Travel

Travel

Mengira detik

Wednesday, May 21, 2008

Berjumpa teman-teman lama

Salam semua!!

Pada hari jumaat lepas (16 Mei 2008), kawan aku yang bernama Rashidi Ibrahim telah datang KL. Buat mereka yang tak kenal, Shidi ini merupakan bekas pelajar UMP dan merupakan senior aku semasa di UMP.


Dia datang ke KL untuk shopping dan bertemu teman-teman lama. Maklumlah, Shidi ini antara member rapat aku masa kat UMP dulu. Shidi datang jam 7 pm dan bermalam di rumah Fendy di Subang.

(aku dan Shidi di Petaling Street)

Aku malas nak cerita kisah hari pertama dia datang ke KL, just aku nak cerita kami pada hari kedua iatu 17 Mei 2008. Kami berdua pergi ke Sogo dan bertemu dengan Pidut disana. Pada awalnya nak ajak Azwan sekali, tetapi Azwan pulak ke UiTM dungun kerana urusan debat di sana. Jadi, takdapatlah nak melengkapi teman-teman lama di sana.


(aku, Pidut dan Shidi di KLCC)

Selain pidut, Fendy juga turut join tapi dia datang lewat sikit sebab dia kerja half day pada hari itu. Jadi, kami bertiga melilau sekitar Jalan TAR, dan SOGO. Selepas itu, dalam jam 2.30pm, kami bertemu Fendy di KLCC dan Shidi dengan berbesar hatinya membelanja kami bertiga makan Nando's.

Setelah makan, aku menemankan Shidi shopping di KLCC (wah..kelasnya!) dan kebetulan pula memang ada sale (agaknya summer sales). Jadi, banyak gaklah Shidi membeli baju-baju kerjanya. Setelah itu, kami melepak-lepak sekitar KLCC dan berbual-bual mengenai kisah lama dan kenangan manis semasa berada di UMP.

(Shidi tengah membelah dada ayam Nando's)

Jam 6.00pm, aku pun bertolak pulang. Maklumlah, nak tengok AF6 pulak..jadi terpaksalah berpisah...

Apa2pun kenangan bersama teman-teman memang seronok. Cuma tak lengkap sebab Azwan takde pulak...takpelah, banyak masa lagi yang kita boleh plan dan jalan-jalan sama2!! Teringin balik nak jumpa teman2 lama dan berbual mengenai kisah2 terkini mereka...hahaha!!


(Fendy dan Pidut-"senyum sikit!!")

3 comments:

FendyHekka said...

apa maksud ko teman2 lama? sorg jer yg lama yg len tuh teman semasa. ha3. really enjoy wlpn aku penat giler... dlama tu muka aku masam sbb lapar yg teramat sgt! Dah la makan kat ctu x sedap... ish3. Baik kita makan Ayam Golek Kak Senah. Ha3

imnotperfect said...

seronok nampak kalian bergembira? samapai tidak sedar akan kehadiran beta, hahahaha..

aku isnin smp kl, kalo ko kt kl lg, bleh la hangout sekejap. xpon kite jumpe kt kuantan jer nanti. papehal, jumpe kalian disaaaanaaa...

Raja Azrul said...

fendy:-
-itulah, lebih baik makan ayam golek kan..lagi sedap..!!

zamrie:-
-wah..aku x sabar nak jumpa kau! Nanti msg tahu, jgn senyap jer bila dah sampai KL..!!