Travel

Travel

Mengira detik

Sunday, May 31, 2009

school out !!



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat bercuti buat semua…

Sekarang bermula lah cuti sekolah. Cuti sekolah bermula pada sabtu lepas sehinggalah 14 Jun ini. Bagi aku, ia adalah masa untuk berehat dan kembali bersemangat untuk sesi persekolahan akan datang.

Cuti aku bermula dengan mengemas bilik. Pada minggu lepas, kami sekalian GSTT intake Jan 2009 telah diarahkan pindah ke bilik khas berhampiran dengan Unit Peperiksaan. Alasan pihak atasan ialah bilik Red Spot (bilik kami sekarang) akan ada pemantauan dari JPN. Nampak gaya terpaksalah kami semua pindah dari tingkat 3 ke aras bawah…

Hari Sabtu lepas aku bersama dengan dua orang murid yang rapat dengan aku iatu Haqim dan Amirul telah berkemas dan membawa barang-barang ke bilik khas tersebut. Kami juga terpaksa lah mengangkut meja kerana bilik tersebut tiada meja. Hampir 3 jam kami mengemas bilik tersebut, memang penatlah juga…untung gak mengajar sekolah menengah, dapat jugak meminta pertolongan anak murid. Kalau mengajar sekolah rendah, semua benda kita kena buat sendiri.

Oh yer, cerita pasal Haqim dan Amirul, mereka sebenarnya pelakon utama dalam pengganti Zen. Sejak dari latihan drama lepas, terus kami jadi rapat. Huhuhu…bercakap pasal berlakon pula, sekolah aku minta aku terlibat dengan Hari koperasi SMK Karak pada 25 Jun ini. Erm..aku masih belum terfikir apa yang aku ingin lakukan, tapi aku rasa ingin persembahkan sekali lagi Pengganti Zen. Bukan apa, hari koperasi ini juga akan melibatkan ibubapa dan orang luar SMK Karak.

Hurm..itu cerita pertama, sudah bermula cuti sekolah, maka aku kena lupakan semua pasal sekolah. Iyalah masa bercuti adalah masa untuk aku berehat. Perancangan aku waktu cuti ini ialah pulang ke kampung aku di Parit Buntar kerana Pak Su aku akan berkahwin pada 7 Jun ini. Tapi sebelum pulang ke kampung, aku sekeluarga akan bermalam di Cameron Highlands pada 5 Jun ini. Bukan apa, saja untuk makan angin. Lagi pula ada antara adik-adik aku yang tak pernah ke Cameron. Jadi kami semua ke sana untuk menikmati suasana segar dan nyaman di sana. Hehehe..mengarut jer..!!

Oh yer, lupa aku nak cerita. Rabu lepas, nenda aku bersama dengan Pak Ngah, Mak Ngah, Kak Long, Amirul , Afiqah dan Mak Long telah berangkat menunaikan Umrah selama tiga minggu. Aku berkesempatan menghantar mereka ke KLIA. Huhuhu..seronok pula pergi melancong luar negara..tapi aku tak tahulah bila dapat peluang tersebut. Mereka akan singgah di Jordan dan Syria serta transit di Bangkok. Huhuhu..seronok tengak wajah nenda aku. Inilah kali kedua dia pergi melihat Kaabah. Semoga mereka selamat sampai dan selamat pulang.

Itu sahajalah aku coretkan agar blog aku ini terus bernafas. Hehehe..cuti dah bermula..bagi siapa yang berkahwin, selamat pengantin baru..terutama pada Nadiah (classmate aku semasa sekolah rendah), Fahmi dan Filzah (BEN!!) dan juga En.Tajul (MADUM). Aku tak lupa nak wish selamat hari gawai buat Tito..hehehe.. dan juga selamat berkhatan buat anak-anak murid aku di sekolah rendah (ada ke yang bersunat) ..hehehe, jangan nakal-nakal!!
Oklah, kita jumpa lain kali!! Bye-bye!!

8 comments:

azwan bamadhaj said...

eh.. ada lagi sorang kawan kita nak kawin la...

x wish ker??

fendy....

hehehhehee

Raja Azrul said...

azwan:-
-fendy kahwin?? sure meriah kan..kalah mawi ekin!!

otit said...

raja.
hmmmm..Gawai mesti ko x penah lupa kan.
musykil.
ke tertarik dgn org swk?
ops...

btw,thanks lah yer..

patungcendana said...

ingat u yang gi umrah... :-D

selamat bercuti...

WanHidayat said...

Selama bercuti Raja....

*Azwan...are you sure, alhamdulillah!!!!!!!!

Aku rasa terharu dan seperti nak menanges....nak sujud syukur lah...

Tahniah Fendi!

Pegawai Khalwat said...

ilmu teater masih dicurahkan, bagus tu!

Melody said...

eh, aku rasa mcm aku ada drop a comment tempoh hari...ke sebenarnya mmg tak ada? huhu..

btw, betul ke fendi nk kawen nih weih!!

Raja Azrul said...

tito:-
-gawai tak lupa?? errmm...

madam:-
-i nak pegi umrah?? takda duit ler madam...

dayat:-
-hehehehe..itu tanya azwan yer...

pegawai khalwat:-
-yup..inilah medium paling sesuai sekali..

mel:-
-ye ke?? takpelah..yang penting komen ko dah kuar!!