Travel

Travel

Mengira detik

Saturday, April 07, 2018

Ulasan Filem : Dukun

As salam semua
Hasil carian imej untuk dukun

#akhirnya kita bertemu

Akhirnya filem yang sudah lama terperap, selama 12 tahun telah berjaya ditayangkan. Punca utama filem tersebut ditangguh adalah disebabkan masalah kebenaran pihak keluarga yang dikatakan filem ini menyentuh beberapa isu yang tidak sepatutnya.

Alhamdulillah, saya telah menonton kedua-dua versi, sama ada versi "leak" dan versi penuh di pawagam. Jadi komen saya berdasarkan apa yang saya tonton, dan mungkin review saya ini boleh menjadikan sedikit panduan pada mereka yang belum menonton.

****

 Hasil carian imej untuk dukun filem

Filem Dukun diarahkan oleh Dain Said, merupakan pengarah berjiwa seni pernah mengarahkan filem terbaik Bunohan dan Interchange. Jika mereka yang tahu dan pernah menonton karya beliau, sudah pasti faham tentang selok belok dan cara beliau menghasilkan filem. Artistik dan penuh jiwa seni. Jadi, Dukun telah diterjemahkan oleh beliau mengikut fahaman beliau sendiri.

Dukun terhasil bukan untuk komersial. Cuma mungkin ia diterbitkan oleh Astro Shaw, maka filem ini berjaya dikomersialkan dari pelbagai sudut. Filem ini dilakonkan oleh barisan pelakon kelas A - Umie Aida, Faizal Hussin, Namron, Bront Palare dan termasuklah "pendatang baru" - Elyana. Jadi kombinasi pelakon hebat ini sudah pastinya menjanjikan filem ini adalah sebuah naskah terbaik, buah tangan dari Dain Said ini.

Plot
Ia bukan lah filem mengenai Mona Fendi. Ia adalah filem inspirasi, macam filem Ola Bola. Bukan 100% menggunakan watak sama. Persamaan ia dengan Mona Fendi, cuma kes kerat 18, pembunuhan seorang datuk, dan Diana merupakan seorang penyanyi (juga Dukun). Plot cerita ini bagi saya sedikit meleret, terutama pada pertengahan cerita. Ada masa membuatkan saya menguap dan mengantuk.

Namun, secara umum, ia masih kemas berbanding dengan filem-filem lain. Mungkin filem ini dibuat sekitar tahun 2006, jadi target mereka bukanlah penonton masa sekarang. Jadi konsep gambar dan teknikal dipersembahkan disesuaikan dengan penonton pada tahun itu. Plot juga sebenarnya menarik jika diperkemaskan, cuma tidak banyak babak mendebarkan (yang kebanyakan penonton harapkan).

Plot / Jalan cerita akan jadi lebih menarik andai kata pengarah meletakkan betapa mistiknya Diana Dahlan. Ada roh ghaib, gangguan pada Karim, kelibat manusia, dan sebagainya. Jika nak lagi menarik, setiap pembunuhan dibuat oleh Diana ditunjukkan dengan lebih "real".

Lakonan


A class dan terbaik! Orang kata "cenggini" Dain said bijak memilih Umie Aida, dan berjaya menghayati watak Diana Dahlan begitu berjaya sekali. Saya yakin tak mustahil beliau bakal mendapat anugerah pelakon wanita terbaik sekali lagi, dan jika ada rezeki ke peringkat antarabangsa. Lakonan lain - Faizal Hussin, juga terbaik. Mungkin bukanlah sebaik dalam Bunohan, tapi dia berjaya mengikut watak dengan baik. Saya lihat Faizal adalah seorang peguam yang hebat, pada masa sama seorang ayah yang kehilangan anak

Pelakon lain juga terbaik, semua berjaya dalam poket masing-masing termasuklah Hasnol Rahman,  Nadia Nisak, Ramli Hassan dan ramai lagi, Cuma pengarah kurang menitik berat watak sampingan seperti wartawan, orang yang lalu lalang, supaya nampak lebih realistik.

Teknikal

Jangan bandingkan filem ini dengan filem yang ada sekarang. Disebabkan ia dibuat pada tahun 2006, maka filem ini adalah versi 2006. Jadi, saya rasa untuk teknikal (jika disiarkan pada tahun itu), ia adalah filem terhasil pada skala cukup baik. Semua elemen kebanyakan dibuat dengan versi sendiri, tanpa CGI, dan dibuat dengan betul. Paling memukau ketika babak polis menyelongkar mayat Datuk Jefri, seolah nampak kelihatan seperti mayat betul. Sebenarnya, elemen penampakan mayat ini kebiasaan digunakan dalam filem Thailand ( Long Khong sebagai contoh).

Muzik dan lagu Merana Jiwa menjadi latar belakang utama filem ini sebenarnya cukup menyeramkan. Penuh elemen mistik dan misteri. Jadi sesuai dengan karektor Diana Dahlan itu sendiri. Malah ia dinyanyikan sendiri oleh Umie Aida dan juga Elyana. Tahniah!

Kesimpulan
Bagi mereka yang nak mengharapkan filem ini adalah filem seram, lupakan hasrat anda untuk menonton. Jangan ingat  filem ini adalah filem yang akan membuatkan anda menjerit. Ia hanyalah filem "crime movie" sama seperti GodFather, American gangster dan GodFellas. Tapi kalau anda tau cara Dain Said berkarya, dan anda boleh berfikir, maka, Dukun adalah sebuah filem yang bagus.

Anda akan rasa seronok membaca dan menilai filem ini jika anda memahami satu persatu kisah Diana Dahlan. Saya kagum dengan filem ini kerana menunjukkan prosedur makhamah yang sebenarnya - dan sebenarnya bukan senang untuk menjatuhkan hukuman terhadap seorang pembunuh. Maka, ia juga sebenarnya satu anjakan baru dalam filem Malaysia.

Tidak mustahil, filem ini bakal menerima pelbagai anugerah pada festival filem akan datang. Tapi saya rasa sayang, filem ini akan dikritik oleh kebanyakan penonton Malaysia kerana mereka mengharap filem ini akan membuatkan mereka menjerit atau menganggap Mona Fendi menghantui mereka. Apa-apapun tepuk dada tanya selera. Tahniah buat semua krew dan pelakon!

Rating : 7/10 (3.5*)




2 comments:

Anonymous said...

Assalammualaikum Encik Azrul, boleh saya dapatkan email ? saya ada terbaca entri encik mengenai blacklist ptptn. saya cuba mencari email encik tapi xjumpa. email saya :- rokiahjamilah@gmail.com . Sy ingin memohon encik sharekan surat rayuan ptptn encik.

terima kasih didahulukan.

Raja Azrul said...

@anon 14/4/18

Boleh je email raja.azrul@gmail.com