Bermula Suatu Kisah....




Assalamualaikum,

Buat pertama kali saya menaip di dalam Blogs. Sebenarnya saya tak suka menulis Blogs.Sebabnya Blogs ini menyusahkan dan memerlukan internet yang laju..
Kedua, masa yang sesuai, iyalah..menulis blogs seperti menulis diari..memerlukan masa untuk berfikir..

Tetapi bagaimana saya boleh tertarik untuk menulis blogs? Entahlah..apabila saya dah masuk semester akhir..naluri saya nak menulis blogs bertambah-tambah. Masa yang banyak eloknya digunakan sebaik mungkin. Dengan adanya blog ini, saya boleh berikan pendapat dan berkongsi apa sahaja bersama-sama dengan kawan-kawan didalam blog ini.

Sebenarnya, wujudnya blogs ini bagus kepada kita semua...
Pertama,kita dapat meluahkan apa yang terpendam melalui dunia maya. Dan kita juga boleh berkongsi masalah dengan jutaan rakan di dunia maya ini. Siapa sangka dengan adanya teknologi kini, kita tidak perlu bersusah payah lagi.

Oklah rakan-rakan sekian..ambilah masa untuk membaca apa yang tersirat di dalam kalam jiwa saya ini. Dan saya berharap agar rakan-rakan semua dapat berkongsi bersama kisah suka duka bersama....

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...