Travel

Travel

Mengira detik

Saturday, October 25, 2014

Jalan - Jalan : New Zealand (North Island) Bahagian 2

Beraksi di Queen Street pada jam 11pm
Salam Oktober semua!

Fuh, hampir 2 bulan tak kemas kini blog. Sibuk dengan beberapa urusan. Nak menaip blog perlukan mood. Oklah, pada penulisan yang lepas, saya telah ceritakan tentang pengalaman berada di New Zealand (south Island).

Dalam penulisan bahagian II ini, saya akan menceritakan serba ringkas mengenai North Island (Kepulauan Utara) New Zealand. Secara kasarnya, semua pelancong yang datang ke New Zealand akan masuk ke Kepulauan Utara terlebih dahulu.

Pengenalan:

Berbeza dengan kepulauan Selatan, kepulauan utara lebih banyak pembangunan, bandar dan penduduk. Ini disebabkan keadaan muka bumi di bahagian utara lebih sesuai untuk pembangunan, pertanian dan penternakan.

Semasa hari pertama, saya hanya tiba di Auckland sekadar transit, kali ini, masa untuk saya menjelajah kepulauan utara ini. Penulisan kali ini tidak mengikut hari, sebaliknya mengikut bandar dan tempat yang saya pergi, Insyaallah, memudahkan anda membuat perancangan.

Auckland City

Auckland 

Bandaraya terbesar di New Zealand, merupakan antara pintu masuk utama ke New Zealand. Bandaraya ini mirip kepada Sydney, Australia, cuma populasinya tidak sebesar Australia. Jika anda tiba di lapangan terbang Auckland, harus diingat, di sini SAMA seperti Australia, TIDAK BOLEH MEMBAWA MAKANAN BASAH ke NZ. Saya rasa NZ lagi tegas berbanding Australia. Sebab apa? negara ini hanya bergantung kepada pertanian, jadi tidak dinafikan kawalan ketat amat perlu. Tapi kalau nak bawa Maggi atau 3 in1, tidak ada masalah. Pastikan anda istihar segala makanan yang ada sebelum ke kaunter semakan.

Bandaraya Kapal Layar
Di Auckland, tidak ada LRT atau monorail. Di sini hanya ada bas. Dari lapangan terbang ke CBD, memakan masa hampir 1 jam.  Auckland lebih dikenali sebagai city of sail sebab ada banyak kapal layar terdapat di sekitar pelabuhan Auckland. Bandaraya ini amatlah tenang terutama pada waktu malam.

Jika memilih penginapan, anda boleh memilih untuk menginap di sekitar Queen Street, mudah untuk ke mana-mana, termasuklah Auckland tower. Oklah, apakah yang menarik di Auckland... ?

 1. Auckland tower (sky tower)

Di atas menara Auckland (Sky Tower)
Auckland tower ini merupakan menara tertinggi di Auckland, saya dah lupa berapa bayaran masuk. Tapi kalau naik atas ni, rasanya sama je kita naik menara lain kat dunia ni. Atas sky observation dan restoran. Jika waktu siang, anda akan dapat lihat suasana pelabuhan dan Mount Eden. Di sini juga aktiviti bumper jumping & kasino.

2. Tamaki Drive
Ia bukan tempat melawat, sekadar satu jalan raya yang ditambak. Dari sini anda boleh melihat bandaraya Auckland dari jauh.

3. Queen Street
Di Queen Street

Di sini adalah kawasan membeli belah utama di Auckland, disini juga terdapat kedai premium seperti Coach, Gucci, LV. Kalau nak beli cenderamata, kat sini antara yang murah. Di sini juga terdapat barangan All black yang asli.


4. Auckland War Museum


Saya tak masuk, sebab muzium..hehe. Tapi senibina muzium ini memang cantik, percayalah..disebabkan terletak atas bukit, jadi anda boleh nampak bandaraya Auckland dari jauh.

Secara kasar, Auckland hanya sebuah bandaraya, sama seperti KL atau Sydney. Menarik di sini, anda boleh dapatkan makanan Halal dengan mudah. Makanan Malaysia yang halal pun ada. Tak susah la jika berbanding dengan bandaraya lain di NZ. Kalau nak tengok nightlife, boleh ke kawasan sekitar waterfront dan Quay street. Oh ya, di sini kena berjalan, sebab tidak ada subway atau LRT. Kalau tahu naik bas, oklah. Tapi kalau dah malas, naik teksi pun ok.


Waitomo Caves:



Gua Waitomo  terletak lebih kurang 3 jam perjalanan daripada Auckland. Kebiasaannya anda akan singgah ke gua ini jika anda dalam perjalanan ke Rotorua. Apa yang istimewa mengenai gua ini? Ia merupakan gua yang mempunya glow worm (cacing bercahaya). Spesis cacing ini sangat istimewa dan hanya ada di beberapa buah gua sahaja di seluruh dunia. Untuk ke sana, anda perlu menyewa kereta kerana tidak ada pengangkutan awam tuk ke sana. Anda boleh aturkan pakej ke sini dengan pihak hotel atau agensi pelancongan.


