Travel

Travel

Mengira detik

Friday, April 16, 2010

Mulakan dengan satu langkah!


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Terima kasih pada mereka yang masih membaca blog aku ni. Sebenarnya aku tak tahu pun sapa yang baca..mungkin tiada analisis kot siapa yang bukak blog aku ini kan..tapi aku gembira kerana aku masih berupaya mengemaskini blog ini.

Ikutkan hati macam malas nak taip, bukan apa..bila dah buka komputer, internet..terus hilang idea nak tulis apa. Huhuhu..tapi aku rasa bersalah pula kalau blog ini dibiarkan usang. Maka, aku kenalah berterusan menulis apa yang berlaku pada diri aku sejak dua menjak nie.

Masuk 2 May nanti, maka genaplah 3 bulan aku kerja di Triways. Seronok? Entahlah..masih kabur-kabur. Tapi aku enjoy lah juga kerja ni. Bukan apa, banyak benda baru aku pelajari. Apa saja masalah aku jadikan ia sebagai cabaran. Dan alhamdulillah, banyak benda berkaitan pelancongan aku dah tahu. Terima kasih pada Madam Teresa ( my head of department) dan juga Kak Linda ( head of unit). Mereka banyak mengajar aku kerana mereka tahu aku bukanlah berlatar belakangkan pelancongan.

Itulah sebenarnya kita sering letakkan "mindset", kerja mesti berkaitan dengan apa yang kita belajar. Seharusnya kita juga kena ingat, dalam dunia moden ini ada bermacam-macam kerja. Semua kerja ada kelebihan dan kekuatan masing-masing.

Aku tidak kata kerja guru tidak bagus dan kerja jurutera tidak bagus. Ada kawan aku, berjaya menjadi jurutera dan mereka bahagia dengan kerja mereka. Ada juga kawan aku, kerja guru..dan gembira dengan kerjanya.

Pokok pangkal kepada kerja ialah MINAT! Tanpa minat kerja tidak akan menjadi seronok. Penghijrahan aku ke Kuala Lumpur mempunyai banyak sebab. Bukan aku tak minat menjadi guru, tetapi aku merasakan kerja guru tidak boleh menjadikan diri aku berkembang. Satu faktor lagi, mungkin masa aku kerja guru, aku hanya dilabel guru kontrak (macam anak tirilah katakan).

Tetapi tidak apabila aku berhijrah ke syarikat swasta. AKu diterima oleh mereka ( terutama Madam dan Kak Linda). Masa mula-mula aku ditawarkan kerja, aku terfikir jugak, kenapa madam memilih aku? Dengan aku yang ZERO...tak tahu apa-apa pasal pelancongan, membuatkan kenapa aku dipilih? ( macam filem power ranger ar pulak).

Tapi rupanya ada hikmahnya...Madam nampak sesuatu yang kuat dalam diri aku. Begitu juga dengan Kak Linda. Mereka banyak membantu aku, mengajar aku dari perkara-perkara yang kecil sehinggalah perkara yang besar. Paling best, kalau ada apa sahaja masalah, merekalah berusaha membantu aku, dan melindungi aku.

Sebab itulah, aku kena juga merajinkan diri bekerja kuat di sini. Mungkin ada banyak benda tak best gak bekerja di sini (erm..taknak cerita nanti kena saman), tapi ada banyak benda unik membuatkan aku masih berterusan bekerja di sini.

Jadi..sebenarnya, semua perkara dalam dunia ini harus dimulakan dengan satu langkah. Seorang pengurus yang berjaya juga mulakan kerjanya dengan perkara-perkara remeh. Guru yang cemerlang juga mula mengajar dengan kelas-kelas yang teruk.

Susah payah dan cabaran inilah akan menjadikan kita matang, jujur aku katakan..kerja swasta dan kerajaaan banyak sangat bezanya. Mungkin kerajaan (terutama sektor perguruan) kena belajar banyak bagaimana pengurusan pihak swasta dalam memastikan pekerja mereka sentiasa membuat yang terbaik.

Bagi aku, apa sahaja kerja..aku akan cuba lakukan terbaik! Bukan award yang aku kejar, tapi yang paling penting kepuasan diri.

Oh yer, walaupun aku dah tinggalkan dunia mengajar, alhamdulillah, aku dapat pula mengajar tuisyen pada sebelah malam. Lega rasanya...adalah juga side income. Tapi macam biasa ar, kenalah aku studi balik subjek-subjek SPM dan PMR.

Oklah, aku nak pegi makan..thanks kerana membaca. Cuma aku nak kalian berfikir tentang tiga perkara:-

1). Duduk diam tidak memberikan apa-apa makna.
2).Hidup kita diberi banyak pilihan...setiap pilihan ada risikonya..kalau takut dengan risik, baik jangan hidup.
3). Kenapa kita tak percaya kan diri kita sedangkan orang lain sangat percayakan kita?

Huhuhu..renungkan lah bersama ya!!

2 comments:

Otit said...

Wahh..Raja sudah kembali meneruskan perjuangan..aku membayangkan kau macam main monopoly.First2 kau hampir nak bakrap dah.Tapi,tiba-tiba kau dapat beli tanah kat Cyberjaya satu baris tu...tak lama lagi,kau beli hotel pulak..tapi,pape pun..jangan risau..ade lagi org sudi bace blog ko.and i like 3 ayat yang last tu..teruskan semangat menulis yg mcm ni.hahaha.

Raja Azrul said...

tito:-
-thanks tito, tapi bila fikir idup ni memang macam maen monopoly..sama ada kita berani atau tidak sahaja.

Ko nanti jangan lupa, kerja kat KL leh stay ngan aku je..hehehe