Travel

Travel

Mengira detik

Monday, January 27, 2014

Jalan -jalan : Aceh Darussalam

Masjid Raya Aceh


Salam Sejahtera para pembaca sekalian,

Penulisan Jalan-jalan yang pertama 2014 kali ini membawa anda semua ke sebuah bandar / kota yang terletak di penghujung Sumatera iaitu Aceh. Kenapa saya ke sana? Hehehe...saya mendapat jemputan istimewa dari Indonesian Tourism. Terima kasih pada pak Shafie kerana memberi peluang untuk saya melawat ke bumi serambi mekah ini. Baiklah, buat anda semua yang berhajat untuk ke Aceh atau melancong ke Aceh, Insyaallah..penulisan kali ini dapat membantu anda semua!

Pengenalan:

Bila disebut Aceh, tidak ramai yang berminat untuk ke sana. Jika dibanding dengan kota -kota lain di Indonesia, Aceh tidak popular mana. Malah ada yang masih ragu-ragu untuk ke sana, dek kerana kesan Tsunami yang melanda pada tahun 2004. Aceh terkenal disebabkan tsunami, bencana lama yang cukup dashyat dan terkesan pada masyarakat sekitar. Walaupun Aceh sudah membangun, kesan psikologi masih terasa..ada yang mengatakan ia adalah kiamat kecil.

Wilayah Aceh unik, kerana ia mempunyai undang-undang tersendiri. Sejak peristiwa tsunami pada tahun 2004, Aceh telah berubah wajah. Sistem undang-undangnya mengikut undang-undang syariah. Tidak ada kelab malam, atau apa sahaja aktiviti melalaikan. Kedai wajib ditutup pada waktu solat Jumaat. Melawat ke Aceh tak ubah seperti melawat Kota Bahru di Kelantan. Walaupun terikat dengan peraturan Islam, namun ia bukan bermakna Aceh tidak menarik untuk dilawati. Kebetulan pula Air Asia telah menawarkan penerbangan harian ke Aceh, jadi tak sukar untuk melawat wilayah yang unik ini.


Hari 1 : Tiba di Aceh

Bertolak ke Aceh dengan penerbangan Air Asia. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 min. Tiba di Aceh dalam waktu tengahari dan kami semua disambut oleh pemandu pelancong iaitu Pak Zul. Destinasi pertama ialah Kuburan Masal Tsunami Aceh. Oh ya, lapangan terbang Aceh terletak lebih kurang 30 min dari pusat bandar. Kawasan lapangan terbang ini tidak terkena kesan tsunami.

Kuburan massal ini merupakan kuburan yang terbesar hasil dari korban Tsunami. Kesemua mayat ditanam disini, tanpa disembahyangkan. Keadaan darurat. Sekarang ia dijadikan tempat pelancongan. Walaupun kawasan kubur, ia tidak nampak seperti kubur. Ini disebabkan kawasan tersebut telah ditumbuhi rumput rumput yang menghijau. Siapa tahu, dibawah rumput ini sebanyak 46,718 orang telah disemadikan di sini. Kuasa Allah...

Selepas itu, kami solat jumaat di salah sebuah masjid di Aceh. Untuk makluman, waktu solat Jumaat, semua kedai, Mall, hatta restoran akan ditutup. Ia sebahagian langkah untuk menghormati dan memberi peluang kepada Muslimin untuk menunaikan solat.

Kami makan masakan Aceh di salah sebuah restoran diberi nama Trienggadeng. Masakan Aceh macam masakan Padang, cuma ia tak lah sesedap masakan Padang. Tapi boleh lah..nak alas perut. Selepas itu, check in hotel dan sebelah petang, kami melawat pelabuhan ulale (betul tak ejaan ni?). Pelabuhan ini menerima kesan teruk hasil dari tsunami 2004. Sekarang ia merupakan kawasan persinggahan bot nelayan, dan juga tempat lepak masyarakat Aceh pada waktu petang. Disini ramai yang jual jagung bakar.

Selepas itu, kami ke Kapal Apung! Kenapa kapal Apung?? Ia merupakan kapal janakuasa yang bergerak dari Kalimantan, dan pada waktu tsunami, kapal ini telah terseret 5 km dari pelabuhan. Bayangkanlah...betapa kuatnya ombak tsunami. Kapal beratnya bertan-tan mampu terseret sejauh 5 km...apatah lagi, kita manusia yang cukup kerdil.

Waktu malam di Aceh biasa sahaja. Tidak begitu meriah, tapi cukup tenang. ...

