Travel

Travel

Mengira detik

Sunday, August 01, 2010

Movie lagi..gigih lah katakan..

Minggu ini aku boleh cakap, dua filem aku tengok untuk dua hari..hebat2!!

Kenapa? Mungkin sebab takda plan khusus, lagipun nak karaoke pulak, macam jauh dan jenuh nak tunggu turn kat Wangsa Walk nun..jadi, sebagai alternatif, aku cubalah luangkan masa menonton dua filem bersama dua rakan karibku..

Tapi entri ini aku malas nak ulas panjang2, ringkas je..dan kalau korang semua nak tengok..silakan!

1. Sorcerer of Apprentice..

- Tip top, hebat dan mantap. Macam filem Harry Potter. Suka dengan jalan cerita dan magik dalam filem ini. Suka gak dengan lagu Secret yang jadi lagu tema filem ni.
- So, overall 4 bintang aku leh bagi. Boleh ar layan sebab cerita ni tak berat pun.

2. Salt
- Nama salt, tapi bukan cerita pasal garam. Citer ni pasal ejen wanita bernama Everlyn Salt.
-Lakonan Angelina Jolie..so far memang ada aksi melompat ar, berlawan ar, terjun ler..macam2 ar..
- Tapi cerita dia berat sangat. So, kepala takleh nak masuk semua. Tegang dari awal hingga akhir.
- Bolehlah kalau nak tengok, tapi kalau nak berhibur, takyahlah..bazir je rm10.
- Boleh bagi 2.75 bintang,


Jadi,itu review dua filem hollywood aku tengok minggu lepas. Kenapa? Terkejut..hehe. Sapa kata filem barat best..hehe..

Tapi minggu ni ada dua filem aku nak tengok. Tapi rasanya tengok satu je lah kot..cerita Last Abeinder dan Tekken..hurm..harap2 best!

Esok kerja..adusss.......!

2 comments:

Pegawai Khalwat said...

Inception dah tengok?

Raja Azrul said...

tak tengok..full house je..hehe