Travel

Travel

Mengira detik

Saturday, January 19, 2008

Pusaka Sari dan Bonang??

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Baiklah, dalam penulisan kali ini, saya akan gunakan ayat yang lebih rasmi untuk memberi komentar mengenai teater “Pusaka Sari” yang telah dipentaskan pada 17 Januari 2008 sempena Festival Teater MAKUM 2008.


Kita tinggalkan sejenak isu Debat, Orator dan Kelab Penukir Ilmu. Saya ingin beralih pada hala tuju SENANDIKA, iatu kumpulan teater yang paling saya sayang!


Pengenalan:


Teater ini merupakan sebuah naskhah adaptasi dari karya asalnya BONANG. Ia merupakan idea tunjang saya sendiri dimana BONANG merupakan teater pertama UMP yang dipentaskan semasa Festival Teater MAKUM 2006. Semasa BONANG dipentaskan, ramai hakim termasuk En.Mior Hashim Manaf memuji idea BONANG dalam mengangkat alat muzik tradisi Jawa ini. Namun, BONANG memerlukan baik pulih dan penambahan dari sudut plot, teknikal dan skrip bagi memastikan ia sebuah karya menarik.


Hasil usaha pengarah, Syikin termasuk kerabat SENANDIKA, maka lahirlah PUSAKA SARI. Plot cerita digarap sendiri oleh En. Mior manakala skrip ditulis oleh mereka sendiri. Walau begitu, saya sendiri tidak pernah membaca skrip baru (yang sudah diadaptasi) ini kerana sibuk dengan urusan lain. Maka, dengan itu Pusaka Sari diangkat sebagai karya terbaru untuk penyertaan kedua UMP di Festival Teater MAKUM. Watak-watak diminum dan dipelbagaikan bagi membuat Pusaka Sari ini hidup dan menyerlah dari sudut pementasannya.



PEMENTASAN:


Dalam komentar ini saya tidak akan menyentuh mengenai persedian, komitmen serta apa sahaja yang berlaku sebelum pementasan . Ini kerana saya tiada semasa mereka membuat latihan. Namun, perkara yang akan dinilai ialah semasa pementasan dan ini yang saya akan komen dalam penulisan kali ini.


A. Plot dan Jalan Cerita:

Kisah Pusaka Sari menceritakan mengenai bonang yang mempunyai kuasa yang dapat memanggil tuan puteri dari zaman lampau. Watak Hanum, ibu kepada Khairil merupakan pewaris Bonang yang dikatakan mempunyai kuasa mistik. Manakala, watak Pak Ngah, merupakan orang kuat dalam menghentikan kuasa mistik bonang itu.Khairil, merupakan remaja yang terperangkap antara realiti dan fantasi apabila wajah beliau mirip kepada Arjuna, iatu pemain bonang dahulu kala yang mencintai Puteri Ayu Kirana Sukmasari.

Namun, jalan cerita Bonang dilihat banyak tergantung. Contohnya, bonang itu keturunan siapa? Siapa yang mewarisi? Dan ke mana bonang itu pergi selepas tuan puteri mangkat?Potret siapa yang tergantung? Persoalan ini tidak dijawab dalam dialog (atau dialog tidak jelas) menyebabkan penonton tertanya-tanya.

Bagi mereka pertama kali menonton, terlalu banyak permainan adegan “Flash Back” menyebabkan penonton kurang faham apa yang berlaku. Plot Nampak agak goyah akibat kurangnya elemen teknikal dan muzik diletakkan sebagai sub utama.

Plot cerita bermula dengan “peak” iatu adegan Arjuna dibunuh, ia bagus cuma perlu diperhalusi agar tidak terlalu meleret. Peleraian cerita perlu nampak kemas dan wujudkan elemen mesej agar cerita ini bertunjangkan bonang nampak kuat.