Hari kedua: Tsunami

Menjelah Aceh tak lengkap kalau tak ke Muzium Tsunami. Muzium ini dibina oleh Arkitek tempatan ini merupakan tempat wajib anda pergi kalau ke Aceh. Di muzium ini, anda bukan sahaja melihat kesan tinggalan tsunami, malah anda juga dapat belajar dan mengimbau sendiri kejadian tsunami 2004. Saya percaya jika anda ke sini, anda akan terkesan terutama ketika melihat kalimah Allah di cerombong utama muzium ini. Betapa kuat masyarakat Aceh melalui saat kejadian itu! Masya Allah...

Selepas muzium.. kami melawat satu lagi bekas tsunami iaitu kapal sangkut. Kapal nelayan ini tersangkut diatas sebuah rumah penduduk kampung. Wow hebat bukan!! Kapal ini dijadikan monumen pelancongan dan kebetulan semasa kami melawat monumen ini, kami bertemu sendiri dengan tuan rumah yang terbabit semasa kejadian. Dapatlah mendengar sendiri pengalaman sebenar mereka sewatu tsunami 2004.

Selepas makan, barulah kami melawat ke Masjid Baiturahman atau Masjid Raya Aceh. Ini adalah masjid tercantik dan terbesar di Aceh. Masjid ini jugalah menjadi ikon utama Aceh. Dapatlah saya menunaikan solat Zuhur secara berjemaah. Oh ya, kalau waktu solat/ Azan, tak dibenarkan untuk mengambil gambar. Ingat tu!

Belakang masjid ini, merupakan pasar Aceh. Di sini adalah tempat sesuai kalau anda semua nak membeli belah.Suasana pasar Aceh ini taklah sesibuk seperti di Pasar Baru atau Tanah Abang. Harga pun masih boleh tahan murah. Harga telekung pun tak sampai RM50, manakalah jubah berserta manik dalam sekitar RM35. Kalau anda boleh tawar, lagi anda dapat murah. Mungkin ia tak mahal sebab Aceh belum banyak menerima pelancong dari Malaysia. Kalau dah Malaysia, rasanya harganya mungkin akan meningkat naik. Kat Pasar ini, ada banyak pilihan pakaian tapi kebanyakannya pakaian berunsur Muslimah laa...

Selain itu, ada juga makanan kering dijual dan produk muslim yang lain macam kain pelikat, kopiah dan songkok. Ok, selesai membeli belah...sekarang ke tempat seterusnya iaitu Masjid Lampuk. Masjid ini terletak sekitar 30 min dari Banda Aceh di Wilayah Lampuk. Untuk makluman, masjid ini merupakan masjid pertama /kawasan pertama yang terkena tsunami. Digambarkan pada mula-mula tsunami naik ke darat, ombaknya setinggi 10 m... wow!!!
Ombak dikatakan mencecah ke penghujung kubah Masjid
Masjid ini unik kerana ia masih lagi utuh, walaupun kena ombak tsunami yang cukup kuat. Masih lagi terdapat kesan retak dan bengkok pada kubah dan tiang masjid. Ada juga gambar yang menampakkan kawasan lain seperti padang jarak, dan hanya masjid ini sahaja berdiri utuh. Begitu hebat kuasa Allah dalam memberikan ujian kepada hambanya. Saya sempat menunaikan solat Maghrib berjemaah di masjid ini.

Sebelum sampai ke hotel, sempat juga menikmati makan malam yang cukup istimewa iaitu AYAM TANGKAP...
Ayam Tangkap Aceh


Hari Ketiga : Pulau Weh 

Tahu tak..sebenarnya Aceh terkenal sebagai salah satu pusat scuba terbaik di dunia!! Hehehe..jangan tak tahu. Di Aceh terdapat sebuah pulau diberi nama Sabang atau juga dikenali sebagai Pulau Weh. Pulau ini dihubungkan melalui feri dan  memakan masa selama 1 jam.

Kebetulan dah sampai Aceh, pulau ini juga wajib diterokai. Kenapa? Disitu terletak KM0 untuk Indonesia. Kiranya permulaan untuk Indonesia dari Lautan Hindi. Hebat bukan? Pulau ini tak besar mana, macam Pulau Pangkor je kot..tapi penduduknya tak ramai. Masa tsunami, pulau ini tak terkena kesan teruk, jadi pantainya masih lagi asli.

Di sini bermulalah... 0 KM bagi Indonesia....

