Papadom: Mesti Tonton!!
Salam sejahtera...
Dah tonton papadom?? Ke ada antara anda tak tahu filem ini?? Hehehe..inilah hasil karya terbaru Afdlin Shauki yang telah memenangi Filem Terbaik pada festival filem yang lalu.
Kenapa anda harus tonton?? Saya telah menonton Papadom pada hari Sabtu lepas, jam 2.10 pm (17 hb Oct) dan ternyata filem ini memang hebat!! Superb dan cukup kuat dengan temanya. Tak hairanlah semasa saya ingin menonton bersama tiga orang kawan saya, filem ini pecah panggung. Bayangkan..tiket sentiasa "selling fast". Saya sendiri menonton di barisan kedua di hadapan skrin.
Filem ini lebih berat kepada isu kekeluargaan. Tetapi garapan Afdlin kali ini lebih kemas dan terperinci. Seperti biasa, Afdlin tetap memuatkan unsur komedi dalam karya beliau. Saya yakin mereka yang menonton akan ketawa berdekah-dekah melihat komedi spontan yang dibawa oleh pelakonnya.
Dari segi jalan cerita, ia sebenarnya membawa konsep mudah. Seorang ayah yang terlalu sayangkan anaknya. Tetapi garapan kreatif Afdlin membuatkan filem ini unik. Percayalah, anda tidak akan bosan dari awal hingga akhir filem ini.
Lakonan?? Benar dan hebat!!! Tahniah pada kedua pelakon utama...Liyana dan Afdlin atas kejayaan merangkul Pelakon Terbaik festival filem lepas. Mereka memang layak. Afdlin pandai membawa emosi bapa dan tidak terikat dengan gaya lakonan sebagaimana filemnya yang lepas. Manakala Liyana pula cukup sesuai melakonkan watak remaja yang cuba memberontak supaya tidak dikongkong oleh ayahnya.
Lakonan lain yang boleh saya puji ialah Scha dan Que Haidar. Scha berjaya membawa watak Sasha, seorang gadis berlagak seperti queen!! Lakonannya memang lain dengan karektor dalam Awan Dania. Cukup manja dan menjadi!! Saya yakin jika Scha berusaha, pasti suatu hari nanti beliau turut menggondol pelakon terbaik!! Que pula tidak usah dipertikai lagi. Beliau memang hebat dalam melakonkan pelbagai watak. Wataknya sebagai "Wajib Tayang" sangat menjadi. Dia memang berkesan melakonkan watak seorang pelajar yang skema dan kaki buku. Anda pasti sukakan watak beliau dalam filem ini.
Satu lagi saya berikan kredit ialah Nurkhiriah,pelakon komedi popular tahun ini. Walaupun tidak banyak babak, tapi kebanyakan babaknya menjadi...terutama sebagai jelmaan kepada Saadom. Watak lain turut hebat adalah Vanida Imran, Farid Kamil dan Harun Salim Bachik.
Filem ini secara keseluruhannya menggabungkan unsur komedi, sedih dan gembira. Ia cukup rencah dan sesuai ditonton oleh semua. Konsep SATU MALAYSIA turut diselitkan, mungkin ia tidak ketara sebagaimana filem Yasmin Ahmad, tapi ia cukup menggambarkan bentuk Satu Malaysia versi Afdlin.
Tahniah..!!

Comments
dapat baris ke 3..
penuh tu..
memang best...
-huhuhu..tahu takpe, abang pun dapat barisan kedua. Memang seronok...
mel:-
-lor ye ke?? takpe..ko tgk sesorang pun ok. Aku tengok setem sorang jer..ok wat!! Yang penting support filem melayu
-yup..best!!
fendy:-
-tak kisah lah fendy oit..yang penting aku dah tengok...
mel:-
-lor ye ke? teruk orang kita kan..tengok lah dulu..kemudian barulah komen..hehehe.