saya membaca tampalan ini (SMTI)

Salam semua,

Banyak isu berlaku dalam negara kita. Aku tak mahu ulas panjang lebar, biarlah akal fikiran kita menentukan. Bagi aku, kita semua sudah matang dan jelas apa yang berlaku sekitar kita. Oklah, entri kali ini agak ringkas, sekadar berkongsi satu ayat mudah iaitu " Saya membaca tampalan ini" atau dalam bahasa inggerisnya " I read this entry".

Kenapa? Sejak dua menjak ini, ramai antara kita lebih gemar membaca blog, berbanding dengan menulis blog. Untuk menulis blog, perlukan komitmen dan juga masa. Ia tak ubah seperti kita menulis karangan ringkas semasa ujian bahasa melayu ketika sekolah dahulu. Kadang-kadang ada antara blogger menganggap blog mereka sudah "mati" kerana tidak ada orang membaca. Padahal, ada sahaja yang membacanya, cuma malas nak meninggalkan komen. Mungkin disebabkan komen ditulis tidak berkait rapat dengan pembacaan mereka.

Jadi, mazidul akmal ( wartawan TV3), mencadangkan untuk anda menulis perkataan " saya membaca tampalan ini" atau SMTI...sebagai tanda anda membaca sesuatu penulisan. Mungkin ia boleh dibudayakan, dan sebagai langkah terbaik untuk menghargai penulis blog. Kalian semua boleh membaca dengan lanjut di sini.

Mungkin kita boleh mulakan sekarang...tahun 2012 ini...amacam?

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...