coretan kembali

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua…

Fuh, lama juga aku tak menaip entri panjang. Bukan apa, dua tiga hari ini aku agak sibuk dengan pelbagai urusan yang tak dapat dielakkan. Maklumlah orang bekerja. Jadi masa untuk menghadap komputer tak lama, sempatlah menaip beberapa tulisan.

Hari Koperasi Sekolah telah tamat dengan jayanya. Alhamdulillah, segalanya sudah selesai. Persembahan?? Aku boleh kategori sederhana, lagipun Hari Koperasi diadakan untuk melatih pelajar berniaga. Aku tak sempat nak berniaga cuma budak-budak kelas 5 Sains Berjaya dengan projek Rumah Hantunya..tahniah!!!

Jadual baru sudah aku dapat. Macam wiwit jugaklah..ada beberapa perubahan. Untuk kali ini aku tak jadi guru kelas dah. Lega jugak, tak payah pening nak uruskan kelas. Cukup lah selama 2 bulan aku pegang kelas 5 Sains. Huhuhu…

Minggu ini ada bermacam aktiviti yang diadakan sebenarnya. Ada program debat di UiTM Dungun. Azwan ada mengajak aku ke sana, tapi aku tak boleh pergi pula. Lagipun kalau aku nak ke sana, sudah pasti aku terpaksa mengambil cuti. Untuk makluman, kerja guru ni bukan senang nak minta cuti. Huhuhu…so, abang ucapkan selamat maju jaya buat semua warga debat PiSza di UiTm Dungun terutama team UMP. Harap-harap korang boleh masuk sampai peringkat akhir. Bercakap pasal debat Pisza ni, banyak pengalaman sebenarnya. Yang pahit, yang manis…sume ada….

Huhuhuhu….bila dah jadi cikgu ni, susah sikit lah nak berdebat-debat ni. Kalau nak berdebat dengan pelajar, lain lak rasanya..huhuhu. Takpalah, yang penting adik-adik debat sentiasa bersemangat dan melakukan terbaik, dan dengar khabar di FOMCA pencapaian mereka sangat baik! Tahniah!!!

Lagi satu perkara, hujung minggu ini aku akan ke Melaka..untuk apa?? Untuk lawatan sekolah aku ler..tahniah pada Cikgu Suria yang berusaha untuk melakukan yang terbaik bagi lawatan ini! Dan yang seronoknya lawatan ini kerana cikgu-cikgu GSTT juga turut pergi. Tak terkecuali dua orang anak murid kesayangan aku, Haqim dan Amirul. Mereka turut pergi. Tak sabar pulak rasanya nak tunggu hari sabtu ni…!!

Oklah, aku rasa cukup sampai sini dulu. Terima kasih kerana membaca. Jumpa lagi di penulisan akan datang. Bye-bye!!

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...