Dan pantainya juga cukup cantik, juga terkenal sebagai tempat riadah!!

Seharian di Pulau Weh agak memenatkan. Mungkin jalanraya tak begitu bagus. Tapi kira oklah...dapat juga melihat suasana Pulau yang cukup mendamaikan. Di pulau ini, anda akan dapat lihat ramai Mat Saleh...hehehe.

Hari keempat :  Masjid dan Tasik Laut Tawar

Keunikan Aceh juga terletak kepada alam semulajadi. Pada hari ke-4, kami ke sebuah masjid yang terletak dalam 1 jam perjalanan dari Aceh iaitu Masjid Inderapuri. Masjid ini dahulunya adalah sebuah kuil dan diubah menjadi masjid semenjak kedatangan islam 500 tahun yang lalu. Dipercayai, Islam mula bertapak di Indonesia dan bermula di Aceh. Sebab itu ramai ulama lahir dari Aceh.

Selepas melawat masjid .. kami dibawa ke sebuah tasik .. tapi tak pasti nama nya apa. Tapi tasik ini memang cantik laa.... tenang sahaja... :)

Panorama yang sungguh indah!


Pada sebelah petang, kami melawat ke sebuah taman diberi nama Gunongan. Oh ya, ia bukanlah kawasan gunung, sebaliknya ia adalah sebuah monumen yang dibina oleh Sultan Aceh untuk permaisurinya. Dan permaisurinya berasal dari Pahang. Sebab Pahang ini banyak gunung, maka dibinanya sebuah taman seperti berbentuk gunung, kononya bagi melepaskan kerinduan tuan puteri kepada keluarganya di Pahang. Hehehe....

Bolehlah..masih terjaga rapi. Dalamnya ada ruang pameran kalau nak tahu lebih lanjut....


Hari kelima: Daa  balik...

Eh, dah 5 hari saya berada di Aceh. Lama gilerrr..........!!! Hari terakhir dihabiskan dengan melawat Rumah Tradisional Aceh ( takda apa pun) dan Pasar Aceh sekali lagi. Kiranya nak habiskan duit yang ada, dan boleh jugalah sesiapa yang nak rasa Mee Aceh & kopinya.

Flight jam 5 petang...delay, 2 jam...last2 sampai KL jam 8pm..akhirnya.....Alhamdulillah.

***

Pengalaman berada di Aceh memang menarik! Sesuatu yang unik dan menginsafkan. Ia memberikan pengalaman dari sudut yang berbeza, dan nyatanya Aceh memang berbeza dengan kota lain di Indonesia. Tidak sesak, tenang dan kini ia sudah teratur. Begitu besar hikmah kejadian tsunami, Aceh kini dipenuhi dengan bangunan baru dan cantik. Malah jalan raya, semuanya disusun begitu kemas sekali.

Paling menarik ialah setiap jalan raya/papan tanda akan ada perkataan yang memberikan nasihat agar kita semua berbuat baik dan mendirikan solat! wow...terharu dan insaf. Oklah, bagi mereka yang ingin ke Aceh berikut adalah tips ringkas dari saya:

1. Hanya Air Asia sahaja yang menawarkan penerbangan terus dari KL ke Aceh.  Itupun penerbangan sehari sekali.
2. Berapa lama harus di Aceh?? Rasanya paling lama pun 4 hari...hehe.
3. Aceh ada massage/spa?? Sebenarnya ada..tapi versi Islamik. So, perempuan tak dibenarkan untuk mengurut lelaki. Hanya lelaki akan mengurut lelaki. Spa lelaki dan perempuan asing.
4. Perlu pakai menutup aurat di Aceh? sebenarnya dimana-mana pun kena tutup aurat. Di Aceh amatlah perlu, kerana di sana ada polis syariah. Mereka akan memberikan amaran andai kata tak tutup aurat. Tapi kalau kita pelancong, biasanya ada kelonggaran sedikit, asalkan berpakaian sopan. Cuma kalau masuk masjid tu, paham2 laa..
5. Sama seperti di Medan, cuaca di Aceh agak panas. Jadi banyakkan minum air kosong.
6. Rasanya susah nak jumpa Mall di Aceh. Jadi, don't aspect that u will go for outstanding mall! Ada pun matahari tu  pun macam The Store kat Jalan Ipoh nun. Tapi kira oklaaa dari takda kan..hehe.
7. Urusan duit baik ditukar di Malaysia. Susah jugak nak cari money changer.
8. Aceh masih belum ada hotel 5 bintang. Paling tinggi pun 4 bintang iaitu Hermes hotel.
9. Pengangkutan di Aceh boleh dikatakan masih murah. Anda boleh naik beca untuk pusing sekitar banda Aceh.
10. Jujurnya, Aceh memang selamat! Malah lebih selamat jika dibandingkan ke Jakarta/Medan/ Bandung. Percayalah..anda tidak akan dikejar oleh pengemis (takde pengemis pun), atau peniaga yang nak memaksa anda membeli barangan anda.

