Travel

Travel

Mengira detik

Monday, January 04, 2010

AVATAR: Suatu imaginasi


Assalamualaikum.

Entah kenapa hati saya terdetik ingin menonton buah tangan pengarah filem terkenal James Cameron ini. Buat yang tak tahu, James merupakan pengarah filem Titanic yang pernah mencetuskan fenomena pada tahun 1998.

Jadi, 2009 sudah lama dia menyimpan idea dan kreativiti, sekali dia tampil dengan menghasilkan buah tangan hebat, Avatar. Saya menontonnya di Pavilion, bersama dengan 7 orang rakan-rakan yang lain. Siapa sangka, pawagam memang penuh, Nasib baik saya menempah tiket melalui on line, jadi dapatlah jugak tempat duduk yang selesa untuk menonton.

Filem Avatar ini berdurasi 2 jam 30 minit. Walaupun lama, tapi anda akan puas. Dengan kata lain berbaloi. Filem ini bergenre sains fiksyen. Terus terang, inilah antara filem yang saya masuk dengan otak kosong. Dengan erti lain, saya tidak membaca ulasan, sinopsis atau apa-apapun. Hanya masuk dan tonton.

Plot awal filem ini agak perlahan. Mungkin juga sedikit kompleks. Jadi mengambil sedikit masa untuk memahamkan plot awal filem ini. Setelah filem ini masuk fasa kedua, dimana watak utama filem ini mula mengembara ke alam pandaro (menggunakan avatarnya), ia sudah mula rasa kekuatannya.

Plot cerita filem ini sangat kuat. Pengarah sangat teliti, dari perkara-perkara yang kecil sehinggalah teknik make-up, hiasan, teknikal dan macam-macam lagi. 80% filem ini menggunakan kaedah CGI. Walau bagaimana, anda tak terasa ia dibuat dengan CGI. Tumbuhan yang melatari Pandora seakan betul, dan cantik. Hebat!!

Dari segi lakonan, memang tidak dinafikan semua pelakon memberikan lakonan hebat dan emosi.Terutama sekali pelakon yang dibuat dari CGI. Canggihm, emosi dan menjadi!!! Syabas!!

Banyak sebenarnya kelebihan anda menonton filem ini. Satu yang paling penting, ialah mesej yang disampaikan dalam filem ini. Ia seolah-olah "menampar" tindakan kerajaan Amerika yang suka campur tangan hal orang (macam kes Iraq) dan juga pencemaran alam sekitar.

Jadi, kalau anda ada masa, pergilah tonton. Saya jamin, anda tidak akan bosan dan berbaloi. Tapi ingat, tontonlah di pawagam. Baru anda akan rasa kekuatan filem ini.

*4.75 bintang (nak bagi perfect karang tak sesuai pulak)

2 comments:

ijau said...

dah tgh jugak.. best3x..

Melody said...

aku pun dah tengok, memang menarik! aku tengok 3d. lagi puas hati. berbaloi bayar tiket. hehe.