Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1
Salam buat semua!
Alhamdulillah, rezeki 2014, kali ini saya telah berjaya menjejakkan kaki ke bumi Uncle Sam - "United States of America" yang cukup terkenal di seluruh dunia. Dari segi perindustrian, ekonomi, kolar putih, hiburan, I phone sehinggalah kepada produk pelancongan, USA dikatakan sangat dominan dalam banyak perkara di dunia ini.
Tidak ramai rakyat Malaysia berpeluang untuk USA. Faktor utama ialah jarak dan kos. Untuk ke sana, anda perlu menaiki kapal terbang sekurang-kurang nya 22 jam. Huh, itu belum dikira transit lagi. Kalau bab kos, anda memerlukan sekitar RM8k ke RM10k seorang.
Penulisan kali akan dibahagikan kepada beberapa bahagian - daripada proses membuat Visa sehinggalah coretan perjalanan saya ke USA. Oh ya, saya ke dua buah bandaraya utama iaitu New York & Washington DC sahaja.
Semoga penulisan ini memberikan panduan khas untuk semua yang ingin ke USA.
***
Memohon visa:
Visa adalah perkara asas jika anda ingin ke USA. Sehingga artikel ini ditulis, Visa Pelancong (Tourist visa) adalah perkara wajib perlu ada untuk ke USA. Berbeza dengan negara lain, permohonan visa ini terbahagi kepada beberapa peringkat.. sehinggalah menghadiri temuduga. Ada yang kata memohon visa USA ini susah.. tapi berdasarkan pengalaman saya, ia tidaklah sukar mana, cuma ia agak CEREWET.
Jadi, saya ingin berkongsi cara-cara memohon visa USA sebelum anda memulakan program melancong ke USA :)
#panduan dibawah berdasarkan pengalaman saya sendiri pada tahun 2014. Ia mungkin berbeza mengikut individu. Peraturan pengisian borang atau syarat visa MUNGKIN berubah dari semasa ke semasa.
Update Jan 2019 - untuk renew visa USA tak perlu datang interview. Cuma perlu isikan form DS160 seperti biasa, dan hantar passport melalui pengisian interview form. Klik bahagian renew.
Update Jan 2020 - Visa USA sekarang ini agak rumit untuk dipohon. Sila pastikan jika anda mempunyai sebarang e-mail, facebook, twitter pelbagai akaun dimasukkan di dalam borang. Saya nasihatkan jika anda ingin ke US, rancang awal. Sebaiknya mohon visa 3 bulan sebelum terbang bagi mengelaknya berlaku kesulitan.
1. Mengisi borang online
Langkah pertama ialah anda perlu mempunyai email dahulu ( semua urusan dan makluman akan melalui email). Dan boleh la masuk ke laman web ini
Sila baca makluman secara terperinci (mengenai syarat dan peraturan).
Klik DS-160 Form. Anda juga boleh menggunakan link berikut.
Select MALAYSIA
Klik start an application
Anda akan diberikan ID dan lengkapkan soalan sekuriti dibawah.
Gunakan soalan yang mudah dan anda sendiri tahu jawapan. Salin Application ID, takut lupa.
Oh ya.. 1 orang 1 borang. Jika anda pergi 4 orang.. jadi 4 borang anda harus isi. Kalau 100 orang.. hehe ..faham-fahamla ye.
Jadi anda boleh mulakan dengan mengisi borang selengkapnya. Pastikan maklumat tersebut benar. Oh ya, surname itu ialah nama ayah kita (bagi orang melayu), given name ialah nama penuh. Anda boleh simpan (save) dan sambung semula bila-bila masa.
Mengisi borang ini agak remeh, banyak benda perlu diisi termasuk latar belakang pekerjaan, alamat, negara yang pernah dilawati, gaji dan pelbagai lagi. Jadi, nasihat saya jawab dengan jujur & tepat, sebaiknya anda sendiri yang isi (bukan orang lain). Makluman lain yang perlu ada seperti maklumat hotel, penerbangan dan nombor telefon orang di USA (jika anda ke sana atas urusan melawat).
Jika anda melancong, gunakan alamat hotel sebagai rujukan. Lagi satu, anda TIDAK PERLU membeli tiket penerbangan lagi. Hanya booking sahaja dahulu tidak ada masalah.
Jenis visa untuk pelancong ialah B1/B2. Jika anda ada lawatan teknikal seperti lawatan sekolah atau universiti pun gunakan jenis yang sama .