Apa lagi!! Jom lah kita ke semua ke Aceh. Pakej saya serendah RM400 ++ untuk 3 hari 2 malam (tanpa flight). Harga masih boleh runding!!



Geng - geng rombongan!

Kapal Apung

Di hadapan Muzium Tsunami

Lorong Tsunami
Lukisan menggambarkan suasana Tsunami

KM 0

Salah satu pantai di Pulau Weh




Masjid tertua di Aceh

Danau yang mengasyikan

Gunongan

Rumah tradisional Aceh






rajaazrul

46 comments:

faseha hadi said...

Salam, dekat aceh public transport die sng dpt x?lau nak p jauh2 bas ada ke?

Raja Azrul said...

Salam Faseha - teksi ada banyak gak...tapi beca kat sana banyak. Murah... tapi sebenarnya aceh boleh pergi ke satu tempat jalan kaki je. Kalau nak ke kapal apung tu memang kena teksi.

kaki-rayau said...

tuan ada menyediakan pakej di Aceh? boleh beri details lagi? saya sedang menilai pakej-pakej di aceh.. jika kena gaya, boleh la kesana

Raja Azrul said...

Kakirayau - ada, boleh email pada saya, tq

::alifdalmim:: said...

Salam..nk tanya berapa package ground floor ..? Utk 8 org n sorang baby

Raja Azrul said...

salam alif

Boleh tak email ke rentaka.travel@gmail.com .

Terima kasih

MANIS MALIK said...

Assalamualaikum, bolehkah email package ground di Acheh dan berapa harga?

Akan ke Acheh pd bulan Februari tahun epan 2015 In shaa Allah.

Ingin bertanya bagaimana ingin ke Pulau Weh dari Banda Acheh ya?

email saya : manismalik@yahoo.com

Raja Azrul said...

manis malik
- kalau nak ke Pulau Weh kena naik feri di Pelabuhan Ulale. Tanya je orang Aceh, mereka tahu dimana.
- Sebutharga boleh email ke rentaka.travel@gmail.com atau email peribadi saya raja.azrul@gmail.com

Anonymous said...

salam.nk tanya..ada ke larangan memakai seluar panjang @ slack bg wanita? tq

Raja Azrul said...

Anon 20/10/14

Tidak ada larangan, jangan risau, undang syariah hanya untuk penduduk tempatan. Cuma kita kena jaga adab semasa berada di sana.

dirafum aka fareed (MCo) said...

artikel baik..
InsyaAllah saya akan ke sana minggu depan..tapi cuma 2 hari...
rasa2 cukup tak? bergerak secara maksima..sebab selepas itu saya akan ke Medan.

-MCo-

ayu said...

Email pada saya pakej ground ke acheh..utk 6 org .4 dewasa 2 child.
noridayu77@gmail.com

Raja Azrul said...

sila email ke rentaka.travel@gmail.com

Raja Azrul said...

dirafum:

Selalunya 3 hari 2 malam di Aceh pun sudah memadai. Kalau 2 hari, takut tak sempat nak melawat tempat kesan tsunami. Masjid Baiturahman antara yang wajib anda pergi.

zai abdultalib said...

pakej rm400 tu termasuk ape. itu utk harga group ke. how to contact U

supurpleungu said...

Assalamualaikum, saya berminat nak mengikuti lawatan..email saya suhaily@mpob.gov.my

Raja Azrul said...

Zai
- harga normal. Boleh email ke rentaka.travel@gmail.com

azida said...

boleh email kepada saya harga utk transport sahaja semasa di acheh. sbb hotel sy book sendiri

Raja Azrul said...

azida

Saya tidak ada harga transport. Boleh dapatkan mana-mana supir di lapangan terbang.Insyaallah boleh dipercayai.

subhan said...

standard harga untuk penerbangan pergi balik brape yer? untk air asia..

Raja Azrul said...

subhan - sekitar RM200 - RM400, kalau nak lebih RM500 tu baik pegi Jakarta je laa

che mat said...

email sy ... suereezzz@gmail.com

che mat said...