B. Lakonan:

Tahniah buat pelakon kerana telah berusaha melakukan terbaik dalam setiap inci lakonan. Tapi sayang, anda semua masih belum dapat menghayati watak yang diberi. Pujian saya beri kepada watak Inang Ayu kerana lakonan anda dapat menarik perhatian penonton. Malah, jika latihan diberi sempurna, saya yakin Inang Ayu berjaya menggondol pelakon harapan.

Watak Arjuna dilakonkan sederhana, bersama watak Puteri. Namun, jika watak Arjuna dipelbagaikan intonasi (termasuk watak Khairil) ia akan menjadi perhatian penonton. Contohnya ketika Khairil dirasuk oleh bonang ataupun ketika ia bersama tuan puteri. Keserasian antara Kharil dan Tuan Puteri masih belum kukuh. Ia kelihatan seperti adik dan abang. Malah, ia akan nampak menarik jika dialog ditutur dapat didengar, tapi sayang ada sesetengah dialog terlalu perlahan dan kurang jelas.

Watak Tuan Puteri sama seperti Khairil, namun ada keunikan terutama semasa dia dibunuh dan menjerit ketika adegan pergaduhan. Lakonan Aduka, agak kurang menonjol sebab penonton tidak faham ke mana arah lakonan dia. Cuma ia nampak bersungguh-sungguh ketika bersilat dan menyerang Arjuna.


Watak Hanum, terlalu lembut dan perlahan. Suara Hanum tenggelam timbul menyebakan pengucapan Hanum tidak jelas. Malah, ekspresi juga dikatakan gagal dek teknikal tak dapat menghidupkan watak Hanum. Watak Ngah Husin, sederhana. Ia bagus ketika marah dan bermain bonang. Cuma ia perlu dihalusi yakni perlu melihat dalam-dalam siapa sebenarnya Ngah Husin. Ia kelihatan bukan seperti Pak Ngah kepada Hanum, tetapi seakan-akan suami kepada Hanum.

Namun, pujian saya boleh berikan kepada semua pelakon kerana bijak dan pandai bermain bonang dengan mantap! Tahniah!!



C. Teknikal dan Kesan Khas:


Perkara ini adalah perkara pokok dalam pementasan ini. Terus-terang, teknikal adalah perkara utama yang perlu diletakkan. Jika alas an UMP tidak mempunyai dewan, saya kira itu bukan alasan yang konkrit. Ini kerana anda semua telah membuat latihan di Taman Budaya.

Teknikal seperti teragak-agak dan tidak selari dengan plot cerita. Pencahayaan Nampak suram dan terlalu malap. Jika plot menceritakan mengenai zaman moden, pencahayaan bagi saya tidak perlu di bahagian singgahsana (zaman lampau). Cukup lampu hanya memfokuskan pada bahagian utama sahaja. Lebih cantik jika lampu memfokus pada bonang dari atas.


Lampu juga perlu dipelbagaikan, dengan meletakkan elemen warna biru, hijau dan merah. Ini akan mencantikkan dan menghidupkan props itu sendiri. Saya boleh pujian semasa pencahayaan ketika adegan bersilat dan ketika Inang Bayu dituduh membunuh Tuan Puteri.
Kesan khas banyak yang tidak menjadi. Asap a.k.a ais kering perlu dibanyakkan agar suasana nampak dalam keadaan mistik. Ia nampak kemas ketika babak akhir sahaja.


Dari sudut bunyi, masih banyak elemen yang tidak sesuai. Lagu latar yang dicipta oleh Nida, sebenarnya adalah unik dan perlu dijadikan teras kepada persembahan ini. Contonya kita boleh pelbagai mood lagu ini menggunakan keyboard, piano, seruling, gendang ataupun bonang. Ia akan cantik terutama semasa tuan puteri menari. Suara latar (suara penyanyi) boleh digunakan untuk dijadikan korus agar penceritaan nampak lebih kemas, mistik dan unik.


D. Kostum dan Make-up:


Walaupun ia nampak remeh, tetapi kostum juga penting sebagai aset utama.Watak Hanum dan Pak Ngah tidak Nampak make-up. Ia tidak timbul, malah tidak Nampak tua. Watak Puteri menarik kerana kostumnya mengikut zaman lampau, cuma ia tidak Nampak elegan. Untuk watak-watak lain, saya kira tiada masalah.