Setelah lengkap dan yakin dengan semua makluman .. barulah boleh dihantar melalui online. Setelah itu, barulah anda boleh memulakan proses pembayaran dan temuduga,
Tapi nasihat saya, semak dahulu sebetulnya semua borang. Ingat! Jika anda salah isi, anda perlu mengisi semula dan ia agak remeh untuk diisi semula (setelah dihantar).
Jika terdapat sebarang masalah, anda perlu menghantar email kepada pihak embassy, tapi kebiasaannya mereka akan menyuruh kita membaca semua makluman yang tertera di dalam website mereka. Kalau anda menghubungi embassy, mereka tetap menyuruh kita membaca dahulu arahan di dalam web dengan lengkap.
Ada juga ruangan Yes & No. Ingat! jawab dengan jujur.
Sebelum hantar menghantar online, anda perlu meletakkan gambar foto ke dalam borang online (upload). Tapi harus diingat, gambar foto perlu menetapi kriteria ditetapkan. Nasihat saya, cari kedai gambar yang faham tentang kriteria gambar visa USA.
Gambar yang tidak menetapi kriteria akan ditolak. Anda boleh mengedit gambar melalui aplikasi khas semasa mengisi borang tersebut (ia ada semasa anda memuat turun gambar).
2. Pembayaran
UPDATE JAN 2019 - bayaran terkini adalah melalui AMBANK atau JOMPAY
Setelah anda menghantar borang, maka bermulalah urusan pembayaran. Harga untuk visa B1/B2 ialah USD160. Tapi anda hanya perlu membayar dalam RM.
Sebelum ke Bank (standard Charter ONLY), anda perlu print borang di sini
Klik bahagian Deposit slip $160, print dan bawa ke bank
INGAT! 1 borang 1 slip.
Di bank, hanya bagitahu kepada pegawai bahawa anda ingin membuat pembayaran USA Visa. Mereka akan berikan borang khas. Dan anda perlu isikan ID (sama seperti borang online), nama penuh, no passport dan duit.
Bayaran bergantung kepada tukaran Ringgit semasa.
Sekali lagi saya ingatkan ... 1 Borang 1 slip 1 bayaran... kalau ada 4 orang, maka 4 borang, 4 slip dan 4 bayaran berbeza.
Sila simpan resit anda untuk anda isi borang semasa waktu temuduga pula.
3. Menempah tarikh temuduga
Berbeza dengan visa negara lain, USA memerlukan anda hadir ke kedutaan dan temuduga. Tapi sebelum temuduga anda harus menempah tarikh terlebih dahulu. Tempahan slot perlu dilakukan melalui online.
Anda perlu mendaftar (macam daftar Facebook) di laman web ini . Kalau boleh simpan password, jadi bila-bila masa anda boleh semak disini. Jadi, bermula saat ini, anda hanya perlu menyemak status visa anda di laman web ini sahaja.
Klik new appointment
Klik no immigrant
Klik business tourim
Masukkan semua makluman dengan lengkap termasuklah no resit bank yang anda bayar sebelum ini.
Lengkapkan semua makluman termasuk jenis penghantaran visa. Saya nasihatkan minta sahaja mereka hantar ke rumah. Itu lebih baik. Kalau nak ambil kat pusat delivery tu susah, Passport yang dah siap akan dihantar ke pusat delivery, jadi no point kalau rumah anda belakang kedutaan sekali pun.
Pilih slot yang anda mahu, dan anda boleh mengubah slot sekiranya tidak hadir. Jangan risau! Oh ya, jika anda pergi dalam kumpulan, anda boleh gunakan 1 ID sahaja, dan klik bahagian add name. Tapi kumpulan mestilah sama destinasi & tujuan.
Tapi untuk elak kerumitan, saya nasihatkan sebaiknya buat temuduga secara individu kecuali anda pergi ke USA secara berkeluarga.
4. Temuduga
Inilah saat paling kritikal!!Langkah terakhir sebelum terhasilnya visa. Hehehe.
Hadir ke Kedutaan seeloknya 30 min sebelum waktu temuduga. Kedutaan USA terletak di Jalan Tun Razak, berhadapan Tabung Haji. Situ memang payah nak parking. The best way, ialah parking di sekitar Tabung Haji atau G Tower.
Sebelum datang ke temuduga, sila bawa dokumen berikut:
- Passport yang masih sah
- Kad pengenalan
- Gambar passport
- Borang DS16
- Slip temuduga
- Slip bank
- Dokumen sokongan seperti slip gaji, tiket penerbangan, voucher hotel, surat majikan atau penyata bank.
Pakaian haruslah kemas dan sopan. Paling selamat pakaian kerja (formal). Tapi tak perlulah nak bertali leher. Selipar tidak dibenarkan.
Tiba di kedutaan..anda harus beratur terlebih dahulu. Sediakan slip temuduga dan kad pengenalan. Serahkan kad pengenalan di kaunter hadapan, dan anda akan melalui proses pemeriksaan keselamatan.
Tiba di bangunan..sila ambil nombor giliran. Tunggu gilaran anda dipanggil. Hehehe..masa ni memang sunyi. Tengok orang lain yang datang pun senyap je... handphone tak boleh bawa. Kena tinggal di kaunter hadapan.
Bila nama anda dipanggil, serahkan dokumen beserta passport dan slip. Dokumen lain tidak diperlukan. Tunggu giliran anda dipanggil untuk temuduga. UNTUK MAKLUMAN, NO GILIRAN DIPANGGIL SECARA RAWAK KETIKA PROSES TEMUDUGA. Maksudnya ia tidak akan mengikut turutan 1,2,3... ia mungkin panggil no 2 dahulu, kemudian no 1, kemudian no 5... jadi, bersedialah menunggu ya!
Suasana temuduga di dalam kedutaan |
Status Visa akan ketahui pada masa yang sama juga.. approve or not!! Dan ia akan ambil masa 4 hari untuk visa akan siap diproses.
Anda boleh mengambil visa setelah mendapat email pengesahan atau SMS daripada pihak kedutaan / courier. Jika anda memilih untuk visa dihantar ke rumah, sila tunggu sekitar 2 hari selepas penerimaan sms untuk penghantaran.
Dibawah ini, video panduan untuk proses temuduga nanti:
Bagaimana jika visa tidak approve?? Jika tidak lulus, anda perlu tunggu 2- 3 bulan untuk memohon semula visa. Dan mereka tidak akan memaklumkan kepada anda jika visa tidak lulus. Tetapi jangan risau, jika anda tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah, peluang untuk visa anda lulus itu ada.
Hasilnya setelah bersusah payah....tadaaaa..........!! 10 tahun tu... hehehe.. boleh la buat backpacker ke USA 3 tahun lagi :)
Saya mengambil masa sekitar 1 bulan untuk proses mendapatkan visa ini, daripada mengisi borang, membuat bayaran, menghadiri temuduga sehinggalah passport saya dapat semula dalam keadaan selamat. USA.. aku datang!!!
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila tinggalkan komen atau email terus kepada saya. Insyaallah, saya akan cuba jawab mana yang mampu. Kalau takdapat jawab juga, kenalah rujuk sendiri kepada pihak kedutaan. Nasihat saya 1 je, isi borang sendiri...jangan minta orang lain isi. Ia lebih baik untuk mengelakkan sebarang kerumitan berlaku ketika proses temuduga.
Paling penting, rancang masa anda sebelum anda ke USA. Nantikan penulisan akan datang tentang kisah saya di USA pula.
kisah perjalanan saya di Washington DC .. klik sini
kisah saya di New York .. klik sini
2018, USA aku kembali ..klik sini
BERMINAT NAK KE USA? Jom ke USA East Coast serendah RM9888 seorang, pada 25 Julai 2019 ini! Kita shopping dan explore bumi Uncle Sam!!
rajaazrul
Comments
Gambar berwarna, background putih. Sila check dengan kedai gambar yang tahu pasal USA visa.
Ingat kalau gambar salah, automatic penyertaan anda akan ditolak.
Ia amat leceh, tapi bila dah dapat amatlah berbaloi.
Air ticket kena ada ke kalau nk proceed visa? Takut nnti ticket dh beli tp visa rejected...pls advise..
Perlu ada air tiket ke nk proceed visa?
Sebaik-baiknya perlu ada. Tapi jangan beli lagi. Booking je dlu. Boleh minta dengan travel agent. Bila visa dah confirm..baru beli.
Kalau dah approve, memang takda masalah. Biasanya passport akan ready 4- 6 hari bekerja. Jadi sabarlah ye. Selamat melancong.
Sebenarnya takdalah minimum berapa gaji kalau nak ke sana sebab kita tak buat pinjaman hehe. Selalunya, yang akan ditanya adalah mereka yang muda (lepasan sekolah/universiti) dan jika ada sedara mara kat sana.
