William, Up dan Borneo Rainforest

Salam buat semua...

Bulan Ramadhan dah muncul kembali. Lama aku tak menulis secara proper dalam blog ini. Jadi, dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat berpuasa buat semua..Ingat puasa penuh tahu!!

Huhuhu..pada 25 dan 26 Ogos 2009, aku dengan gigihnya ke bumi kelahiran aku, Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan dua orang kawan aku, siapa lagi kalau bukan Azwan dan Fendy. Azwan kebetulan berada di KL, untuk urusan Kem Induksi Kakitangan Awam di KL Sentral selama dua minggu. Fendy pulak memang sah-sah orang KL, orang TTDI. Hehehe...

Aku terus ke Time Square dan berjumpa Azwan disana. Jam 6pm aku gerak untuk mencari tempat berbuka, dan kami plan nak berbuka di William.

Malangnya, azwan tak ingat dimana lokasi william dan memerlukan internet tuk mencarinya, ces..mana nak dapat tenet time macam ni. Kami terus ke OU, amik Fendy yang sibuk membeli Takoyakinya.

Hurm..Azan Maghrib..aku dan Azwan berbuka seteguk air masak dalam kereta..(jalan JAM!!!!)

Borneo Rain Forest!

Setelah mengambil Fendy, kami decide nak makan di Borneo Rainforest. Apa tu?? Ia adalah restoran dimiliki oleh Tiara Jac, artis terkenal. Ia terletak di Bandar Sunway, berhadapan Hotel Sunway. Memang tak susah nak ke sini, naik kereta, ikut federal atau LDP, memang akan sampai. Ikut jer signborad, dan anda akan sampai..hehehe.

Makanan kat sini biasa-biasa saja. Laksa Sarawak, hidangan steak. Harga pulak agak mahal, macam makan kat secret recipe atau Chilis. Tak termasuk tax lagik. Tapi ruang dan dekorasi memang best!! Ada air terjun, ditambah pula dekorasi ruang makan ala-ala berada di Sarawak. (sori takda pic).

Tapi bolehlah kalau korang nak makan...sedap lah jugak!

Movie: Up


Dah tengok UP?? Kalau tengok trailer atau the making, baik takyah..korang kena tengok sendiri movienya yang original. Filem ini tak banyak watak, simple tapi sweet. Aku suka gak filem ni, cuma ada part yang slow...

Tapi ada gak adegan kelakar...huhuhu!! Tahniah Pixar dan Disney kerana sentiasa menghasilkan filem 3D yang berkualiti.


Makan lagi: William


Kalau korang nak cari tempat makan @ buka puasa yang puas tahap cipan, aku sarankan korang pergi makan di William..ia adalah sebuah warung yang terletak di Kelana Jaya. Jangan salah sangka, nama jer William, tapi ia adalah sebuah kedai cina muslim ( kebanyakan yang makan memang melayu-halal ler).

Aku mendapat tahu gerai ini dari Azwan. Dia beria-ria nak ajak aku makan, akhirnya impian kami nak makan kat situ tercapai gak. Kami berbuka puasa di sana pada 26 hb Ogos lepas.

Nak pergi ke William senang saja, pergi ke arah LRT kelana Jaya, dan masuk kiri ( kanan anda adalah LRT KJ). Terus sahaja dan belok kiri apabila anda nampak lampu isyarat kedua. Terus dan anda nampak macam kompleks/plaza..(lalu gak kawasan perumahan) then belok kanan..terus sahaja. Kedai makan ini terletak sebelah kanan..dan ia adalah warung biasa, bukan restoran tahu!!

So, anda kena alert kalau nak ke sana. Tapi aku cakap jujur, makanannya memang sedap dan puas. Memang tak habes, sebab hidangannya besar. Harga pula dalam range RM30-RM50 seorang. Kalau nak jimat, lebih baik korang kongsi jer...

Huhuhuhu...

Puasa dan Sekolah:

Akhirnya aku kembali mengajar di dalam bulan puasa. Mencabarlah jugak sebab aku kena mengajar budak-budak bukan Islam. Adoi..penat, tapi tak boleh lah mengeluh sebab ini kerja aku. Kenalah jugak...GIGIH!!!!!

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...