Travel

Travel

Mengira detik

Thursday, June 11, 2009

cuti-cuti Malaysia..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah..sesi aku bercuti telah pun tamat. Penat juga bercuti ni tetapi seronok. Huhuhu…Rabu lepas, kami sekeluarga telah ke Cameron Highlands . Kali terakhir aku ke Cameron adalah padan Disember 2007. Huhu..perjalanan ke Cameron memang memenatkan.

Untuk mereka yang pertama kali ke Cameron, aku sarankan kalian ikut jalan Simpang Pulai. Mudah sahaja, dari PLUS keluar sahaja EXIT Simpang Pulai.
Dalam beberapa KM, ada simpang ke Cameron. Ia memakan masa dalam 1 jam 30 minit untuk ke sana. Pemandangan sepanjang perjalanan memang cukup indah dengan keadaan jalan yang agak baik jika dibandingkan dengan jalan lama.

Kami sampai tepat jam 1.15 pm terus ke apartmen dan berehat dalam sejam dua. Selepas makan, kami ke ladang strawberi, ladang teh dan pekan Tanah Rata. Malam pula, ke Pasar Malam Brinchang.

Selepas ke Cameron, aku terus pulang ke kampung di Parit Buntar, perak. Ada kenduri iatu Pak Su aku berkahwin. Alhamdullillah, majlis pun tamat dengan meriahnya. Ramai juga yang datang, yang menegur aku pun ramai. Iyalah, aku kan cucu sulung dalam keluarga nenek aku. Tak kurang juga yang bertanya, bila nak kahwin?? Wah..soalan maut pulak!! Aku hanya menjawab..tunggu dulu, mau kumpul duit dulu!!

Hehehe..alang-alang dah sampai kampung, aku tak lepaskan peluang berjalan-jalan di sekitar kawasan kampung aku. Jumaat lepas aku ke Sunway Carnivall Mall Penang. Aku bawak adik-adik aku tengok filem Night at the museum 2. Best jugak cerita ni!! Kelakar sama macam first movie.

Hari Ahad lepas aku pula bawak adik-adik dan juga sepupu aku pergi ke Night Safari Zoo kat Taiping. Huhuhu..best tahu!! Dapat tengok macam-macam jenis haiwan yang aktif pada waktu malam.

Hari Isnin aku pulang ke rumah. Huhuhuuhu..siapa kata, Malaysia tak best?? Banyak tempat pelancongan yang boleh kita lawati. Tapi sepanjang perjalanan ini, aku teringat kat seseorang yang sangat rapat dengan aku.

Dahulu, kami selalu berjalan bersama-sama sama ada ke Cameron, Perlis, Penang hatta ke KL sekalipun. Tapi sekarang…dia dah menyepikan diri dari aku?? Benar ke??

Motif sangat kan??

7 comments:

azwan bamadhaj said...

1. cameron 2007? tentunya disember kan...

2. bila nak kahwin? bila jodoh sampai....

3. ada ke yang kata malaysia x best? malaysia best.. tapi luar negara lagi best... hahahah

4. teringat pada seseorang yang rapat? mungkinkah orang ITU......

FendyHekka said...

erm... err... oooo... no komen... ha3... perlu ke ending mcm tuh?

Otit said...

Raja,
pernah dengar lagu Berhenti Berharap x?
hahahahaa..laha

Raja Azrul said...

azwan:-
-1. A'ah ler..bulan dis lepas
2. bila bertemu dengan kekasih hati
3. yup..luar negara pun tengok negara gak..

fendy:-
-perlu ler

tito:-
-of coz pnah jer..azwan minat gler lagu tu..

Melody said...

soalan aku utk kau pulak berbunyi begini..

kenapa kau tak jwb soalan azwan yg No. 4??

Raja Azrul said...

mel:-
-erk...motif sangatkan??

Otit said...

Raje..dulu Azwan mmg minat giler lagu tu.Tp,sejak dah bahagia ni..x lagi minat lagu tu..kot.
kau tu..mengingatkan seseorg lah..sesuai sgt lagu ni tuk kau.hahahahahaha..no komen.