Jalan- Jalan : Turki (Bahagian 1)


Salam semua



Apa khabar? Sekarang ini sudah masuk musim raya. Gila lah..cepat masa berlalu. Plus, kita dah tau, tahun ini raya bersama kerajaan yang baharu! #Malaysiabaru katanya.

Baiklah penulisan kali ini sebenarnya recap tahun 2016 dan 2017, saya ke Turki - sebuah negara yang saya rasa cukup popular bagi kalangan pelancong. Nak pula sesiapa yang pernah menonton Filem Istanbul Aku datang, pastinya Turki akan menjadi MUST VISIT list bagi anda.


Jika ditanya saya, bagi mereka yang mempunyai bajet sederhana, dan nak merasai 4 musim (di negara Islam), maka Turki adalah destinasi terbaik. Kaya dengan sejarah dan kisah tamadun berabad lama, Turki juga terkenal dengan kebudayaan yang unik dan menarik. Ayuh, penulisan ini saya tuliskan khas buat mereka yang berhajat nak melawat ke bumi kerajaan Uthmaniyah dulu kala.

***

Turki, terletak di antara benua Eropah dan Asia. Wilayah ini terbahagi kepada dua kawasan - Asia dan Eropah. Istanbul satu-satunya bandar di dunia, mempunyai dua benua. Dipisahkan dengan Selat Bosphorus. Jika anda pertama kali ke Turki, atau merancang ke Turki, saya cadangkan begini..lawat selama 8 hari, kembaralah satu Turki. Jangan fokus pada Istanbul sahaja. Dalam lawatan saya pertama - saya melawat bandar-bandar berikut : Bolu- Cappadocia - Pamukkale - Kusadasi- Cannakale dan Istanbul. Fuh, memang jenuh, tapi dipadatkan selama 8 Hari.

Laluan ini bukan laluan biasa bagi group Muslim lain. Kenapa? Kebanyakan pakej Turki yang lain membuat lawatan Istanbul - Bursa - Kusadasi - Pamukkale - Cappadocia dan Bolu. Tapi bagi saya ia kurang menarik, kerana saya lebih suka Istanbul dijadikan penutup.

Hari Pertama : KL - Doha - Istanbul (sabihah) - Bolu




Hari pertama, tiba di Istanbul. Oh ya, ada banyak penerbangan ke Istanbul. Banyak pilihan, sama ada Qatar Airways, Emirates, Etihad ataupun Turkish Airlines sendiri. Lagi satu, Istanbul ada dua lapangan terbang iaitu Atartuk dan Sabihah. Jika tanya saya, sebaiknya turun di Sabihah. Kenapa? Sabihah lapangan terbang lebih kecil, mudah dan cepat dari segi prosedur. Kedua, penerbangan ke sini lebih murah dan tiba di sini anda boleh teruskan perjalanan ke Bolu atau Bursa tanpa melalui kesibukan bandar Istanbul.

Perjalanan ke Bolu memakan masa hampir 3 jam. Tiada sebarang tour pada hari ketibaan. Penat! Masa untuk cek in.

Hotel di Turki ini memang kebanyakan biasa-biasa sahaja. Orang kata just nice. Jadi jangan expect lebih-lebih pula unless kalau kita ambil hotel yang bertaraf 5*

Hari kedua: Bolu- Cappadocia

Posing sikit kat Laut Mati
Boleh nampak garam yang timbul
Perjalanan yang sebenarnya kini bermula. Selepas sarapan, memulakan perjalanan ke Laut Mati / Salt Lake (bukan laut mati dekat Jordan tu). Tapi ia adalah sebuah tasik yang mempunyai kadar kepekatan yang sangat tinggi.

Tidak ada apa yang menarik, cuma toilet stop dan untuk ambil gambar sahaja

Bergambar dulu


Perjalanan diteruskan ke kota lama - Kaymakli. Kota ini dibina dibawah tanah, wujud sejak kurun ke-8 lagi. Saya takmau cerita sejarah dia, tapi saya rasa tempat ini sangat menarik untuk diterokai. Banyak sejarah, yang bestnya tak ramai orang. Mungkin sebab dah tiba hampir petang kot.