Lokasi gua ini agak tersorok, jadi ia bukan  berada di kawasan pekan ataupun kampung. Apa yang menarik, keadaan gua ini sangat tersusun. Segala kemudahan disediakan dalam keadaan cukup baik. Percayalah, jika dibandingkan dengan gua yang ada di Malaysia, Waitomo memang nampak bersih dan sistematik. Malah jika anda berada dalam kumpulan, mereka boleh aturkan pakej berkumpulan khas untuk anda.

Bot untuk melihat glow worm
Untuk melihat cacing ini, ia memerlukan kawasan yang gelap. Menurut penjaga gua ini, cacing ini menggunakan "glow" sebagai salah satu cara memikat serangga. Ia juga sebagai salah satu cara untuk memikat pasangan. Sebelum melihat cacing ini, penjaga gua akan memberi sedikit penerangan am mengenai peraturan dan sejarah gua tersebut. Berbeza dengan gua di Malaysia, suhu di dalam gua ini lebih sejuk berbanding di luar. Tidak hairanlah orang zaman dulu menjadikan gua sebagai tempat tinggal.

Syarat lain untuk melihat cacing ialah ..... DIAM... hehe.

Anda akan menaiki bot untuk melihat cacing , jangan risau cacing ini tidak berbahaya dan selamat!


Rotorua:

Di kepulauan Utara, salah satu bandar utama di sini ialah Rotorua. Ia terletak lebih kurang 3 jam perjalanan daripada Auckland, dan lebih kurang 2 jam dari Gua Waitomo. Rotorua merupakan bandar pelancongan kerana di sini merupakan pusat kebudayaan kaum Maori (kaum asal New Zealand). Selain itu, ia juga terkenal dengan geiser dan tasik yang cukup mengasyikkan. Dalam perjalanan ke sini, anda akan melihat beberapa kawasan penternakan lembu. Berbeza dengan kepulauan selatan, di utara mereka lebih banyak menternak lembu.

Apa yang menarik di sini?? Jom...

1. Tasik Rotorua
Suasana di Tasik Rotorua (panas gak time ni)

Walaupun tasik ini tidak secantik tasik Pukaki atau Tekapo, ia boleh dikategorikan bersih dan mempunyai panorama mengasyikkan. Anda boleh mengambil gambar dan jika ada masa bolehlah menaiki bot mengelilingi tasik.

2. Spa Polynesian
 Terkenal dengan spa, tak sah kalau tak ke Rotorua jika anda tidak ke spa. Bezanya, spa di sini menggunakan air panas sulfur (dari geiser). Ia sangat bagus untuk kulit. Malah ada juga beberapa produk sabun di buat daripada sulfur ini. Jangan risau, spa di sini selamat dan family friendly.


3. Rotorua Museum
Jika anda ada masa, bolehlah ke Rotorua Museum. Tapi saya tak masuk pun dalam bangunan ini. Muzium ini sangat unik,kerana seni binanya mengambil senibina bath house di UK. Kalau sekadar nak ambil gambar tidak ada masalah.

Di hadapan Rotorua Museum
4. Shopping @ Rotorua
Tidak sah kalau tak shopping. Tapi di Rotorua, shopping tak sehebat di Auckland. Kalau nak beli souvenirs, ada banyak kedai menjual cenderamata di sekitar pusat bandar. Anda boleh berjalan kaki sahaja daripada hotel. Anda harus beli sabun dan produk seperti madu kerana di sini harganya jauh lebih murah berbanding di Auckland.

5. Agrodome
Jika ke Rotorua, salah satu tempat yang anda harus pergi ialah Agrodome. Ia merupakan satu kawasan ladang ternakan yang sangat luas. Tapi saya ke sana bukanlah nak tengok ladang sebaliknya nak tengok sheep show!!


Bagi anak kambing minum susu

Anjing penjaga kambing biri biri.. cute!

Dulu saya pernah tengok di Sydney, tapi saya rasa di sini lagi menarik. Rupanya kambing biri biri ini ada banyak jenis. Selepas pertunjukkan jangan lupa untuk membeli barangan daripada bulu biri-biri. Memang berkualiti.