Paling penting jangan buat muka yang meragukan semasa temuduga. Semoga semua selamat!
terima kasih raja azrul atas panduan yg diberikan
JazakAllahukhair......
terima kasih atas panduan yg diberikan
JAZAKALLAHUKHAIR....
thanks in advance! 😊
sama-sama, tahniah! selamat melancong ke bumi uncle sam.
@wanamalina
perlu tahu kenapa nak ke US, kalau nak shopping or nak tgk keindahan alam.. huhu. USA ni besar, Alaska dan Haiwaii pun dalam USA jugak
@wanus
salah satu impian saya - bekerja di luar negara. USA overall oklaa kalau nak migrate sebab ramai gak orang Asia kat sana. Kalau kat NYC, setakat nak jumpa orang Asia memang senang, cuma melayu je tak ramai kat sana.
Untuk urusan itu, seeloknya rujuk kepada agent migrate berdaftar, mereka akan membantu dari segi urusan visa.
Mohd Ali bin ABU@
Mohd Ali, ABU@
ABU, Mohd Ali?
Mohon pencerahan. Tq
Boleh tak saya tahu form yang mana? Surname - nama ayah kita
Given name 0 nama kita
Selalunya dalam form, terus tulis sahaja nama kita + ayah kita
Mohd Ali Bin Abu
Jika nak beli tiket, pastikan mengikut nama seperti didalam passport.
Yes, tak boleh dengar. Ia antara kita dan pegawai kedutaan sahaja.
Com...email kat saya..minta jasa baik raja..beri pendapat
saya akan berlepas ke New York pada 9 Jun 2015 ni.. dan tempat yang dituju NY dan Washington Dc. nak tanya, berapa jam dari NY ke Washington ye? Pengangkutan awam bagaimana? sebab sy cuba cari pasal NY maybe saudara masih belum sempat menulis lg :) Sekian terima kasih
Regards,
Yasmin
Wslm, jika tidak ada slip gaji, kalau boleh ada surat pengesahan dari rakan / syarikat yang nak belanja tu. Paling bagus ada tiket penerbangan pergi balik & tempahan hotel
@purple
Jika anda ingin ke DC, boleh naik pengangkutan awam seperti bas atau tren. Kalau tren naik dari Penn Station NYC. Sekitar 4 jam. Naik flight pun ok, 1 jam je.
harap membantu
saya nak tanya. kan lepas buat bayaran permohonan visa.
macam mana nak tahu tarikh akan ditemuduga.
adakah pihak bank akan beri tahu ataupon kita seniri kena online tengk balik.
apew web nak online tu.
serius tak tahu
Lepas buat bayaran, kena masuk balik website US Embassy untuk pilih tarikh temuduga. Sila baca blog saya diatas..saya ada kemukakan link tersebut.
Pihak bank tidak ada kaitan dengan temuduga.
Harap membantu
SATU LAGI SOALAN.
TICKET TU MEMG NAK KENA BOOKING KEW.
MEMG KEDUTAAN USA NK TENGK TICKET KEW.
BUKAN KEW BOOKING TICKET TU KENA KELUAR DUIT.
KALAU VISA TK LULUS MCM MANA DGN TICKET.
Bagaimana kalau tiket dah booking lepas tu visa tidak diluluskan
Salam, sebenarnya, tiket hanya perlu di"book" - maksudnya tidak perlu dibeli. Cik Zurina boleh deal dengan travel agent. Mereka ada sistem untuk book, dan boleh membantu untuk memberikan dokuemen mengenai tiket penerbangan, dan andai kata visa tidak lulus, saudari tidak rugi sebab belum buat bayaran untuk tiket.
Sebenarnya, US Embassy tidak memerlukan anda membuat pembelian tiket penerbangan. Cuma nyatakan niat anda ke sana, planning hotel dan sebagainya, then should be ok. Jangan risau ok.
semua pergi sekali, jika anda dalam 1 kumpulan (biasanya keluarga).
Lagi satu, betul ke visa perlu dimohon 3 bulan sebelum pergi sbb saya belum ada exact date utk ke sana.
Sebaiknya 3 bulan sebelum, untuk mengelak sebarang kesulitan. Adalah lebih baik jika Afiqah mempunyai tarikh tetap. Jika melawat saudara mara, lagi banyak dokumen diperlukan (lazimnya), seperti alamat adik, surat rujukan Universiti. Ia akan jadi lebih kompleks sebab Afiqah baru sahaja grad. (dikhuatiri ke sana sebab nak bekerja).
