Travel

Travel

Mengira detik

Tuesday, April 08, 2008

Tensyen dan Boring!!!!

Huh?!

Aku tension!! Boring!!!

Macam nie, aku berikankan kalian satu situasi;-

apa yang kalian akan lakukan jika kalian belajar dalam bidang yang bukan minat kalian?
Mungkin ada antara anda yang akan bunuh diri, takpun down ataupun mintak keluar IPT yang anda belajar itu...

Aku terbaca kes sufiah, dan aku rasa aku amat simpati dengan beliau. Namun, aku bukanlah macam sufiah, cuma aku senasib dengan dia kerana salah memilih bidang yang kita minat. Terus terang, aku sebenarnya tidak memilih UMP, dek kerana "kos lelong" aku diterima masuk ke UMP dalam kursus Komputer (sistem rangkaian) atau nama glamournya BCN.


Namun, kursus tersebut bermasalah, jadi senat UMP telah menukar kami sekelas (60 orang kesemuanya) kepada kursus kejuruteraan elektrik (sistem rangkaian) atau nama singkatannya adalah BEN. Kami semua bersetuju asalkan kami akan belajar juga networking pada peghujung tahun akhir. Namun, segala-galanya berubah.

Pada Julai 2006, FKEE memutuskan kos kami (BEN) ditukarkan kepada ELEKTRIK dan ELEKTRONIK (BEE). Huh!! Hati mana tak terasa bila kami semua seperti anak patung, dipermain-mainkan!! Macam-macam subjek kami belajar, dari subjek komputer, networking hinggalah micro-c yang pelik tu!!

Dahlah tue, waktu PSM kami semua dihentam secukup-cukupnya!! Pensyarah seolah-olah tak memahami akan peritnya belajar di UMP dan kami seperti bahan eksperimen mereka!

Kini, hampir 5 tahun aku berada dalam "neraka". Maaf, aku bukan katakan UMP itu neraka, cuma aku terperangkap dalam kursus yang aku tidak minat. Aku memang tak minat langsung pada bidang kejuruteraan. Malah semasa di MRSM lagi, aku sudah "angkat kaki" kalau ada ceramah kerjaya mengenai kejuruteraan. Nak buat macam mana? 5 tahun aku cuba juga untuk mencintai bidang ini, tetapi sayang cinta itu tak sampai!!

Aku memang seorang yang keliru!! Pratikal aku akan tamat lebih kurang 2 bulan lagi!! Tak banyak aku belajar dalam bidang kejuruteraan di sini, cuma aku banyak belajar dari segi pengurusan. Kalau hendak diputar waktu, aku pasti akan berusaha menukar IPTA dulu, jikalah aku dengar cakap mama yang beria-ria suruh aku masuk UPM...pasti aku tidak berada di UMP kini.

Maaflah pada FKEE..aku mungkin bukan menjadi produk jurutera yang berkualiti, malah aku sudah nekad, aku akan lari dari bidang kejuruteraan ini..aku tak boleh hasilkan sesuatu yang positif dalam bidang ini!

apa-apapun buat sesiapa yang akan LI nanti, 6 bulan adalah tempoh yang lama! Pastikan anda tahu untuk merancang masa dan jadikan LI anda adalah sesuatu yang menarik dan manis buat anda...

Sama-samalah kita berdoa agar mengecap kebahagiaan abadi!

7 comments:

ZaKrYeE said...

raja..ape yg dh tertulis dihadapan kita itulah yg sudah tersurat untuk kita..untuk undur waktu itu suatu yg mustahil....tetapi untuk mewarnakn lg ape yg terbentang dihadapan, anda masih punya peluang.

berjalan terus dengan apa yang ada.sambil itu sulamkn setiap detik itu dengan suatu yg boleh dikenang dipenghujung usia.....


adik2 berbicara...sentap tak???!!!

WanHidayat said...

Salam Raja...aku setuju dengan apa yang zakryee tu cakap...mmg benar, mcm aku cakap, bukan semua prkara yang kita mahukan kita akan dapat. Alllah telah menetapkan perjalanan kita di sana...kita kena redha...kita warnai dgn sesuatu yang boleh mmberikan kepuasan terhadap diri...aku faham apa yang ko rasa dan alami tapi kali ini ekspresi ko terlalu bersifat...bersifat pertuduhan dan sindiran terhadap apa yang telah tertulis....sorry ek...

Apa2 pun, aku mendoakan agar ko dapat lakukan yg terbaik untuk masa depan ko...aku tahu apa yang ko mahukan..ko dah nampak jalan bukan?...justeru..rebutlah peluang!!!

Notebooks said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Notebook, I hope you enjoy. The address is http://notebooks-brasil.blogspot.com. A hug.

Raja Azrul said...

yusrie:-
-thanks nasihat ko tue..insyallah ada rezeki, adalah aku..hahaha

dayat:-
-entahlah dayat,thanks sebab cuba memahami aku, tapi percayalah, aku yakin jika ko berada di tempat aku, aku rasa ko akan tewas. Aku telah lama menahan pelbagai keperitan dan kini aku cuba keluar dr kepompong ini.
sebagai manusia kita memang kena terima takdir, namun kita juga ada hak untuk memilih dan keluar dari jalan yang sedia ada...

notebook:-
-thanks for add me..

imnotperfect said...

u have been tagged. check out my blog.

btw, masih belum terlambat untuk melakukan sesuatu yang kita suka. selagi ada umur yang panjang, selagi ada kesihatan yang baik, dan selagi kita punya kemahuan untuk terus mencuba, kita masih lagi berpeluang untuk melakukan segala2nya..

be aptient and be brave my fren.

imnotperfect said...

psl tag tuh, erm, ko copy paste jer soalan2 kt site aku tuh. pastu ko jawab la. kalo ko nk tag org len pon leh gk. slamat mencuba.

iramahati said...

Hakikatnya kat dunia ni susah betul nk dpt apa yg kita nk..tp klu ko ada peluang utk buat apa yg ko suka, teruskan..sbb ko akan lebih bahagia n bila ko bhgia ngn keja ko, hasilnya akan lebih memberangsangkan..semoga berjaya dlm mengjar n merealisasikan impian anda.

btw, aku bersyukur keje aku skrg tidak tergolong dlm kategori bidang yg aku benci.. wlupun masih dlm engineering, tp aku berjaya gak lari sket dpd elektronik.. (keje aku ada kaitan kimia sket)


p/s: kdg2 bile aku tgk nescafe kick start, aku sllu t'ingt kat ko, sb aku rs ko sesuai masuk rncngn mcm tu..krn matlamat ko selalunye jelas n perancangan ko teratur