kombinasi






Salam..

Apa itu kombinasi? secara jelas, kombinasi adalah gabungan. Dalam hidup ini memang tidak dapat lari dengan kombinasi. Secara kasarnya, sesebuah pasukan atau syarikat akan lebih cemerlang jika mempunyai kombinasi yang kuat dan menarik.

Dalam hidup aku, jelas menyatakan bahawa bulan disember ini aku acapkali memikirkan tentang "kombinai"...Hidup ini tidak boleh berseorangan, perlu ada teman dan kawan-kawan. Untuk bekerja juga, ia adalah perkara yang sama. Perlu ada keserasian dan juga kekuatan. Kadang-kadang manusia tidak nampak apakah kombinasi yang hebat dalam sesuatu pasukan. Mereka lebih mementingkan diri masing-masing berbanding kesannya di masa hadapan.

Semasa aku berada di UMP untuk latihan debat minggu lepas, aku pening memikirkan kombinasi terbaik bagi memuaskan hati semua pihak. Sehingga tindakan aku dianggap seperti "kejam" dan hanya memikirkan diri sendiri semata-mata. Alhamdulillah, mungkin berkat doa dan usaha masing-masing, pasukan UMP utama telah berjaya ke separuh akhir dalam debat diraja. Perkara ini aku tahu semasa aku berada di bumi Bali, dan aku anggap ini adalah sesuatu yang manis dalam sejarah debat UMP. Setelah lama menanti, akhirnya mereka berjaya juga ke peringkat separuh akhir. Diharap selepas ini ada pasukan UMP yang berjaya ke akhir pula.

Itu pasal debat, memang tidak dapat lari dengan kombinasi yang sesuai..begitu juga dalam teater dan drama. Aku akui aku perlukan pasukan yang benar-benar serasi dengan aku. Sebab itu aku lebih selesa membuat drama bersama Mel, Zamri, Azwan, Azril, dan team Senandika yang lain. Mungkin dari itulah, drama-drama Senandika yang aku hasilkan ada kenangannya tersendiri. Tidaklah aku kata drama-drama aku hebat, cuma aku seronok ketika menghasilkannya. Semasa di UMP, sempat juga aku bertemu dengan Syidek, ketua kumpulan drama. Katanya, drama sekarang tidak ada bezanya. Hanya latihan sekali dua. Itupun kedatangan ahli cuma suam-suam kuku. Aku terfikir, kenapa boleh jadi begini. Sempat juga aku mencadangkan beberapa kaedah terbaik untuk mereka menghasilkan drama / teater lagi. Tapi itu tidaklah bermakna aku nak turun padang atau bergiat aktif dalam drama lagi, cuma sekadar mengisi ruang minggu aku yang masih kosong pada masa ini.

Berkaitan dengan kerja, hurm..inilah memerlukan kombinasi paling hebat. Benar, jatuh bangun sesebuah syarikat ( hatta negara sekalipun) bergantung kepada kombinasi yang cemerlang dalam orang nya. Ketua bukan sekadar ketua, tetapi mampu mencetuskan motivasi dan memberikan semangat kepada pekerjanya untuk cemerlang. Pekerja pula harus tahu keupayaan dan kekuatan masing-masing, dan dengan kombinasi ini, maka akan jadilah satu syarikat yang cemerlang.

Baru-baru ini jabatan aku membuat rombakan kabinet. Alasan tipikal, untuk meningkatkan prestasi jabatan. Jujur, aku tak percaya kepada rombakan ini. Kenapa? Bagi aku rombakan ini menyusahkan, tidak perlu dan bukan pada masanya. Kombinasi?? Ia bukan satu kombinasi yang hebat pada pandangan aku. Mungkin, rombakan ini hanya percubaan, tapi aku sebenarnya tak suka pada konsep "try and error". Konsep ini hanya boleh pakai sekiranya kita sudah tahu kemampuan seseorang itu. Bukan hanya sekadar cuba-cuba, dan bila tak perlu, hasilnya dibuat rombakan sekali lagi.

Sebagai pekerja biasa, aku tidak punya kuasa untuk mengubah apa-apa. Cuma aku perlukan masa untuk membiasakan dengan suasana yang masih baru ini. Aku masih seperti biasa, dan aku anggap rombakan ini tidak menjejaskan "passion" aku dalam kerja ini. Terbaik buat aku ialah bersabar, dan menunggu peluang terbaik dalam meningkatkan kemahiran kendiri.

Baiklah, jenuh aku menulis mengenai kombinasi. Kesimpulannya mudah, cari "soul" anda dalam apa juga perkara anda lakukan. Jika anda seronok, maka itulah kombinasi yang terbaik, jika tidak..nasihat aku, lupakan sahaja.

Salam...

Comments

Melody M. said…
aku pun rasa kalau ada kombinasi yang serasi dalam satu pasukan, hasilnya lebih memuaskan. memuaskan tu subjektif, bukan pada end product je. perjalanan nak menghasilkan end product bersama2 tu pun boleh jadi saat2 yang memorable, kalau dalam kombinasi pasukan yang betul :)

weh, rindulah nk berdrama ngan korang..

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...