Harap membantu
Tahniah!
Sabar ye, biasanya akan ambil masa 3- 4 hari bekerja. Saudari boleh semak dalam semakan application online dahulu. Amat jarang visa ditarik balik kecuali atas sebab -sebab tertentu. Andai kata belum dapat, kena terus bertanya dengan pihak kedutaan.
Jika home delivery, pastikan ada orang di rumah. Takut nanti posmen datang, tidak ada orang, jadi kena kembalikan pula ke pejabat pos.
Terima kasih
Azrul
Eg : flight ticket kakak belanja
Accomodation : hostel
Dan the rest simpanan je.
Mcm mana ye. Mmg takde commitment at all. Tp saving ada la dalam bank. Geram kereta semua takde :/
Kena ada sebab untuk ke sana, jika ada simpanan sila bawak dokumen sokongan. Kalau pergi memang tujuan jalan2..kena tunjuk la tiket penerbangan, hostel, pengesahan yang berkaitan.
Anon 22/9 (nur)
Tidak ada masalah jika ahli keluarga jadi jurubahasa. Pergi sekali. Tapi akan leceh sikit, but no choice kan. Semoga berjaya.
Saya merancang untuk ke US pada bulan 1 ni tp sye blom apply visa lg la..agk2 sempat x??
Dokumen sokongan apa yang encik bawa yaa semasa temuduga?? mohon penjelasan. Anak sye msih bby, so borang DS 160 tu perlu diisi juga la yew utk ank sye?? jika melancong dgn tujuan melawat, apa dokumen yang diperlukan?? jika g dgn tujuan melancong, apa dokumen yg diperlukan??
Kalau Jan, insyaallah masih sempat. Dokumen diperlukan secara amnya adalah tiket penerbangan, hotel, itinerary, bank statement, slip gaji. Jika bawa baby, yup borang perlu diisi juga. Namun untuk kepastian seeloknya berhubung sendiri dengan pihak kedutaan.
Selamat melancong
Saya baru dapat visa B1/B2. Berapa lama boleh saya stay us ? Saya plan up to 3 months sbb nak melawat kawan and travel around us.
Anda boleh berada di USA selama 6 bulan. Huhu..lama tu. Apa-apapun tahniah! Selamat melancong
Sebaiknya booking dahulu. boleh guna booking.com untuk tempahan (tanpa bayaran).
Tahniah! Boleh cuba mohon dahulu dan bawa semua dokumen yang anda termasuk surat nikah dan etc. Namun segala kebenaran /kelulusan bergantung kepada pihak kedutaan.
Terima kasih.
Salam cik Wan, saya cuba bantu kalau dapat contact, tapi saya tak janji. Mungkin rakan-rakan pembaca lain boleh bantu. Insyaallah.
Dalam borang temu janji akan ada butiran jika nak bawa pasangan, ahli keluarga dan rakan bersama. Tapi harus diingat satu borang satu orang. Semasa interviu, boleh sekali jika berkeluarga/suami isteri.
Harap membantu
Dalam post di atas, ada ditulis:
Bila nama anda dipanggil, serahkan dokumen beserta passport dan slip. Dokumen lain tidak diperlukan. Tunggu giliran anda dipanggil untuk temuduga.
(copy & paste)
Saya keliru. Dokumen yang perlu diserahkan tu apa? Dokumen lain tu apa?
Terima kasih
- Dokumen itu adalah borang yang diisi bersama slip. Dokumen lain - dokumen sokongan seperti surat majikan, tiket penerbangan
Anon Feb 10/16 (2)
Seelok diambil di bank
Namun, saya dapati form ds160 saya berbeza dgn yg diisi oleh suami saya. Contohnya, saya tidak ditanya tentang sekolah/universiti terdahulu, tidak juga ditanya tentang itinerari .. dan beberapa perkara lagi.. sedangkan soalan2 ini ada pada borang ds160 suami. Adakah ini normal?
Terima kasih
Yup iya normal. Jadi jangan risau, lazimnya lelaki akan banyak sikit bab-bab kena isi berbanding wanita. Sewaktu interviu mereka mungkin akan tanya lebih lagi. Semasa sampai kat USA pun akan ditanya lagi.
Kalau pergi urusan melancong Insyaallah tidak ada masalah.
Azrul
~ Migrate dengan melancong dua perkara berbeza. Sila rujuk dengan kedutaan bagi mengelak masalah. Jadi, saya tidak boleh membantu disini.
Terima kasih atas perkongsian encik. Boleh sy tnya satu perkara mengenai nama? Sy ada kekeliruan untuk mengisi borang permohonan. Surname adalah nama ayah kt kn. Klw yg Given name tu nama penuh yg mcm dlm ic ke? Cth: Aminah Binti Abu
Surname: Abu
Given name: Aminah Binti Abu @ Aminah Binti (tanpa abu, sbb pernah baca dkt blog lain dia suruh tulis mcm ni)
Jadi mintak En Raja tlg clarify yg mana satu betul?
Terima Kasih
Sebaiknya begini:
Nama dalam pasport : Aminah binti Abu
Surname : Abu
Given name : Aminah Binti Abu
Itulah yang saya buat sebelum ini. Jika ragu2 sila semak terus dengan pihak kedutaan.
btw, u buat gambar visa USA kat KL ke?
terima kasih, saya cuba membantu apa yang patut. Betul, saya ke sana atas urusan melancong.
Saya memang berhajat nak ulang balik trip ni, kalau boleh nak buat pantai timur, dari Florida terus ke Chicago. Tapi kena kira duit dulu.
Gambar visa saya buat kat TTDI. Boleh je buat kat mana2 kedai gambar. Don't worry.
Saya nak tanya, perlu ke saya bawa anak-anak saya sekali masa interview. Sebab anak saya aktif sikit dan umur diorang 5, 6 dan 7 tahun.
Kalau anak-anak, tak perlu. Boleh maklum kepada pihak kedutaan.
Shuhada
Wslm tidak jadi masalah. Cuma bawa dokumen seperti surat nikah, sebagai bukti.
Sy berniaga berhasrat lpas raya sy nk kesana tapi sy tak tahu ap2 sy ada sedara disana warganegara As Washington seattle...kira Pakcik sy lah adakah dia akan tgok statement bank sy semua? Dan ada sesetengah org ckp warganegara malaysia senang nak ke AS? Mcm mana yaa tuan?? Terima kasih ��
Maaf lewat respons. Jika ada saudara disana, anda perlu nyatakan semasa mengisi borang online.. Bank statement semuanya akan ditengok (tak wajib) semasa temuduga. Saya tak boleh kata senangan/susah, tapi peluang nak dapat visa itu memang tinggi. Semoga semuanya dipermudahkan
Sungguh menarik kisah trip En Raja ke washington & new york. Berapa lama / hari spend masa kat sana?
Dalam 10 hari macam tu..
terima kasih
@azaabukassim
masa kita ambil gambar di kedai, mintak soft copy. Nanti kita boleh masukkan je dalam link diberi. Kalau pergi 30/9, sempat lagi. Overall process makan masa sekitar 2 - 3 minggu.
Jika interview boleh je guna 1 ID, sebab husband and wife. Insyaallah takde masalah. Selamat melancong
Terima kasih tuan atas tips2 yg berguna ni. FYI, 2013 sy pernah memohon visa namun atas sebab yang saya rasa tak munasabah, permohonan saya ditolak mentah2-- alasannya rupa saya tak cukup matang dan bersedia utk ke US, padahal umur sy msa tu 25thn. Semua dokumen-bank statement, invitation letter dari kwn di US, surat pengesahan majikan-bekerja, langsung tak dipandang. Tak sampai 5 minit interviewer trus reject sy. Syukur masa tu tak beli tiket lagi. Pda pendapat tuan, boleh ke kalau sy mencuba lg, tp plan nak pergi tu pun dalam bulan May 2017. Sy agak keberatan dan fobia dengan interviewet tu. Sampai skg tak boleh lupa, takut kena reject lagi sb dh ade record kan. pda pndapat tuan brapa minimum amount yg perlu ada dalam bank statement. below RM5K boleh ke? terima kasih..
Salam..saya tak boleh jawab Ya atau tidak. Terlalu kompleks sebab ia berkait rapat dengan imigresen.
Boleh cuba lagi, tapi perlukan alasan kukuh. Masa isi borang tu isi dengan betul dan tepat. Masa interview perlu jawab dengan jujur sebab apa ke US sebab ramai ke sana ingin bekerja.
