Jalan-jalan : Singapura ( Part 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Untuk post kali ini, aku nak bercerita panjang. Kenapa?? Aku nak cerita pengalaman aku berada di negara temasik atau lebih dikenali sebagai SINGAPURA. Pengalaman pertama aku menjejakkan kaki ke Singapura.

Kenapa aku ke sana? Sebenarnya aku mewakil;i syarikat aku untuk satu lawatan ( Fam trip) yang dianjurkan oleh Singapore Tourism Board ( STB) dan Resort Sentosa. Jadi, peluang yang hanya datang sekali ini aku gunakan sebaik-baiknya.

Sehari sebelum aku pergi ke sana, aku telah membuat pasport. Masya Allah..sabar jerlah. Manusia punyalah ramai, tapi servis..hurm, biasa-biasa sahaja. Alhamdulillah, pasport aku siap dalam tengahari. Lega...!


Trip : SINGAPORE ( M.I.C.E) VISIT
Date: 25-26 Mar 2010
Pax : 16 from all travel agents around KL

25 Mar 2010:

Pagi-pagi lagi aku sudah bangun menyiapkan diri dan mengemas barang. Nasib baiklah hanya 2 hari. Jadi tidak banyaklah barang yang hendak dibawa. Setelah bersiap, sekitar jam 6.15 am, abang Din datang ke rumah saya. Huhuhu...nasib baik ada orang akan hantar ke airport. Jadi, tak perlulah bersusah payah nak ke sana.


Perjalanan ke KLIA tenang, seperti biasa cuma sibuk sedikit apabila menghampiri KLIA. Setelah sampai ke KLIA ( dalam jam 7.15am), aku menelefon Yuen, iaitu ketua rombongan kami yang mewakili STB Malaysia. Dia masih dalam perjalanan dan meminta aku tunggu di Platform M.

Setelah semua berkumpul ( aku masih terdiam sebab tak kenal siapa-siapa), masa untuk daftar masuk bagasi. Setelah itu, semua selesai, barulah kami ke pintu masuk untuk ke pesawat. Pesawat dijangka berlepas jam 8.50am, dengan menaiki Jet Star. Tapi lewat pulak dan akhirnya pesawat benar-benar berlepas dalam sekitar jam 9.15 am.

Di udara, macam biasa pramugari Jet Star datang menghidangkan air...cuma kalau nak air, kenalah bayar. Setelah siap kesemuanya, pesawat kami mendarat dalam jam 1000 dan aku pun dapatlah melihat Changi Airport..!

Lapangan terbangnya mempunyai tiga terminal, tapi suasananya sama sahaja seperti lapangan terbang subang. Setelah pemeriksaan imigresen, kami pun menaiki bas persiaran ke pusat bandar.

Sepanjang perjalanan, kami diperkenalkan pemandu pelancong kami iaitu Jeremy, wakil STB Singapore. Dia telah bercerita sedikit tentang perjalanan sepanjang dua hari dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan.

Kami sampai ke hotel dalam jam 11.00 pagi, selesai check in kami pun pergi makan tengahari di Furama Hotel, dalam 15 minit perjalanan dari Orchard Hotel.

Makanannya..huhuhu, sedap dan rasa Malaysia...ada rendang, nasi briyani dan macam-macam lagi. Harganya untuk set buffet ialah $S 40 per person. Mahal gak, tapi nasib baek ditaja.

STB dan Sentosa:

Setelah makan, kami dibawa ke STB terletak di kawasan Orchard Road. Di sana, taklimat khas diberikan oleh pegawai STB mengenai Singapura dan produk-produk pelancongannya. Hebat gak..tapi biasalah, pembangunan artificial, ia masih belum kuat seperti mana pelancongan di Malaysia..hehehe.

Setelah itu, masa dinanti-nantikan, kami semua ke Sentosa. Sentosa merupakan destinasi utama sekiranya anda ke Singapura. Ia terletak di sebuah pulau berhampiran Harbour Front. Kalau nak ke sana, kena naik MRT ataupun Bas. Pulau Sentosa ini mempunyai padang golf, merlion besar, song of the sea, dan terbaru Universal Studio ( Resort World).

Mula-mula, kami pergi ke Underwater world...sebuah akuarium sama seperti aquaria (rasanya aquaria lagi best kot). Kami di bawa ke Dolphin lagoon dan terowong yang mengandungi beratus-ratus spesis ikan.

Setelah pergi Underwater World, kami dibawa ke Resort World Sentosa, yang terletak di kawasan Sentosa. Untuk makluman, resort world ini adalah milik syarikat Malaysia, yang membangunkan Genting Highlands. Huhuhu...yang bestnya Resort ini kerana mempunyai Universal Studio.

Kami dibawa melawat hotel-hotel, termasuk bilik-bilik dan dewan seminar. Setelah itu, pergilah melawat ke Universal Studio. Huhuhu..gempak lah jugak, seolah-olah berada di Hollywood. Macam-macam permainan ada, tapi sayang roller coaster ditutup kerana cuaca tidak mengizinkan. Tapi tiket masuknya mahal..dalam S$ 72, atau dalam RM200. Hehehe..boleh lah kalau kumpul duit dari sekarang.

Oklah..aku letak picture dulu...nanti aku sambung untuk penulisan akan datang...

(Pintu masuk Universal Studio)





(Di depan New York Tax)



( Casino Resort World)



(Pelabuhan Singapore)


( Jam antik dalam Hotel Orchard Road)


* Bersambung

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...