6. Rainbow Spring
Comel burung Kiwi ... tapi ini yang diawet!


Jika di Aussie, popular dengan Kangaroo, manakala di NZ, semestinya popular dengan Burung Kiwi. Jadi jika anda ingin melihat burung Kiwi secara langsung, bolehlah ke Rainbow Spring. Harus diingat, burung Kiwi hanya boleh dilihat dalam keadaan gelap, dan senyap. Selain Kiwi, Rainbow Spring mempunyai beberapa spesis burung, ikan, serangga. Yang menarik .. tiada Pemangsa ...
Di dalam Rainbow Spring


7. Tepuia
Ini adalah tempat WAJIB pergi jika anda ke Rotorua. Apa dia? Tempat ini merupakan kawasan geiser yang terbesar di Rotorua. Di sini bau sulfur memang menusuk hidung. Sabar je laa... sebelum melawat tempat geiser, anda akan melawat kawasan perumahan traditional Maori. Memang unik. Anda berpeluang melihat seni bina Maori dan juga belajar kebudayaan kaum Maori.
Geiser Tepuia

8. Hangi Dinner

Sebelum Show

Hangi Dinner

Kalau anda pergi berkumpulan, anda boleh menempah dengan pihak hotel untuk menganjurkan Hangi Dinner + Maori show. Perghh..memang menarik. Hidangan Hangi (Halal tahu), dimasak dibawah tanah, rasanya boleh laa (kalau lapar, ngap jekan). Semasa makan, anda akan dihidangkan dengan persembahan kumpulan kebudayaan maori. Salah satu persembahan yang ramai tahu ialah Kam Mate .. (ala selalu buat masa main ragbi)

***

Selain Roturua, jika anda berkesempatan anda boleh ke Hobbit Village, jaraknya tak jauh dari Rotorua, dan boleh singgah jika anda dalam perjalanan daripada Rotorua ke Auckland. Kalau anda masa lagi, bolehlah ke Wellington (ibu negara NZ).

*****

Kesimpulannya, di kepulauan utara lebih banyak aktiviti berbanding dengan kepulauan Selatan. Malah populasi penduduk lebih ramai di bahagian utara berbanding dengan selatan. Secara kasar, New Zealand memang sebuah negara yang cukup tenteram, aman dan sinonim dengan jolokan " Syurga Dunia".  Tahniah kepada kerajaan NZ, kerana telah menjaga anugerah alam ini dengan begitu baik sekali. Jika ada rezeki, tidak mustahil saya akan ke sana sekali lagi (mungkin berbulan madu :) ).

Baiklah saya akan kongsikan tips, jika anda ke sana ..

1. Sama seperti negara bukan Islam yang lain, tandas tiada pili, makanan Halal susah nak dapat, Masjid? Ada... tapi di bandar besar sahaja.
2. Kesemua barangan di NZ ada GST 15%. Jadi bersedialah andai kata anda membeli, jangan lupa tambah 15%.
3. Shopping souvenirs - Wajib beli barangan All Black, Kiwi, Karpet bulu kambing dan Hobbit.
4. Kena cuba - Fish and chip, Madu Hanuka, Epal NZ, Daging Kambing (sedap tahu!), Buah Kiwi
5.  MotorVan - kena direct terus dengan car agent di NZ, ataupun anda boleh berurusan di Lapangan terbang.
6. Sim Kad - boleh beli, mahal sikit ... dalam NZD60 untuk seminggu. termasuk data. Boleh beli di lapangan terbang.
7. Domestik Flight - nak murah naik Jet star, konsep macam Air Asia.
8. Harus diingat, agak mustahil dan mahal jika anda memilih jalan darat antara pulau utara dan selatan. Anda harus menaiki feri (lama), dan sebaiknya anda naik kapal terbang sahaja jika nak bergerak antara pulau.
9. Tak banyak penerbangan dari Kuala Lumpur ke NZ. Alternatif naik daripada Australia. Harus diingat, transit di Aussie lagi leceh (kena ada transit visa jika lebih 8 jam).
10. Akhir sekali... rakyat NZ memang ramah tamah! Tabik spring!!! Cuma English mereka agak complicated, kadang - kadang tak faham pun ada. But it is good for us to improve our skill kan?

Giler....bapak la panjang perkataan ini.

Aktiviti Geiser yang masih aktif



Mata Mata Town

My Precious....!! (Hobbit Village)

Masjid Ponsoby, Auckland
Salam perantau dari saya... New Zeland!!

Semoga menjadi panduan kepada anda semua! Nantikan penulisan trip yang akan datang pula :)

rajaazrul




6 comments:

Zie Noorzail said...

Satu perkongsian yg tersangatlah...bagusss!

Raja Azrul said...

zie

Terima kasih. Jika ke NZ, jangan lupa makan madu hanuka ye :)

Zanzila Zanzila said...

Salam
Antara kedua2 pulau mane yg better kite jelajah dlu? sb x dpt nk cover dua2 dlm mase skli dtg dan kekangan bajet.

Raja Azrul said...

Bergantung kepada kesukaan..

Kalau memang nak tengok scenery...pergi ke South Island.
Tapi kalau nak aktiviti macam Geiser, Hangi Dance, Waitomo Caves, pergi ke North Island.

Dari segi budget, klu cover south island sahaja, harga lebih murah.

conischan said...

Salam, hotel mana yang provide hangi dinner halal n show yang encik pergi ni? If we want to experience it, do we need to stay in that hotel?
Tq in advance :)

Raja Azrul said...

@conisham

Try copthrone rotorua, tapi tak semua ada. If nak tengok gak, boleh pegi ke Te Puia. Mereka ada sediakan pakej Hangi dinner plus show