
Tumpang tanya. Kat area mana di Ampang bro tu pindah? Ada no hp tak? Pakai Kia Picanto jgk dkt 8-9 tahun. Biasalah...mcm² masalahnya. Hmmm
Goggle said…
Salam...sy memiliki naza sudah 9 tahun masalah gearbox rosak dah tukar baru agak mahal...tapi apabila gear tukar masa kemasa macam dah lari jauh boleh tanya apa ya masalah nya terutamanya gear pertama ke gear kedua nak sampai 2500rpm baru tukar...
Raja Azrul said…
Unknown 17/9

Yup, lebih kurang si merah saya. Cuba bawa ke kia centre. Saya bukan mekanik, jadi memang tak berapa arif dalam bab kereta ni :)
zainul said…
salam, sape tahu range harga absober picanto nih? TQ
Azura MZaki said…
Assalam... kereta naza suria saya tahun 2008 juga mempunyai masalah sama. bila langgar bonggol ade bunyi keletung tu. suspek masalah absorber jugak ni. lepas encik tukar absorber tu memang selesai masalah ke? kereta jadi smooth tak? kedang bila kereta tu lalu jalan tak rata macam naik kuda. lol. apepun, sayang naza suriaku.
IsZulShah said…
Tak jgk. Masih ada sangkut. Rupanya, masalah utama sbb saiz tayar yg terlalu lebar(195/55/15). Lps ni kena cari yg 175/55/15 atau plg lebar pun..185/55/15. Hehehe...
Raja Azrul said…
@zainul

Cuba join dlm group Kia Picanto Naza Suria dlm FB. Mereka boleh bagi pandangan

@azura
Serasa saya benar, itu absorber. Memang tukar absorber baru ok. Sekarang kes bearing lak. Hehehe. Sabar je la. Apa-apapun Si Merah memang banyak berjasa.
rossaAzizi said…
Bearing suria kosnya brp yer
Unknown said…
Good n nice info...puasa ari tu gear box den pn ada maslah...gi servis dkt kia serdang 4k trus...hohoho...ni tayar kiri dpn pulak buat hal...absober juga buat hal ni...mna nak repair pn x tau ni....haish....
Salam. Akak pun pengguna naza suria tahun 2008. Semalam baiki brake pump tp harini masalah throttle dia naik mendadak menderam2 bila keta dalam P. Ini masalah timer ke gear box. Serik la sbb dh pernah tukar gearbox.
Raja Azrul said…
@themisery

Cuba dapatkan nasihat dari pusat servis naza ..jadi dapatlah sedikit gambaran
yanti sufini said…
Salam, kalau ada kerosakan jgnlah ke service ctr, saya dah terkena pow kaw kaw, masa tu pergi ctr cos dah hopeless tak tahu nak buat apa, so kononnya pergilah bertemu pakar, semua benda dia suruh tukar (sepatutnya x payah pun) sampai hbis 4k gak & masalah bocor ada lg.Alhamdulilah lps tu, saya dah jmpa mekanik yg dipercayai, kalau sesape ada masalah boleh cuba ke bengkel kt area medan selera tanjung petronas ampang jaya tu. Alhamdulilah stakat ni kereta saya ok. Naza suria ni best sbb minyak jimat, cuma bila dpt kt tgn mekanik salah tu yg menjahanam kn kereta tu.
Raja Azrul said…
Wslm Yanti

Secara lumrah svc centre memang mahal. Masa saya hantar dulu, mereka kata tukar satu set terus.. RM15k terus. Mana nak cekau duit.

Nasib baik seorang staff kat Naza tu introduce satu bengkel yang boleh bantu.

Anonymous said…
@yantisufini betul kan apa kat bengkel tu. masalah gearbox ke.? kena berapa rm kalau betul kan gearbox kat bengkel tu ea?
Anonymous said…
Saya pernah ada pengalaman gearbox x da pickup. Enjin mengaum tapi kereta tak laju mcm biasa. Bunyi nyaring bila tekan minyak. Setelah di rujuk kepada 5-6 pomen. Ada yang cakap kena overhaul enjin, ada yang cakap bearing alternator rosak, dan ada yang cakap kena tukar gearbox.(beli kedai potong tp kena tradein yang asal). Beli kedai potong kena tradein, kos dlm rm1800( harga lepas tradein). Hantar kedai pomen upah buka dan pasang rm1200. So total kena spend rm3000. Tapi saya x buat..search google..rata2 mmg ramai dah kena kes cmni. Tp x jumpa solution yg tepat dan berpatutan. Jadi search punya search terjumpa satu website bernama pakar gearbox. Situ ada no phone dan alamat kedai. Terus call dan ceritakan masalah saya kepada pomen yang angkat phone tu. Dia ada tanya dah lama ka jadi?. Saya cakap dlm 2-3 minggu cmtu la. Terus dia suruh bawak ke bengkel dia besoknya. Dia ada cakap..kes mcm ni ramai dah terkena..masalah filter auto oil tersumbat sebab lama sangat x buat service ja..ramai yang pomen suruh tukaq gearbox. Yang peliknya kalau nak beli gearbox kat kedai potong..wajib tradein yg asal. Kalau tak barang takkan dijual. Sebenarnya gearbox asal tu masih ok. Hahaha..jangan menyesal kalau ada yang dah buat cmtu. Total kos saya buat service adalah sebanyak rm650 sahaja. Kereta dah kembali normal dan pickup mcm baru beli la..kos minyak auto rm210.. Labour rm185..filter rm60..computer test rm180..siap tukaq viper belakang lagi..rm15...beres. selamat dari kena rm3000. Save rm2350...hihihi.
Shamsul said…
RM650?? mohon share workshop boleh bang? keta problem tp duit x brp cukup nk repair smpi rm3k...aduhh
Anonymous said…
http://pakargearbox.com/ itu ke website nye? minimum baiki gearbox sy bace RM1,500. kenape @anony March 19 boleh dapat RM650?
Unknown said…
akum kawan2 semua just nak tanya engin apa yang boleh masuk selain engine asal,saya bercadang nak tukar engine jepun sebab pada saya body dia sedap pakai mohon share pada yg tau
a said…
gb suria sy.... 2015 tukar 1x.
2016.... dh 2x tukar dan sekarang ni rosak lagi(total 4x rosak dlm 2 th)..., tgh riki nk tukar enjin seketul je..,,
Raja Azrul said…
@a