Psl bank statement, saya tak boleh nak jawab. Kadang2 ada RM200 pun approve. Terlalu subjektif
Approve masa interview, passport akan dapat 3-4 hari bekerja
Boleh email ke raja.azrul@gmail.com
Sebenarnya tiket pergi balik bukanlah wajib, tapi in case kalau pegawai tanya. Cadangan saya, pergi mana-mana agensi pelancongan minta mereka buatkan dummy ticket. Tapi selalunya mereka xnak buat kalau tuan tak beli apa2 pakej dengan mereka.
Saya buat visa 2014 - mungkin prosedur sudah berbeza kini.
- better email terus pada saya raja.azrul@gmail.com
Tq
Biasa kalau interview mereka akan panggil sekali. Sila bawa dokumen sokongan macam surat nikah dan sebagainya. Apa2pun ia bergantung kepada pegawai imigresen, mungkin skrang sedikit rumit disebabkan Donald Trump menjadi presiden.
Benarkah sekiranya kita pernah ke negara iran permohonan visa tidak akan diluluska?
Terima kaseh
Maaf sesangat lewat balas..booking hotel tak perlu. Alamat sahaja dah mencukupi
@frhn
Itu saya tak pasti, tapi lazimnya kalau reject dia pulangkan pasport sebab takde sebab dia nak pegang pasport :)
En Raja saya nak tau kawasan ni Javits Center,in New York, United States Of America berdekatan ngan apa? 1st time sy nak hadir ke exhibition di sini. Mohon bantu saya dari segi hotel dan makanan halal berdekatan
Yasmin
Saya ingin dapatkan maklumat mengenai makanan halal dan penginapan berdekatan kawasan ini Javits Center,in New York, United States Of America. Ini adalah kali pertama saya menghadiri exhibition di sini. terima kasih
Yasmin
Kedai Halal tak banyak, tapi ada satu saya boleh rekomen ialah restoran Rasa. Kebanyakan kedai halal dikendali oleh orang Arab
@amanah
Biasa sebulan. Itu anggaran
terima kasih
- Sebaiknya surat itu diperlukan juga, untuk memudahkan urusan. Bawa sebagai dokumen sah. Dokumen lain seperti tiket penerbangan, hotek,etc amat perlu sebagai back up. Insyaallah berdasarkan pengalaman saya, tidak ada masalah. Good luck!
Saya nak tanya kalau visa kena reject dan kita reapply semula perlu ke kita bayar lagi harga visa? Sebab saya punya application kena reject minggu lepas 😞 takkan kena byr lagi 680 😭.
Betul..B1/B2 untuk Tourist
@unknown20/11/17
Saya tak pasti, ikutkan kena reapply. Tapi better refer dengan embassy.
Saya ada soalan yang tentang gambar di borang adakah mesti sama dengan gambar visa? Semasa proses mengisi borang, gambar sy ambil sendiri mengikut saiz visa US. Bagaimana klu permohonan telah dihantar. Baru2 ini ada juga saya ambil gambar berukuran visa mengikut saiz US visa untuk dibawa di hari temuduga kelak. Mohon penjelasan tuan. Tq
Sy, Salma.
Saya ada kemuskilan ttng gambar. Adakah gambar di borang mesti sama dgn gambar visa US? Gambar di borang saya snap sendiri dan mengikut saiz visa.
Borang telah dihantar. Baru2 ini, sy ambil gambar di kedai untuk persediaan di hari temuduga kelak. Bagaimana pendapat tuan. Mohon nasihat . Tq
Sy Salma.
Maaf atas kelewatan, saya agak sibuk dengan Matta Fair. Ok saya susah nak jawab tak boleh atau tak? sebaiknya mesti sama untuk elak kekeliruan. Jadi, mungkin Salma boleh maklumkan pada embassy sebab kenapa gambar tak sama.
Semoga berjaya
Saya akan interview esok. tapi sy tersalah pilih state of birth saya. boleh ke proceed dengan interview ya.
Alamak, insyaallah cakap je tersalah masuk. Mungkin mereka boleh pertimbangkan. Tapi andai kata tak boleh, saya cadang buat hari lain.
Jika kena reject, memang low chance nak dapat dalam masa terdekat. Dicadangkan tunggu dalam tempoh 5-6 bulan baru mohon semula. Sebab reject biasa tak dinyatakan.
Saya dah missed surat dari majikan semasa interview..soalan saya boleh tak surat tersebut saya hantar kepada US Embassy melalui pos malaysia ataupun email terus kepada US Embassy?
