Travel

Travel

Mengira detik

Monday, September 17, 2007

Cita-cita aku!!



Salam.

Sempena bulan Ramadhan al-mubarak ini, aku kembali menulis blog ini. Sebenarnya aku nak kongsi apa matlamat hidup aku dengan kata lain cita-cita aku.

Semasa aku kecil, masa aku umur 5 tahun, aku minat nak jadik polis. Kenapa polis? Sebab polis boleh tangkap orang jahat..hehehe, ala, cita-cita budak2. Bila dah besar sket, dalam darjah4 ke 5, aku berminat nak jadik angkasawan takpun arkitek. Nak jadik angkasawan sebab best!! Tapi itu cita-cita masa belum baligh, hehehe..masa belum matang.

Bila aku masuk form 4, barulah aku kena pikir apa yang aku nak jadik. Last2 aku berpikir, cita2 paling sesuai untuk aku ialah doktor. Aku lak minat giler ngan subjekBIO. Tapi bila masuk matriks, cita2 aku nak jadik doktor terkubur sebab PNG tak mengizinkan.

Sekarang aku dalam bidang kejuruteraan/ jurutera elektrik. Macam kisah aku dalam BAHANA PSM. Samalah gak dengan minat aku. Aku tak pernah terlintas nak masuk dalam line kejuruteraan. Malah, bidang ini antara yang aku tak minat. Tapi kenapa aku teruskan? Sebab aku pikir, ini sahaja peluang untuk aku habiskan degree aku dalam bidang engineer.

Betul kata orang, kejar apa yang kita minat dan yang kita kuat. Macam Siti Nurhaliza, dia bukanlah seorang yang pandai dalam bidang pelajaran. Malah spm pun stakat gred 2. Tapi dia ada bakat, itu kekuatan dia. Hasilnya suara yang dia miliki telah menjadikan dia jutawan. Cayalah siti...itulah namanya rezeki dan usaha. Samalah cam aku. Aku minat dalam bidang penyiaran, teater, lakonan, filem dan perniagaan. Tak pernah terlintas dalam fikiran aku yang aku ni peminat elektrik. Kalau bab belajar aku boleh lagik, tapi bila kena buat hardware aku macam kena fobia...hehehe..terukkan?

Masa kat UMP, aku memang jenis aktif. Jadik pres lah, pengarah lah, AJK sana, AJK sini..tujuannya untuk mantapkan skill aku. Jadik, barulah aku boleh kenal dunia sket...Memang betul. Bila aku pikir, hidup ini memang kena aktif. Sebab bila kita aktif baru kita tahu nak hadapi masalah kat dunia ni..Contohnya bila aku jadik pres kebudayaan, masa tu baru aku tahu camne nak handle masalah, uruskan kewangan dan macam2 lagik. Paling teruk bila kita nak work dengan mereka yang different level mcm staf dan dekan HEP.

Kini aku baru sedar, jalan yang paling baik ialah kejar apa yang kita minat. Cita-cita aku ialah nak ceburi dalam bidang teater, arts dan filem. Itu yang aku nak kejar sekarang. Aku nak jadik macam Aziz M osman, Mior Hashim Manaf takpun macam Erma Fatima. Semua nya berjaya dalam bidang pengarahan dan lakonan. Nak kata bidang ni tak menjamin masa depan, bagi aku itu terpulang pada individu. At least aku dah ada ilmu dlm kejuruteraan dan aku jugak ada ilmu dalam teater, kebudayaan dan komunikasi. Matlamat aku nak dapatkan ijazah dan master dalam bidang performing art takpun teater study. Itu yang aku nak kejar sekarang, dan jika ada rezeki aku akan bukak produksi sendiri based on arts dan teater. Paling tinggi cita2 aku ialah nak jadik pengarah Istana Budaya dan mantapkan lagi pengurusan IB di mata dunia. Mana tahu jika ada rezeki kan...hehehe...

No comments: