Travel

Travel

Mengira detik

Tuesday, June 26, 2012

Jalan-jalan : Korea (part 2)

Istana Lama Seoul
Alamak!

Aku terlupa nak menulis sambungan cerita ke Korea bulan November lepas. Nampak gaya kenalah tulis jugak, khas tuk mereka yang membaca di sini. Manalah tahu ada yang berhajat nak pergi Korea ke? Jadi boleh lah sedikit berkongsi cerita. Ini adalah sambungan kisah sebelum ini.

Hari Keempat:

Oklah pagi ini, lawatan diteruskan ke sekitar bandaraya Seoul. Untuk makluman Seoul ini memang besar, 2-3 kali besar KL. Penduduknya hampir sama dengan penduduk Malaysia. Dan disini LRTnya ada 15 lines. Jadi boleh bayangkan betapa sesaknya Seoul.

Walaupun pengangkutan awam disini efisyen, Seoul juga tak terlepas dari tersangkut dalam trafik jam. Mungkin disebabkan kepadatan penduduk yang tinggi dan sistem lebuhraya masih belum begitu baik. Oklah, lawatan pertama ialah ke Istana Diraja Seoul. Mesti ramai yang tahu bahawa Korea Selatan sekarang tidak mempunyai raja. Jadi, inilah antara peninggalan zaman silam mereka. Dulu korea mempunyai raja, konsep istananya tak ubah seperti istana raja di Beijing. Cuma bezanya, ia kecil dan ringkas.

Istana ini menjadi tumpuan utama pelancong dan antara tempat yang wajib pergi andaikata anda ke sini. Disini juga terdapat muzium dan beberapa buah monumen/patung yang dibawa dari Pulau Jeju. Jadi, kalau anda ke situ, jangan lepaskan peluang tuk bergambar sepuas-puasnya tahu!

Selepas sahaja makan tengahari, kami bergerak dengan membeli belah di Namdaemon dan Damdemong market. Bunyi pun macam Doraemon?? Haha. Tapi kedua-dua pasar ini terletak berhampiran. Ada pelbagai jenis barangan dijual termasuklah pakaian, sutera, kasut, sarung tangan dan macam-macam lagi. Saya sempat jugalah membeli sarung tangan kulit dan jaket khas, maklumlah dah kesejukan tahap gaban. Sekurang-kurang senang nak guna terutama ke luar negara. Harga pun taklah mahal sangat. Tak sampai RM100 untuk jaket. Kalau nak banding dengan Malaysia..fuh memang lah mahal.

Selepas membeli belah, masa menonton !! Menonton apa?? Nanta Show! Ramai yang tak tahu Nanta Show antara persembahan yang harus anda tonton andai kata datang ke sini. Harganya dalam RM150 seorang. Persembahannya memang menarik! ia bukanlah persembahan kebudayaan tetapi persembahan teater moden yang menarik dan mengagumkan! Maksudnya ia menggunakan alatan memasak sebagai instrument muzik, dan turut menyelitkan aksi akrobatik dalam persembahan mereka. Penonton juga turut serta dalam menghasilkan bunyi dan pendek kata, anda tidak akan bosan selama 90 minit persembahan. Jadi, kalau anda ke sini, jangan lupa untuk menonton persembahan yang hanya ada di Korea sahaja.

Batu berasal dari Pulau Jeju
Hari kelima :

Hari kelima, suhu sudah semakin sejuk. Cuaca diramalkan dalam sekitar 10 C. Kira sejuk jugaklah..kena pakai jaket dan sarung tangan. Lawatan pagi ini diteruskan ke stadium piala dunia 2002. Sebagaimana kita maklum, Korea selatan menganjurkan piala dunia bersama dengan negara jirannya, Jepun - 10 tahun lepas. Memang menarik, kerana ini adalah penganjuran dua negara termaju di Asia. Stadium ini sebesar stadium Bukit Jalil, dan anda akan dapat melihat sendiri beberapa pameran khas piala dunia. Di sini juga anda akan dapat masuk bilik persalinan, bilik latihan dan bilik mesyuarat pemain. Ada juga kedai cenderamata yang menjual barangan cenderamata piala dunia.

Selepas ke stadium, lawatan diteruskan ke kilang ginseng. Sebenarnya, kilang ini tak ubah seperti kilang ginseng di China, cuma saya rasa kualitinya jauh berbeza berbanding China. Selepas membeli belah, kami pergi pula ke kedai kosmetik. Rasanya ini adalah tempat kegemaran kaum wanita, terutama mereka yang suka kosmetik korea. Sebagaimana kita tahu, barangan korea merupakan antara yang popular. Dan produknya juga jauh berkualiti daripada barat. Jadi tak hairanlah, kedai kosmetik ini antara tempat wajib anda terjah kalau ke sini.

Selepas menikmati makan tengahari, petang ini kami semua ke Seoul Tower, yang merupakan menara telekomunikasi tertinggi di Korea. Dengan kata lain, di sini juga digelar "love tower". Kenapa? Kalau anda ke sini, anda boleh meletakkan rantai kunci bersama nota tentang kekasih anda. Hebat bukan?? Manalah tahu jodoh anda akan berpanjangan. Selain itu, anda juga berpeluang membeli koleksi cenderamata di sini. Selepas sahaja melawat Seoul Tower, kami meneruskan aktiviti dengan membeli belah di Namdaemun dan Myeon Don. Tuk makluman, suasana membeli belah disini tak ubah seperti membeli belah di Bukit Bintang ataupun Oxford Street London.

Kat sini, anda boleh mendapatkan pelbagai barangan pada harga yang murah. Tapi masa saya  pergi adalah musim luruh, jadi kebanyakan fesyen berorientasikan musim luruh dan sejuk. Harga?? rasanya sama sahaja seperti KL, tapi kualiti dan rekaaannya agak terkini.

Selesai membeli belah, kami pun makan malam di restoran Morroco - salah satu restoran Halal yang menarik di Korea. Dan malam itu, pulang ke hotel, berehat dan berkemas...zzzzZzzzz....

Hari terakhir :
Ayat-ayat Cinta di Seoul Tower
Sama seperti trip sebelum ini, hari terakhir lebih kepada aktiviti bebas. Saya pula banyak menghabiskan masa berinternet di lobi hotel disebabkan beberapa tugasan yang harus diselesaikan. Oleh kerana penerbangan kami pada jam 4.50pm, kami hanya bertolak ke Incheon pada jam 12.00pm.

Sebelum ke Incheon, Gina membawa kami semua membeli belah produk korea di Duty Free dimana harga Seaweed dan barangan Korea disini tersangatlah murah. Harga seaweed dalam 10000 won untuk 3 peket besar, manakalah tuk paket kecil rasanya tak sampai 15000 won ( dalam tu ada 10-15 paket kecil). Selain itu terdapat juga barangan cenderamata dan tak lupa Korea Kimchi. Kat sini semua barangan akan diletakkan di dalam kotak khas, bagi memudahkan untuk daftar masuk pesawat nanti.

Pada jam 2.30pm kami pun tiba di Incheon, dan untuk makluman Incheon hanya tuk penerbangan antarabangsa sahaja. Bagi yang ingin ke penerbangan domestik, mereka harus menaiki pesawat di Lapangan terbang Gimpo (dalam 20 minit dari Incheon). Pada jam 4.50pm, kami pun bertolak ke Kuala Lumpur ... Lambaian Cinta Korea telah pun berakhir.

Tips khas tuk anda:
Korea merupakan sebuah negara yang amat menarik tuk dilawati. Harga barangannya tidaklah terlalu mahal, malah dengan adanya promosi istimewa dari Air Asia, tidak hairanlah makin ramai rakyat Malaysia yang akan ke Korea. Jadi, dikesempatan ini, saya berkongsi beberapa tips ringkas untuk anda semua:

1. Sama seperti China dan kebanyakan negara bukan Islam yang lain, jangan lupa membawa botol air kecil andai kata anda ke tandas.

2. Semak dulu cuaca dan musim sebelum anda ke sana. Musim sejuk di Korea agak ekstrem kerana suhunya boleh jatuh bawah -10c. Paling ideal ialah pergi pada musim luruh dan bunga kerana suhunya nyaman dan tidak panas.

3. Pakaian sejuk seperti jaket, sarung tangan, mafla boleh dibeli di sekitar Dongdaemun. Harganya jauh laa lebih murah berbanding Malaysia. Kalau anda nak ke sana, beli je pakaian bundle kat Malaysia dulu, dan sampai sana beli lagi kerana fesyen di sana sangat up to date!

4. Makanan Halal tak banyak, tapi ada. Kalau anda mengembara secara sendirian, bolehlah ke restoran Halal sekitar dengan Masjid Seoul.

5. Kalau ke Korea, tempat wajib pergi ialah Pulau Nami + Gunung Seorak! Memang Wajib kerana ia sangatlah cantik! Tapi lebih baik anda pergi menggunakan agen kerana jaraknya agak jauh, dan kebanyakan warga Korea tidak pandai berbahasa Inggeris.

6. Selain persembahan Nanta, anda juga boleh melihat persembahan Jump. Ia merupakan persembahan taekwando diadun dengan unsur komedi.

7. Anda juga boleh melawat theme park di Korea. Nasihat saya, pergi pada musim panas kerana anda mempunyai banyak masa menikmati dan bermain sekitar taman tema.

8. Pelajari bahasa Korea yang mudah - ia sangatlah membantu anda ketika anda membeli belah. Kalau lah tak boleh juga, bawalah risalah kecil yang ada perkataan korea seperti tandas, makan, dimana, hotel dan sebagainya.

9. Beli tiket Air Asia waktu promo! Takpun kalau anda tak minat naik Air Asia, Korean Air juga antara yang terbaik. Selalunya harga promo Korean Air dalam lingkungan RM1700++  ke atas dan ia termasuklah bagasi dan makan dalam penerbangan! Menarik bukan!

10. Jalan-jalan sekitar Seoul agak padat, dan rumit. Pastikan anda berjalan di kawasan yang mudah untuk dikenalpasti. Elakkan berjalan seorang, dan nasihat berjalan dalam kumpulan.

Layan dulu gambar-gambar dibawah....


Suasana dalam Muzium Seoul



Bakal Mak Mertua ke? Hehe...

Di luar kompleks Muzium Seoul

Pose lagi...pose....

Tak ubah seperti Istana China, tapi lebih ringkas



Bergambar di sekitar Istana

Jom Seoul!!

Ni bukan Old Trafford, tapi di Stadium World Cup Seoul

Sekitar perjalanan ke Seoul Tower



Aku bergambar bersama Guide aku, Gina
Hayatilah keindahan Korea...memang menarik! Insyaallah ada rezeki, rasa macam nak pergi melawat ke Jeju pula..tapi tak tahulah bila peluang itu datang.

Oooppss...ingin khidmat nasihat mengenai melancong ke Korea? Saya boleh uruskan bersesuaian dengan bajet anda. Email terus ke rentaka.travel@gmail.com ; 100% Muslim tour!


rajaazrul

17 comments:

Papa-NtiQ said...

Waduh waduh waduh seronok nye dia kat sana. Asyik berjalan nyer dia...korea lah, phuket lah...best best. Cantik gambar2. Saya plan nak gi korea march tahun depan. Harap2 menjadi asyik tertunda jerrr. Nak gi ngan muslim package so tak perlu nak pikir2 pasal makan atau pun transport. Main ikut jer kan. Bila nak pegi nanti saya refer balik entri nih.

Raja Azrul said...

Yes..dah kerja saya memang berjalan..hehe. Memang saya sarankan ambil muslim package, at least makanan terjaga,dan kebanyakan restoran muslim ada ruangan solat. Jadi tak susah lah tuk beribadat.

Sylph said...
This comment has been removed by the author.
Sylph said...

Assalam,
Saya akan ke Seoul, bln ogos ni utk summer program. Ni mmg program antara universiti. Cuma saya risau managemt universiti diorg x sepeka tour guide. Ada apa2 tips lain x yg blh sy jadikan panduan tak? :)

Macam mana dgn komunikasi di Korea? Handphone blh guna international simcard atau tak compatible langsung?

Raja Azrul said...

Wslm Sylph,

Saya pernah berpengalaman dalam membawa pelajar untuk program universiti. Lazimnya kita memerlukan translator untuk memudahkan urusan komunikasi ketika lawatan rasmi diadakan.

Nasihat saya, gunakan seoarang guide ( dari hari pertama sehingga terakhir), dan pastikan dia fasih berbahasa Inggeris supaya terjemahan dapat dilakukan dengan baik.

Di Korea, kebanyakan masyarakatnya tidak boleh berbahasa Inggeris, tapi mereka boleh memahami perkataan-perkataan Inggeris yang mudah.

Untuk telefon bimbit, hanya telefon 3G sahaja berfungsi untuk roaming. Jadi komunikasi agak terhad ketika berada di sana. FYI, sim kad korea berbeza dengan sim kad kita. And all sims made for korean phone.

Harap jelas, dan kalau nak makluman lanjut bolehlah email terus kepada saya.

Azrul

Anonymous said...

trima kasih tuan atas maklumat anda...bleh sy buat pedoman bila sy nak kesana nnt

Nur Izawaty said...

cop..nk menyampuk..Sylph..
tuk berkongsi lah..masa kat korea ari tu, sy pkai line celcom je..tp prepaid..hehhe, sbb lau roaming kos sngt tinggi..n jgan risau kat korea banyak sngat kawasan ade wifi free, so lau pkai smartphone, amat mudah lah..n en.blogger..sy baru perasan sy g korea ari tu pun menggunakan khidmat Gina as a our tour guide..bestkan diorang..

tp 1st impression sy pada org korea adalah..mereka sngt baik dan sngat menghormati org especially pelancong dari luar n malaysia yang pasti, diorg siap leh kenal lagi kite ni org malaysia ke tidak..hehhhehe..

n kepada sesiapa yang baru nk ke korea selamat menikmati keindahan budaya masyarakat n keindahan suasana di sana, n bandar diorg sngt selamat.

Raja Azrul said...

Izawaty

Terima kasih atas membaca blog saya. Yup Gina adalah rakan baik saya semasa di Korea. FYI, 2 bulan lepas dia ada datang ke KL, sempat juga lah saya bawa dia ronda-ronda sekitar KL.

Untuk wifi, memang banyak terutama di Seoul. Jadi, tak perlu risau sangat. Hehe. Apa-apapun korea adalah sebuah negara yang unik untuk dilawati!!

Anonymous said...

hi en.Raja,
bole x bg email Gina.sy bkl ke korea bersama suami dan 3kids april 2013..saya suka sgn coretan en.yg terperinci about korea.dan saya berminat nak menggunakan khidmat cik Gina bila berada disana nanti.emailkan;ladygoldfish@yahoo.com.my cc ;balqis.zubir@packet-1.com -puan Erma.

Raja Azrul said...

Salam,

Untuk makluman, Gina adalah professional guide di korea. Dia terikat dengan kementerian pelancongan dan hanya akan guide dibawah seliaan agensi pelancongan sahaja (bukan individu).

Jika anda inginkan perkhidmatan guide sahaja, sila hubungi travel agent di Malaysia. Ia lebih mudah kerana agensi disini akan uruskan komunikasi dengan guide di sana.

Harap ia membantu.

Azrul

Anonymous said...

Salam...

Boleh bg pendapat kalau nak buat tour pada dec, sesuai ke x, sbb dgr2 byk tempat tutup.. Betul ke? Kalo ye, bole suggest tempat yg sesuai masa winter?

Raja Azrul said...

anon 10/3

Kalau nak tahu, December adalah peak season di Korea. Kebanyakan ski resort penuh pada masa tersebut. Jadi, tak betul kalau kata kebanyakan kedai tutup. Cuma mereka mungkin tutup pada cuti umum seperti Krismas dan tahun baru.

Azrul

Raja Azrul said...

Anon 10/3

Tempat sesuai ketika winter adalah ski resort, Dongdaemun, Seoul N tower, dan Myeo Dong. Kalau ada masa, pergi ar tengok Nanta Show dan Jump. Boleh juga pergi theme park seperti Everland dan Lotte World

Anonymous said...

Kalau pertengahan bulan september musim ape ..pakaian ape yg sesuai...tak tahu ape2..nk g sane 13.9 ni

Raja Azrul said...

Boleh pakai light jacket sahaja. Suhu lebih kurang seperti Cameron. Kira oklah tu..nyaman je kalau nak jalan-jalan.

Anonymous said...

Assalamualaikum... InsyaAllah pada penghujung okt (31/10/13-6/11/2013) akan ke sana.. musim apa ya? pakaian yg sesuai?

Raja Azrul said...

Anon 10/9

Maaf lewat balas. Suhu sekitar 20C, mungkin kurang. Boleh bawak jaket, dan malam mungkin akan sejuk. Tapi tak perlulah bawak winter jacket atau mafla tu.

In case kalau sejuk sangat, boleh je beli pakaian tebal kat sana. Lagi murah dari kat KL.