Travel

Travel

Mengira detik

Tuesday, June 23, 2009

taklimat kesihatan

Pagi tadi sekolah aku didatangi oleh seorang doktor dari Poliklinik Karak.

Tujuan utama adalah untuk memberikan taklimat mengenai wabak H1N1. Aku bukan nak cerita mengenai penyakit atau apa yang berlaku. Tapi aku terkejut apabila doktor tersebut memberikan taklimat dalam bahasa inggeris.

Bukanlah aku kata salah untuk seorang doktor memberikan taklimat dalam bahasa inggeris, tapi masalah utama ialah pelajar tidak faham apa yang dituturkan. Pening sekejap mendengar taklimat doktor tersebut. Kelakar pun ada.Selepas taklimat beliau, cikgu bahasa cina dan cikgu bahasa tamil terpaksa tampil di hadapan dan menerangkan dalam bahasa masing-masing.

Jadi sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya tahu dan fasih untuk berbahasa kebangsaan. Bukanlah setakat bercakap 'terima kasih atau selamat pagi' sahaja. Lagi pula dia adalah seorang doktor, dan berkhidmat di pekan Karak, sudah semestinya dia perlu menguasai bahasa melayu dengan baik.Bagaimana dia ingin berkomunikasi dengan pesakit seandainya tidak boleh berbahasa melayu dengan baik...

Jadi, kita mungkin bangga kita boleh berbahasa inggeris seperti shakespear, tapi kita juga harus malu kalau kita tidak boleh berbahasa melayu dengan baik.

Hehehe..renung-renungkan...

5 comments:

azwan bamadhaj said...

wow...H1 N1 semakin mengganas.....

pakai lah topeng sewaktu mengajar di sekolah..... baru gempaks


alah.. aku yakin dan pasti, walau dr tu ckp BI tapi mesti BI dia broken gak..

lainlah kalau madam mala yang bagi talk... baru gempak...

erk

- j o h a r i - said...

oh..akhirnya "bahasa melayu terpinggir dibumi sendiri"..
aku igt lg aku debat tajuk ni..
maknanya benarlah bagai dikata..

FendyHekka said...

huh motif dr. tu? apsal ko x laser je Dr. tu? plus naper cikgu berbangsa melayu x translate kn ke bahasa melayu? nmpak mcm bias jer...

Raja Azrul said...

azwan:-
-sure ok, kalau madam bagi talk..memang sure orang lain dengar punya!!

johari:-
tau takpe,, kesian sangat kat bahasa kita sekarang ni..

fendy:-
-cikgu BM ada yang translate..aku bukan nak citer bab translate ni tapi aku nak stori pasal orang yang tak reti berbahasa malaysia..

Melody said...

erm. kenapa nak kena translate (oops..maksud aku terjemah) banyak sangat bahasa? satu bahasa je tak cukup difahami ke sampai kena ada lain selain BM? no offence, tapi selama aku sekolah dulu tak pernah la pulak cikgu kena sampai cakap iban ke bidayuh melanau segala kalau anak murid tak faham. anak muda zaman sekarang teruk sangat ke BM diorg cikgu azrul?