Jalan-jalan : Manila

Selamat menulis kembali!!

Semoga tahun baru memberikan seribu makna buat kalian semua.  Tahun yang cukup indah dan sempurna - agaknya la. Oklah coretan jalan-jalan seterusnya ialah MANILA!! MABUHAY MANILA...!!! Tentu ramai yang tau cerita Tagalog kan? Jericho Rosales dan heroin yang cantik kan? Kali ini saya nak bercerita pengalaman ringkas ke Manila, ibu negara Filipina.

****

Pengenalan:
Manila merupakan ibu negara kepada Kepulauan Filipina. Manila adalah sebahagian 11 bandaraya dalam Metro Manila. Jika dihitung, bandaraya Manila ini kecil jika dibanding bandar sekelilingnya. Jadi penulisan saya berkisar jalan-jalan sekitar Manila, Makati dan sekawasan dengannya.

Mungkin tidak ramai yang ingin ke Manila. Disebabkan jaraknya jauh iaitu sekitar 4 jam perjalanan menaiki pesawat dari Kuala Lumpur, malah ada juga mengatakan ia seperti tiada apa. Tapi Manila sebenarnya ada banyak dan lebih dari itu. Mungkin ia tidak sehappening Jakarta atau Bangkok, tapi percayalah..jika anda ke sana..anda akan tau keunikkannya.

Saya ke Manila atas urusan kerja. Tapi sempat jugaklah menyelit-nyelit untuk melihat Kotaraya yang pernah di jajah oleh Sepanyol ini.

Perjalanan bermula:
Tiba di lapangan terbang Manila - ia terletak di Pasay. Lapangan terbang paling teruk pernah saya jejak- Jangan marah ye! Kenapa teruk? Sebab lapangan ini masih menggunakan sistem Manual, keadaan jalan tidak teratur dan servis agak kurang memuaskan. Oleh demikan, saya nasihatkan jika membawa banyak barang atau beg, sila kunci dan wrap beg anda ye.

Lapangan terbang ini terletak lebih kurang 30 minit selatan Manila. Ada satu lagi lapangan terbang yang terletak di Clark - lebih kurang 1 jam dari Manila. Suasana di Pasay sama seperti anda ke Jakarta. Sesak dan ramai orang. Keadaan jalan yang tidak tersusun, manusia yang ramai malah pembangunan yang tidak seimbang.

Pasay akan menghubungkan Manila dan Makati. Disini juga terletak Resort World dan Mall Of Asia - antara mall terbesar di Asia. Oh ya, di Mall ini terdapat makanan halal. Harga makanan Halal sekitar RM10 - RM15 seorang, masih mampu. Sebenarnya, kos di Manila masih murah disebabkan ringgit masih tinggi berbanding dengan Peso. Jadi kalau kat sana, kirannya anda masih untung.

Makati:
Mula mencari tempat bermalam? Saya bermalam di Shangrila Makati (atas urusan kerja). Lokasinya memang superb, dekat dengan Mall dan Hard Rock.  Tapi kalau anda agak bajet, boleh tinggal di dalam Manila atau hotel berhampiran Mall Of Asia.

Makati merupakan pusat perniagaan bagi Metro Manila. Bandaraya moden, ada kelas dan ala-ala Bangsar atau Damansara. Jalannya jauh lebih cantik berbanding Pasay atau Manila. Disini juga terdapat mall yang besar, kelab malam dan juga hotel bertaraf 5 bintang.

Jika anda menginap di Makati, mudah untuk ke mana-mana, kerana ia dihubungkan dengan sistem MRT tersendiri. Tapi masih perlu berhati-hati kerana orang disini suka mengambil kesempatan. Mall-mall sekitar Makati dihujani dengan pengunjung yang berwajah telenovela Filipina :)

GreenHills
 Jika anda kaki shopping, Greenhills adalah destinasi wajib jika ke Manila. Kenapa? Greenhills adalah satu kompleks menjual pelbagai jenis barangan yang murah dan terbaik. Kalau nak cari souvenirs, sini jugalah tempat dia.

Kompleks ia bertutup, adalah similar macam MBK kat Bangkok, tapi taklah sangat (MBK lagi baik kot). Sini boleh tawar menawar..dan ada satu restoran halal di sini. Ada juga peniaga muslim yang menjual barangan disini. Selain cenderamata, boleh juga membeli barangan lain yang tidak asli (faham kan maksud saya). Tapi jangan risau kualiti dia masih AA.

Mall of Asia
Ini adalah antara Mall terbesar di Asia. Tang mana besarnya, saya pun tak tahu. Tapi kalau anda memang berhajat nak barangan branded, boleh lah ke sini. Oh ya, souvenirs Manila/Filipina yang high end dan berkualiti boleh dibeli di SM Store - harga juga boleh tahan murah, walaupun dia high end. Barangan lain sebenarnya sama sahaja - boleh dapat kat KL dan rasanya lagi mahal berbanding dengan KL.

Kalau nak cuci mata, boleh je..relaks sambil tengok aweks2 pinoy :)

Manila
Sebenarnya 4 hari dah cukup, tapi disebabkan saya pergi atas urusan kerja..saya telah berada di sana lebih dari 6 hari. Fuhh...

Manila adalah ibu negara Filipina. Disini juga lah kota lama Intramuso - peninggalan kerajaan Sepanyol yang cukup unik. Wajib pergi. Kalau nak lihat Manila 500 tahun dahulu, maka disinilah tempatnya. Anda juga dapat melihat kereta kuda dan Jeepney! Yeah!!

Intramuso tak ubah seperti A Famosa, memang kuat peninggalan Sepanyol. Jika tak salah, Sepanyol menjajah Filipina lebih dari 300 tahun. Jadi kesan dan budaya Sepanyol sangat kuat disini. Anda boleh melawat Gereja Sta Cruz - gereja tertua di Manila/Filipina.

Selepas Intramuso, teruskan melawat Rizal Park - tak ubah macam Dataran Merdeka. Siapa tak kenal Jose Rizal - pejuang demokrasi rakyat Filipina. Jadi tempat ini wajib dilawat, dan jangan lupa abadikan gambar anda disini,

Kesimpulan:
Manila/Filipina sebenarnya menarik untuk pergi. Tempat-tempat dia cantik terutama pulau-pulau. Sayang, tak sempat nak jelajah terutama ke Tasik Tagtay - antara tasik tercantik di dunia, dan Chocolate Hills. Mungkin disebabkan saya pergi atas urusan kerja.

Tips - kalau nak ke Manila, sama sahaja anda ke Jakarta/ Bangkok. Jangan risau bab bahasa, sebab mereka boleh bercakap English dengan baik. Cuma, mereka mungkin akan cakap Tagalog dulu dengan anda sebab muka kita (melayu) lebih kurang muka depa. No problem, bila kita start cakap BI, mereka tahu kita bukan orang local.

Cubalah naik jeepney - kalau beran? Insyaallah ada rezeki nak jelajah Borocay pulak!

#gambarmenyusulnanti

rajaazrul

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...