Terima Kasih.
Saya dah missed surat dari majikan semasa interview..soalan saya boleh tak surat tersebut saya hantar kepada US Embassy melalui pos malaysia ataupun email terus kepada US Embassy?
Terima Kasih.
Ade soalan
1. saya guru dibawah kerajaan,perlu ke disertakan surat dari majikan?pelepasan ke luar negara walaupun bercuti pada musim cuti
sekolah
@muhdjaafar - sebaiknya perlu, bab perlepasan tu sila rujuk dengan kementerian sebab saya bukan orang gomen :)
Saya nk bercuti ke New York bersama rakan. saya sorang jer takde lagi visa. masa interview tu kira dia tengok tak dari segi prcakapan bahasa english kita? sebab saya tak fasih berbahasa english ni. boleh lulus tak visa mcm tu?
Bahasa tak jadi masalah. Kita bukan pergi test English. Yang penting tau apa yang kita nak. Kalau perlu jurubahasa, sila maklum pada embassy awal.
Maaf saya tak pasti saya dah reply ke belum. Jika tidak, boleh tak tuan resend kembali, insyaallah saya cuba bantu
@mellisa
- So far no problem. Ramai je dah lepas...
Yeap, boleh berlaku pending, biasanya ambil ke 2 ke 3 minggu baru selesai. Jadi dah lepas interview, tidak bermakna visa masih lepas. Saya tak boleh bantu apa kerana itu keputusan pihak kedutaan.
B1/B2 or B2? Keliru sbb B2/B2 business and tourism
B2 tourism/ medical treatment
kena ambil B1/B2 sahaja kalau nak travel/field trip/business visit.
- Yeap, kena dalam Bahasa Inggeris. Berdasar pengalaman, memang susah sedikit pelajar nak dapat visa, jika tiada sebab kukuh nak USA. Apa2 pun kita cuba, jika rezeki, insyaallah dapat.
Kena pilih regular. Harap membantu :)
Refer dengan Embassy dulu untuk request tersebut. Tapi kalau boleh faham asas English, takde masalah
Boleh tiada masalah. Mereka faham bahawa Bt/Binti - merujuk daughter of.
Janji passport dan nama betul.
nak tanya beberapa perkara
1. kami sekeluarga 4 org yg akan dtg interview.ibu saya cina dan tak fasih english. boleh kah saya tolong jawab untuk ibu saya ?
2. waktu temuduga ialah 9.30am..pukul brapa yg sesuai utk sampai di embassy? pukul 9 utk pemeriksaan sekuriti ?
3. agak2 kalau pukul 9.30am temuduga..pukul brapa habis? ambik masa 2 jam tak dalam embassy tu nanti?
sebab saya flight balik sabah pukul 5.30 pm ptg tu jugak..
4.bole bwk back pack kecik tak? sbb saya lepas interview terus pegi airport.
Maaf lambat reply.
1. Boleh sahaja. Janji tahu ke mana nak pergi
2. Biasanya 9.00am dah ok
3. Tak sampai pun. biasanya 30 min - 1 jam termasuk proses menunggu
3. Tak boleh. semua beg kena simpan dekat guard.
Harap membantu ya. Good luck!
Saya cadang akan ke us pd mei ni. Sekarang saya sedang tengok tengok harga tiket dan yg agak murah adalah yg kena transit 1 atau 2 kali.
Bagaimana dgn bagasi kita bawak, kena check in sekali lagi ke jika flight kita bertukar syarikat.
Masa utk tranfer ke flight lain berapa jam paling sesuai.
Biar lambat asal tidak kena tinggal
Terimakasih
Saya cadang akan ke us pd mei ni. Sekarang saya sedang tengok tengok harga tiket dan yg agak murah adalah yg kena transit 1 atau 2 kali.
Bagaimana dgn bagasi kita bawak, kena check in sekali lagi ke jika flight kita bertukar syarikat.
Masa utk tranfer ke flight lain berapa jam paling sesuai.
Biar lambat asal tidak kena tinggal
Terimakasih
Ia bergantung kepada jenis penerbangan. Kebiasaanya, saya galakkan transit sekitar 3-4 jam bagi mengelak kesulitan. Dapatkan penerbangan yang boleh luggage thru jadi anda tidak perlu untuk check in semula di tempat transit.
Penerbangan ke USA memakan masa dari segi pemeriksaan keselamatan dan visa.