Bagi saya make-up hanya akan timbul jika pencahayaan lengkap, namun ia nampak gagal.

E. Props:


Ini saya boleh berikan kredit, kerana props berjaya dihasilkan dalam bentuk yang sangat menarik. Malah ia digunakan 100% dan mengikut plot. Cuma props akan nampak kemas jika dikecilkan sedikit ruang, dan ditambah tabir hitam agar ia tidak nampak terlalu lebar.

Ada sesetengah props nampak seperti tidak perlu, seperti radio dan bunga. Tetapi itu boleh dimaafkan kerana anda telah menghasilkan props yang sangat unik. Tahniah!


Kesimpulan:

Mungkin masih ada beberapa perkara yang saya tidak sentuh, tetapi inilah komentar saya mengenai Pusaka Sari. Jika dilihat, Pusaka Sari sebenarnya mempunyai banyak kekuatan tetapi ia kehilangan tarikan terutama semasa pertengahan plot. Lebih menyedihkan ada penonton yang menepuk tangan (berfikir sudah tamat cerita) tetapi sebenarnya masih belum.

Untuk pengarah, saya berikan anda kredit kerana telah menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk SENANDIKA. Selaku pengarah, anda sebenarnya bijak dalam menguruskan produksi. Jadi, saya tidak nafikan Pusaka Sari adalah pengalaman anda paling berharga sekali.


Untuk krew,pelakon dan produksi, tahniah saya ucapkan. Buat pelapis, anda mempunyai banyak ruang untuk belajar dan saya tidak nafikan suatu hari nanti kita akan dapat kejayaan dalam bidang teater.


Maaf jika terdapat sebarang kesilapan. Anda mungkin boleh baca blog Azwan ataupun Dalina yang mungkin member komentar terhadap pementasan ini.Untuk Melody, Zamrie dan Rafiq, saya telah memberi pandangan sebagaimana anda minta melalui sms. Maaf, tiada gambar semasa persembahan, insyallah anda boleh lihat melalui Friendster ahli Senandika ataupun blog mereka.


Jumpa lagi. Terima Kasih!!

7 comments:

Sherrlyn said...

Hello, I can't read your language but maybe you can read mine. Your blog seems so peaceful. I'm at http://lovesimplyhappens.blogspot.com
I hope that you will visit me and leave a commment too.
Please LINK me with you. I'm trying to get out. Thank you I hope to see Malaysia someday.
Sherrlyn
http://lovesimplyhappen.blogspot.com

ahib0205 said...

er... mcm mana si mat salleh sherrlyn tu leh singgah ke blog ni ek? atau ur friend tu? :P

Just nk ucap tahniah kerana telah naikkan nama UMP dlm bidang kebudayaan di persada tanah air! CAyalah korang... :)

iramahati said...

Thanks for the comment Azrul. At least we can know what happened on the day.

mohd said...

erm, tahniah buat adik2 senandika..

w/pon x dpt anugerah utama, kire ok la coz thp persembahan dh improve.

to raja, thanks for the info. bg kami2 yg jauh di borneo ni mmg hanya mengharapkan info dr ko je, hehehe.

nota.kematian said...

aduh... macam mana laa nama ak bleh terselit sini...
ak tiada apa apa komen dan komentar.

datang UM pun hanya sekadar menjalankan tugas, jadi tukang ambil gambar.

cari duit tammpung kehidupan. huhu.

Pegawai Khalwat said...

Lengkap betoi komen hang. Bukan calang-calang ni.

Aku berminat nak baca naskhah Bonang atau Pusaka Sari. Kalaulah sesuai dipentaskan di sini, aku nak minta izin.

Kalau hang sudi, leh la e-mailkan pada aku.

Lily Cartina said...

heath ledger died!
I'm gonna miss him
sobs..