Catatan hujung tahun

Almost 2015

Sedar tak sedar, 2014 sudah hampir melabuhkan tirainya. Tahun 2014 dilihat sebagai tahun mencabar, penuh ranjau dan tak kurang juga dengan pelbagai kisah manis yang tiada penghujung.

Perjalanan 2014 bukanlah mudah. Ujian mendatang, sentiasa mendekatkan aku kepadaNya. Namun syukur juga ku panjantkan kerana keberkatan dan rezeki datang daripadaNya. Alhamdulillah, semakin banyak tempat ku jelajah, semakin banyak pengalaman ditimba. Kenangan dan pengalaman ini amatlah mahal dan tidak mungkin ku kecapi.

Otak ini ligat berfikir, banyak yang ingin ditulis.. banyak lagi perjalanan belum ku coretkan dalam blog ini. Insyaallah, satu per satu akan ku tulis sebagai panduan buat semua.

2015 akan menjengah. Harapan memang tinggi. Doa aku.. 2015 membuka suatu yang baru dan manis buatku. Mungkin bertemu jodoh? Huhu mungkin...

kepada semua pembaca, selamat menyambut tahun baru 2015.


Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...