Alahai dah nasib badan...bertabahla. Mungkin tiba masa cari yang lain
ezzy said…
Sy pn bru tuka gb 1600 kt kdai potong xspai sthun rosak blk .. stressnya. Apa cdgn nk bt eh.
Anonymous said…
Gearbox suria ni jangan guna minyak lain mesti jenis Apollo jugak
Unknown said…
Kata kunci bg gbox ni...iyalah kena servis setiap 20k km dan jgn guna minyak sembarangan.
Unknown said…
Kata kunci bg gbox ni...iyalah kena servis setiap 20k km dan jgn guna minyak sembarangan.
axrin said…
Nie cite pasal naza suria..cite pasal kia picanto yg br tu ade x..coz nk survey ok x kalo beli
a said…
sy nk jual naza suria sebiji utk spare parts.... gb rosak... malas nk bela dh... RM2.5K ... JB 0127563460
Anonymous said…
Maaf sgt lambat tgk. Pakar gearbox tu area kawasan kilang dekat tesco mergong. Yang bertanya..saya x servis gearbox. Cuma tukar minyak, filter dan computer check sahaja. Kalau servis dlm rm1500 tu dah kira bawak turun gearbox.tukar clutch. Kira kategori overhaul gearbox. Betul la minyak gearbox suria/picanto ni kena guna spec yg di tetapkan. Filter pun jangan lupa tukaq sekali.last time saya buat seniri ja. Minyak rm80 x3. Filter rm25. Save sikit.
Nazman said…
Kedai tu nama apa kat Mergong tu ? Nak pi survey tengok ..
Unknown said…
Aku ada hadapi masalah sama, gearbox problem, so aku decidelah pergi tukar gearbox, cari kedai semua minta harga 2.5k hingga 8k, akhirnya tauke bengkel yg last yg aku rujuk tu cadangkan aku supaya aku bawak kereta aku ke seorang cikgu sekolah yg specialist gearbox auto berbangsa cina, sebab cikgu ni pun part time mekanik dalam masa 3-4 hari jugaklah dia bikin kereta aku tu, tapi lepas dia repair, so far gearbox aku dalam keadaan terbaik, apa yang aku rasa berbaloi sangat sebab harganya cuma 2k.
Unknown said…
Salam...nk kongsi citer skit..sy pkai naza suria 2nd thn 2007...sy dh guna hmpir 4thn...problem
1. Aircond rm500
2. Thermostat rm270
3. Plug,timing belt,4biji tayar n lain2 yg servis rm1500
4. Radiator rm390
5. Yg terbaru suspect gearbox, X g check lg

Citer nya yg problem no.3...mula2 tu enjin x pick up,naik bukit pun tekan minyak rapat naik meter 40 je...huhuhu...tnya pomen kdai cina trs ckp mslh gearbox anggaran kos repair 2k...hmm

1day sy g kdai pomen melayu bg check mslh keta (x ckp pasal gb). Pomen tu check 1 by 1 then settle last problem... Kos rm1.5k blh tukar mcm2,klau trs ngan pomen cina tu...hmm,confirm menyesal

Moral of the story...klau ade yg ckp mslh gb better check btul2 dulu jgn trs percaya ...


Unknown said…
salam .. sy pun pernh jd mcm awk . tibe keta mengaum .. pick up dh xde ..pastu bila tekan myk mcm sentap2 gitu.. sy bwk g bengkel mekanik ckp suspek gear box jugk .. tp dia try tukar minyk gear box yg bgus harga dlm 300++ .. siap servis kn sekali semua .. trus ok keta sy ...
Raja Azrul said…
Alhamdulillah..betul, kereta meragam ni memang menangis. Kita sedih, tapi tulah...nak buat macam ne. Tu adalah kaki kita

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1