Kisah Onion - Kegilaan apakah ini?

File:Onion on White.JPG - Wikimedia Commons
Ini adalah bawang Kuning

18 Mei 2020

Aku telah luahkan pada dia, apa isi hati aku. Aku gelar dia Onion. Kenapa? ada dua faktor.

Satu - dia tak makan bawang ( haha)
Kedua - dia usaha sayang aku, dan nak aku tahu isi hati dia seperti lapisan bawang.

Dari situ aku terus jatuh cinta dengan lagu Onion nyanyian Aska Yang, lagu yang dalam maknanya buat aku.

Onion sebenarnya dah lama jatuh cinta pada aku. Sejak 8 bulan lepas lagi. Macam-macam dia buat nak menangi hati aku. Tapi biasalah, aku amat takut nak jatuh cinta. Hajat nak tamatkan zaman bujang, tapi bukan semudah di sangka.

Pelbagai perkara bermain dalam fikiran aku, pasal kerjaya, keluarga, masa depan. Aku sendiri takut dengan bayang-bayang sendiri.

Tapi takdir mengubah segalanya, 16 Mei 2020 - hari guru, dia datang berjumpa aku, menyatakan dia dah dimiliki. Luluh rasanya, cuma aku tak boleh nak kata apa. Sendiri yang cari nahas, betul tak?

Keberanian mengatasi segala-segalanya. 18 Mei aku luahkan semuanya. Aku minta maaf padanya kerana tak menghargai jasa dia sebelum ini. Tapi apakan daya. Semua sudah terlambat. Bodohnya aku! Kenapalah perasaan sayang ini lambat datang, Kenapa ? kenapa?

Tidak mengapalah, aku rasa lega yang dia tahu dia sayang aku. Guess what? dia masih cakap yang dia sayang aku. Aku harap aku boleh reset balik apa yang dah berlaku.

Kini aku perlu berani, tak mudah mengalah dan semangat, untuk kembali memenangi hatinya, walaupun nampak kejam.

Onion, tunggu saya!

~ ini sekadar tulisan fantasi ~
~ praktis nak tulis novel lepas ni ~

rajaazrul

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...