Ulasan Filem : Daulat ( 2020)





Salam berkurung semua! 

Jangan marah, sebab penulisan ini ditulis semasa tempoh PKP yang bermula pada 18 Mac yang lalu. Sedar tak sedar kita dah menginjak hari ke 22 tempoh PKP.

Baiklah saya taknak ulas mengenai PKP dan kesannya. Cukup lah kalian membaca ulasan yang muncul dalam Facebook yang begitu banyak sekali. Kali ini saya nak berkongsi mengenai satu filem yang baru keluar di Iflix (jangan salah faham bukan Netflix), iaitu Daulat.

Filem ini sebenarnya sepatutnya ditayangkan di pawagam. Tapi atas faktor sensitivity, filem ini tidak dapat ditayangkan di panggung sebaliknya ditayangkan melalui platform digital Iflix. Buat mereka yang tidak ada Iflix, tak perlu risau kerana ia adalah percuma dan anda boleh menonton di mana sahaja selagi mempunyai akses internet.

Daulat | Watch Free | iflix



ULASAN:

Filem Daulat merupakan filem pertama diarahkan oleh Imran Sheik, dilakonkan oleh Vanida Imran, Rashidi Ishak, Tony Eusoff, Jasmine Suraya dan ramai lagi. Filem berdurasi 1 jam 45 minit, adalah filem sewajarnya ditonton oleh peminat filem tempatan.

Filem ini lari daripada dogma filem tempatan yang lazimnya klishe dengan percintaan, lawak jenaka, mat rempit, hantu ataupun ganster. Kenapa? Ia adalah filem politikal triller pertama Malaysia. Walaupun filem ini lebih seakan mengambil inspirasi kisah politik negara, namun bukan keseluruhan set menggambarkan filem ini.

Daulat mengisahkan Hassan yang mengambil Suri sebagai timbalan presiden Parti MUNA yang kalah pilihanraya, untuk membuat percaturan baru bagi memenangi pilihanraya akan datang. Bagaimana Suri lakukan itu? Dari situlah bermula percaturan politik, yang mana seolah-olah menggambarkan apa yang berlaku dalam situasi Malaysia sekarang.

Filem berkisahkan politik sebenarnya wujud di Malaysia. Tapi saya boleh katakan ia sekadar dominan untuk memuji satu pihak. Contohnya filem Tanda Putra (Kisah Tun Abdul Razak), Hati Malaya (perjuangan Umno) dan terbaharu RISE : Ini Kalilah. Namun kesemua filem ini nampak berat sebelah, dan lebih pada filem sesedap rasa ( pendek kata memuji diri sendiri).

Berbeza dengan filem ini, saya boleh katakan ia adalah sebuah filem berani mati. Seperti filem Crossroad : One Two Jaga, yang berani mengangkat kisah rasuah polis Malaysia, begitulah filem ini, berani mengangkat realiti kisah ahli politik Malaysia.

Filem ini bermula dengan babak cukup menarik, bagaimana mengambarkan kisah politik ini ibarat seperti bermain catur. Tidak boleh berjalan terus, tetapi perlu memikirkan dimana pihak lawan berada. Saya boleh katakan 5 minit pertama sahaja, membuatkan saya sendiri tidak sabar untuk menonton babak seterusnya.
Lakonan? Saya bagi 5 bintang. Semua karektor utama dalam filem ini amat menyerlah. Pengarah bijak menyusun pelakon yang bersesuaian dengan karektor mereka. Pemilihan Vanida Imran sebagai watak Suri bagi saya sangatlah ideal, Dia memang layak untuk memenangi sekali lagi Pelakon Wanita Terbaik (walaupun saya tak pasti dia boleh dicalonkan ke tidak ke FFM).

Pelakon lain seperti Tony Eusof , Rashidi Ishak seperti mana filem mereka sebelum ini, masih mengekalkan aura tersendiri sebagai pelakon berpengalaman. Saya juga suka pada lakonan Jasmine Suraya (sebab saya yakin dia antara pelapis pelakon terbaik Malaysia kini), yang memegang watak Jasmin Choo, seorang wartawan di Media Raya. 

Daulat - Posts | Facebook

Cuma ralatnya saya kurang selesa (lebih tepat kurang kena) dengan watak Saiful (dilakonkan oleh Amar Asyraf) yang kelihatan seorang yang muda, tetapi memimpin parti HM . Ini disebabkan sebagai seorang presiden parti di Malaysia, lazimnya mereka ada seseorang yang berusia 50 tahun ke atas. Mungkin baiknya watak Saiful diganti dengan Rahim Razali, jika terlalu tua mungkin boleh digantikan dengan Hasnul Rahmat yang nampak lebih elegan dalam lakonanya. Namun ia tidaklah sampai mencacatkan untuk kita memahami keseluruhan perjalanan filem ini.

Kelemahan sudut lain yang saya nampak adalah pemilihan pelakon extra yang kadang-kadang menampakkan terlalu " berlakon" dan tidak menampakkan realistik untuk filem ini. Cuma bagi saya ia adalah masalah minor sahaja, tidaklah sampai menjejaskan kualiti filem ini.

Kesimpulan:



Filem ini wajib ditonton bagi anda untuk mengisi masa lapang ketika di rumah. Tetapi amaran saya begini - filem ini cumalah filem fiksyen. Watak direka mungkin mengambil idea politik semasa Malaysia, namun ia bukanlah mencerminkan politik Malaysia keseluruhannya. Ini disebabkan idea politik keseluruhannya di dunia ini adalah sama. Jika anda pernah menonton House Of Cards, atau paling tidak Phir Bil De Hindustani, maka ia lebih kurang menjurus kepada idea yang sama. 

Rating - 9/10 (4.5*)

rajaazrul

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...