Ni tak pasti lubang tandas ke tak

Saujana mata memandang

 Akhir sekali sebelum masuk ke hotel. tiba di Cappadocia sekitar jam 5pm. Nasib baik matahari belum terbenam lagi. Singgah sekejap kilang tembikar dan pasu. Nak kata mahal? saya rasa oklah ..boleh la buat sesiapa nak membeli.
Jom beli pasu
Pandai awak ukir hati kita? Cia-cia
Pasu Cappadocia

Cappadocia ini bukanlah nama bandar. Ia adalah nama kawasan. Bandar sebenarnya ialah Kayseri. Tapi kawasan dia seperti kawasan padang gurun. Seluas mata memandang. Tak ramai orang. Tenang dan tak sesak. Cuaca pun just nice.

Hotel kami memang malam krik-krik. Takda apa yang boleh buat kecuali TIDOR.

Hotel yang OK la - just nice

Hari ke-3


Kota Sarang Semut

Jelajah Cappadocia!! Yeah!! Orang kata pergi Turki wajib ke sini. Betul, saya tak nafikan. Cappadocia terletak wilayah yang menjadi banyak tempat pengambaraan filem di sini. Suasana di Cappadocia memang tenang. Tiada kesesakan lalulintas, malah udara yang bersih.

Pagi, kami melawat Kota Sarang semut - bukan kat kedah nun. Bangunan ini dibuat daripada tanah liat, dan dari jauh kelihatan seperti sarang semut atau busut anai-anai. Selepas itu, jangan lupa ke kedai karpet. Sebagaimana kita tahu, karpet Turki memang cantik. Dan harganya pun cantik gak. Karpet ini kebiasaannya dibuat sendiri tanpa menggunakan mesin. Terpulang kalau berminat boleh la beli.
Pemuzik dalam Cave restaurant

Tengahari menikmati makanan dalam gua. Hebat tu! Lunch dalam gua, siap ada pemuzik lagi. Memang terbaik la.

Sebelah petang kami ke Goreme Open Air Museum. Nama je muzium, tapi bukan tempat artifak tapi sebaliknya kota lama yang dikatakan bermula sejak masihi lagi. Pening juga nak hadam pasal sejarah ni. Takpe kita layan gambar je

Satu lagi aktiviti wajib jika ke Turki ialah menikmati Haman Bath. Haman Bath atau mandi Haman ini dikatakan bermula sejak zaman nabi lagi. Kaedah mandi Haman ini ialah orang akan mandikan kita. Jangan risau - no hanky panky. Yang mandikan kita ialah lelaki dan mereka sangat profesional. Takkan sentuh pun private part kita tu. Kalau perempuan ada seksyen khas untuk mereka. Katanya tempat perempuan siap ada jakuzi lagi.

Jadi kena la cuba jika anda bertandang ke Turki.

Hari 4 :


Perjalanan hari ini agak jauh. 800km. Dari Cappadocia - Konya - Pamukale. Fuh long journey beb. Jadi kalau sesiapa nak bertandang ke Turki, fikir masak-masak sebab Turki ni negara dia cukup besar. Nasib baiklah jalan raya sangat cantik. Tersusun. Cuaca pun just nice sebab musim bunga.




Singgah di Konya. Disini wajib singgah. Selain untuk  makan tengahari, Konya terdapat satu muzium iaitu Mevlana. Mevlana kiranya salah seorang ahli Sastera Turki yang cukup terkenal. Dia jugalah pengasas kepada tarian Sufi. Juga muzik sufi yang turut berkumandang semasa anda melawat muzium ini. Dalam muzium ini turut terdapat makam beliau. Best part ialah...semua bunga tulip mewarnai setiap taman. Cantik!


Perjalanan diteruskan (termasuk stop ke tandas) untuk ke Pamukale. Tiba hampir senja, sempat juga lah melihat kawasan pamukale yang terkenal dengan cotton castle ( batuan putih yang terbentuk hasil dari batu kapur). Sangat cantik. Malam kami check in di hotel berdekatan setelah hampir 7 jam perjalanan.



#bersambung

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...