Pakej 3h2m

Anonymous said...

mohon emailkan pakej ke acheh uk6017@yahoo.com

Hanisah Ishak M.D said...

Salam. Mohon email pakej ke acheh di nisahishak@gmail.com. InsyaAllah akan ke aceh april ini.

Rian Syah said...

Thanks for visiting Aceh .

WAN NORDIN BIN WAN ABDULLAH said...

Untuk perkhidmatan internet perlu beli simcard baru ke di Acheh?

Raja Azrul said...

@wannordin

Bergantung kepada keperluan. Sesetengah hotel mempunyai perkhidmatan WIFI percuma

Farhan Hanif Hairolanuar said...

boleh mintak itinerari x? nak tengok route perjalanan antara lokasi wajib pergi. farhan.hanif91@gmail.com

Raja Azrul said...

Boleh tak email kepada saya, untuk memudahkan proses membalas - raja.azrul@gmail.com

AinaaChan said...

Salam..saya berminat nk melancong ke aceh
..bulan berapa waktu yg sesuai untuk pergi? Sbb sy plan nak ke pulau weh utk dive..takut xkene waktunya..ade perubahan monson ke(?)
Klau pakej ground berapa ye utk 3-4 org..

Badar Indah said...

Assalamualaikum..bleh x emelkn sy pakej 4 hr 3 mlm utk 2 org termasuk ke pulau weh..sy nk pakej paling murah dn sederhana jer..tq...imanna9411@gmail.com..

Muzzammil Zakariyya said...

There are 6 of us. 5 Adults and 1 child age 10 years old. We will be arriving in Banda Acheh on the 26th May 2016 at 1.45 p.m. and leave Banda Acheh on the 29th May 2016 at 8.55 a.m. So, altogether 4D 3N. We prefer to have 2 rooms budget class accomodation.

Khairul Fahmi Juha said...

assalam... nk tnye, ape aktiviti yg boleh dilakukan di Banda aceh n pulau weh pada waktu malam?

Raja Azrul said...

@khairul fahmi
Boleh lepak kedai kopi...tapi aceh taklah happening macam Bandung atau Jakarta.

idris husin said...

Assalamualaikum.bole email bajet 3hari aceh ground - utk 3 org.tk

Siti Salwani said...

Assalamualaikum en raja.. boleh tau bln berapa yg sesuai tuk ke banda acheh.. tq

Raja Azrul said...

@idris

Sila email kepada saya, saya boleh tawarkan RM380 seorang.

@sitisalwani
Wslm, paling sesuai Aug-Oct. Bulan lain pun tidak ada masalah, cuma agak sibuk jika waktu cuti sekolah

Unknown said...

Assalamualaikum.... Saya berminat nk wat trip memancing di Aceh.... Ada sebarang contact yg boleh saya hubungi tak... Maaf bertanya

Badar Indah said...

Assalamualaikum en raja,
Kalau saya cuma nk pergi ke acheh 2 org je, boleh ke guna pakej en?
@ en ada cdgn lain utk sy?
InsyaAllah klau xde masalah, saya dn kwn saya plan utk ke acheh bln oktober 2016 nanti..
Klau en ada pakej @ cdgn lain yg sesuai, tlong emel sy sy kt imanna9411@gmail.com..
Tq...

Raja Azrul said...

@unknown

Saya tidak pasti siapa boleh aturkan trip memancing, saya cadangkan boleh dapatkan bot sewa di Ulelhe

Badar
Boleh tiada masalah, jika berkesempatan saya akan email

Ainur Fariha said...

Assalamualaikum sy berminat untuk ke acheh..dlm bln 10 ni...en ada pekej yg blh dicadangkan.. Smua 6-7 org..sorang warga emas.. Jika ada boleh emailkn kpda sy ainurfariha@yahoo.com

IslamicTraveller said...

Terima kasih untuk perkongsian yang sangat bermanfaat. Gambar2 pemandangannya sangat2 menarik..

Raja Azrul said...

@ainur - email kepada saya raja.azrul@gmail.com

@islamictraveller - menarik, pergi la..ada sesuatu menarik di sana :)

Sarifah ab rahman said...

As salam..saya sarifah akan ke aceh pd bulan dec 2016 ..boleh bg tak pakej 5h4m pd saya: sarifahabrahman@gmail.com

Arra Iyana said...

salam, boleh sy tahu harga/fee utk setiap tempat yang en raja senaraikan tu?