Ingat senang ke jadi cikgu??

Alhamdulillah..dah masuk 7 bulan aku menjadi guru..erm..apa yang anda tahu tentang guru?? hehehehe....

Cabaran kalau nak jadi cikgu...



1. Kalau masuk kelas, perkara utama ialah menyuruh murid-murid memberi salam. Jangan terkejut kalau anda masuk kelas, ada murid yang buat bodoh jer..inilah masyarakat Malaysia. Hehehehe...

2. Selepas beri salam, anda kena periksa bilangan pelajar dalam kelas tersebut. Kena tahu siapa yang tak hadir, siapa yang ponteng dan siapa yang gediks ke tandas....

3. Then, anda kena kawal kelas, pastikan semua murid diam. Jangan sangka murid yang sedia ada dalam kelas itu baik-baik belaka. Ada antara mereka yang bercakap, tidur dan tak kurang juga asyik berjalan mengganggu kawan-kawan yang lain.

4. Selepas itu, pastikan semua diam, barulah kita boleh bercakap tentang topik nak diajar. Kalau menulis di whiteboard, sesekali kena pandang gak anak murid di belakang, takut-takut ada yang curi keluar.

5. Dah siap tulis, anda kena pastikan semua pelajar menulis nota di hadapan. Tak mustahil ada pelajar yang cakap.." Cikgu tak mau salin lah!!" Jadi apa yang anda lakukan?? Ingat, guru tak boleh merotan..jadi gunakan pemikiran yang bijak supaya semua pelajar menyalin nota.

6. Selesai semua pelajar menyalin, buatlah PNP anda..ingat, kalau kelas hujung proses PNP takleh lama-lama..sure pelajar akan bosan. Jadi, buatlah PNP sekadar anda termampu...Tapi anda harus ingat, kaedah bercakap seorang guru berbeza dengan kaedah pensyarah..maka, guru kena gunakan kaedah komunikasi berkesan untuk pastikan anak murid faham dan teruja dengan apa yang anda ajar..(tanya wiwit..dia pandai bab-bab ni)

7. Kringg..loceng dah bunyi. Anda pulak kena suruh pelajar bangun...hehehe..pastikan semua bangun dan ucapkan terima kasih.

Itu adalah rutin seorang guru, kalau masuk kelas. Tapi kalau di luar kelas....

1. Kalau ternampak budak ponteng..kenalah tegur, walaupun bukan guru disiplin.

2. Anda jangan terkejut kalau ada antara pelajar anda (walaupun yang anda ajar) tidak memberikan salam sebaliknya membuat muka menyindir anda.

3. Kalau anda guru bertugas, anda kena datang awal. Kalau ada budak sakit, anda kenalah pastikan pelajar tersebut dihantar ke klinik.

4. Kalau anda guru kelas, kebersihan kelas paling utama. Pastikan anak murid anda membersihkan kelas anda.

Tapi kalau anda berjaya membentuk mereka..percayalah anda akan dapat lihat hasilnya...

1. Kalau anda berada diluar sekolah, semasa di masjid, kedai atau pasaraya..pasti akan ada anak murid menegur anda.

2. Anda akan dihujani ucapan selamat pagi cikgu!! Assalamualaikum..kalau anda terserempak dengan mereka..

3. Kalau hari guru, pasti ada anak murid yang kita tak sangka, memberikan hadiah istimewa buat anda!!

Entahlah..aku minat bidang ini, mungkin sebab aku memang dilahirkan dalam keluarga pendidik. Tapi tak tahulah...adiyos!!

Comments

Melody M. said…
kongsi cerita aku sebagai seorang pelajar:

dalam kelas
1. bagi salam, ya.
2. ke tandas atau kantin, ya
3. bercakap ya, tidur tidak, berjalan tidak
4. curi keluar,tak. cari alasan keluar (dengan izin), selalu.
5. rajin salin nota, mungkin.
6. bosan PNP? aku makan makanan rapu
7. bagi ucapan, ya.

luar kelas.
1. ponteng kelas, pernah. ponteng sekolah, tidak. tertangkap? ya.
2. tidak. aku disayang cikgu, maka aku sentiasa berwajah manis.
3. tidak relevan untuk aku sebagai pelajar
4. aku benci menyapu,penat sebab budak sekolah suka buat sampah.

hasilnya sekarang?
itu kena tanya mereka di sekelilingku. aku tak layak nak jawab.


jadi cikgu memang kena layan kerenah murid. sekarang makin menggila agaknya perangai budak-budak zaman milenium ni. huhu. all the best. kau minat, oklah tu..
FendyHekka said…
lepas ni bleh la tuka nama blog kepada coretan seorang cikgu...
PuTeRi CaHaYa said…
huhu....klu x sbar, x tau la apa nak ckp,kan2? hehehe..truskn perjuangan raja tu, yerk?

salam
toing
(",)
Ummu Mujahid said…
salam, terima kasih atas tips yang diberi.. tp rasa cam tak mampu nak ikut semua.. Ahh.. kuatkan diriku ya Allah.. permudahkan urusanku...
- j o h a r i - said…
bagus la tu..bila ko suka dgn ape yg ko wat, pasti semua2nya kan baik2 saja

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...