Travel

Travel

Mengira detik

Wednesday, August 11, 2010

Bermula Ramadhan

Salam sejahtera, apa khabar?

Alhamdulillah, sedar tak sedar, diam tak diam, rupanya dah masuk Ramadhan 2010. Memang tak sangka, begitu cepat masa berlalu. Apa-apapun, aku masih macam biasa. Melakukan tugas harian yang semakin mencabar ini.

Apabila bercakap tentang kerja, fuh..memang tension. Macam-macam dugaan. Sebetulnya, aku mempunyai 2 jenis pekerjaan sekarang ini.Pertama, kerja sebagai Executive, kedua sebagai guru tuisyen. Ada juga suara mengatakan, kenapa nak bekerja 2 kali? Penat ke?

Semestinya penat, melakukan dua kerja dalam satu hari. Jawapan aku mudah, penat memang ada, tetapi bekerja ini adalah untuk menampung perbelanjaan aku sehari-hari. Lagi pulak, aku memang masih minat dalam mengajar ni. Jadi, adalah amat sayang sekiranya aku tidak gunakan kemahiran yang sedia ada berkongsi dengan adik-adik pelajar.

Kini, tugasan kerja semakin banyak. Banyak perlu diurus dan diaturkan supaya kerja dapat disiapkan dalam tempoh yang dinyatakan. Aku cuba menjadi seorang sistematik, walaupun selalunya pasti ada tertinggal... memang hampeh kan!

Bulan Ramadhan ini pastinya diharap agar memberikan sinar cahaya kepada aku. Aku tak berharap apa-apa, cuma mengharapkan apa yang aku lakukan semuanya berjalan dengan lancar dan terbaik. Insyallah, cuti raya tahun ini adalah cuti paling pendek pernah aku buat.

Huhu..apapun, sinar "" sudah aku nampak, aku harap aku dapat menyentuhnya bulan September ini!

Amin...

No comments: