Menjengah hari ke hari


Salam,

Diam tak diam, dah masuk 6 bulan aku bekerja di Triways. So far, aku puas hati dengan kerja aku. Maksud puas ialah aku seronok dengan kerja baru ini. Walaupun banyak cabaran dan permintaan yang tak masuk akal, tapi sebagai orang baru, terlalu banyak perkara aku belajar di sini.

Ada juga suara-suara halus mengatakan " Eh, tak rugi ke belajar 5 tahun engineering?" rasa macam membazir je, hmm...aku malas nak jawab. Mereka tak paham apa aku rasa, dan apa aku mau. Memang secara kasarnya, nampak aku dah membazir 5 tahun belajar kejuruteraan. Kiranya orang tua-tua kata alangkah bagusnya jika ilmu tersebut digunakan ke jalan yang betul.

Tapi, nak buat macam mana..naluri aku bukan ke dalam bidang kejuruteraan. Memang aku tak sanggup untuk berdepan dengan mesin-mesin atau transformer yang berkali-kali lebih besar dari aku.

Itu secara kasar, nampak membazir. Tapi sebenarnya dalam tempoh 5 tahun aku belajar, aku menguasai pelbagai cabang ilmu yang tidak ada dalam bidang kejuruteraan. Aku belajar debat- satu kemahiran komunikasi yang amatlah berguna. Aku belajar teater - belajar tentang pengurusan, disiplin dan seni. Aku belajar kepimpinan - ilmu yang sangat berguna ketika aku bekerja.

Terus terang kerja aku ada banyak kaitan dengan ilmu2 tersirat yang aku belajar semasa di UMP. Aku belajar bagaimana menguruskan masa, mengatur jadual, bekerjasama dan juga komunikasi. Alhamdulillah, kerja aku sekarang menjadikan aku lebih matang dalam membuat keputusan.

Bulan Ramadhan sudah bermula, tak lama lagi Syawal. Sedar tak sedar sudah hujung tahun. Begitu cepat putaran masa. Entahlah, terlalu banyak lagi aku nak kejar dalam dunia ini. Aku harap impian aku tercapai sebelum pengakhiran 2010. Aku target 5 matlamat, 2 sudah tercapai, tinggal lagi 3..harap2 berjalan dengan baik dan lancar.

Terima kasih.

Comments

Noli said…
gud luck raja..selamat berposer yer. ;)

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...